Dua soalan yang selalu ditanya di kelas: apa beza emas fizikal dengan emas digital, dan apa kata Islam tentang emas?
Rantai, gelang dan cincin. Harganya termasuk upah tukang, jadi nilai jual semula biasanya lebih rendah daripada harga beli.
Ketulenan tinggi dan dijual ikut berat tetap. Perlu modal sekali gus dan tempat simpanan yang selamat.
Syiling emas yang sering dijadikan koleksi, hadiah atau kenangan untuk keluarga.
Emas fizikal biasanya berakhir sebagai hadiah, simpanan atau kenangan. Untuk mendapat untung daripadanya, kita perlu menjualnya, dan emas itu pun hilang daripada simpanan kita.
Dalam GSA, pegangan emas direkodkan dalam gram secara digital, dan boleh dimohon untuk dikeluarkan sebagai emas fizikal.
| PERKARA | EMAS FIZIKAL | EMAS DIGITAL (GSA) |
|---|---|---|
| Modal untuk mula | Ikut berat barang, biasanya ratusan atau ribuan ringgit | Serendah RM10 |
| Berat yang dibeli | Saiz tetap, contohnya 1g, 5g atau 10g | Pecahan gram, ikut jumlah ringgit |
| Penyimpanan | Disimpan sendiri, ada risiko hilang atau dicuri | Direkodkan dalam akaun, diuruskan syarikat |
| Dapatkan emas fizikal | Sudah di tangan | Boleh dimohon, tertakluk pada denominasi, premium fizikal dan syarat |
| Kegunaan lain | Dijual atau dipajak | Pindah kepada pengguna lain, GCA dan GAE, tertakluk pada syarat |
Ramai berkongsi hadis tentang menyimpan dinar dan dirham. Mari kita faham status hadis itu dan apa yang al-Quran sebut tentang emas.
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham."
Riwayat Musnad Imam Ahmad, melalui Abu Bakar ibn Abi Maryam
Status hadis ini dhaif (lemah). Ulama hadis menilai perawinya, Abu Bakar ibn Abi Maryam, lemah dari segi ingatan, jadi sanadnya tidak mencapai taraf sahih atau hasan.
Hadis dhaif tetap hadis. Ia boleh dijadikan motivasi, tetapi tidak boleh dijadikan hujah untuk menetapkan hukum. Jika mahu menyebutnya, nyatakan statusnya supaya pendengar faham.
Kesimpulannya, hukum menyimpan emas adalah harus: nak simpan boleh, tak simpan pun tak mengapa.
Simpanan emas yang cukup nisab dan haul wajib dizakatkan. Semak kadar nisab semasa dengan pusat zakat negeri anda.
Daftar percuma, lengkapkan profil dan eKYC, kemudian ikut cara beli emas langkah demi langkah.