Ikut tiga langkah ini satu persatu. Kalau tersekat di mana-mana langkah, WhatsApp saya dan sertakan screenshot.
Gunakan pautan daftar saya supaya akaun anda berada dalam Team CikguEmas dan saya boleh membantu selepas itu.
Daftar WDG PercumaBuka pautan daftar. Pastikan nama MUHAMAD AZIZI BIN JAZMI dipaparkan sebagai penjemput, kemudian pilih negara Malaysia.
Daftar menggunakan nombor telefon bimbit anda dan bersetuju dengan notis privasi data.
Tetapkan kata laluan yang kuat: huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.
Masukkan kod TAC yang dihantar melalui SMS untuk mengesahkan nombor telefon.
Tetapkan PIN 6 digit untuk mengesahkan transaksi. Simpan PIN ini, jangan kongsi dengan sesiapa.
Pendaftaran berjaya. WhatsApp saya supaya saya boleh bantu langkah seterusnya.
Lengkapkan di tetapan pengguna (User Setting) selepas log masuk. Tekan Save selepas setiap bahagian.
Tambah akaun bank atas nama sendiri dan muat naik penyata bank dalam format PDF. Akaun ini menerima tunai daripada GCA dan jualan emas.
Semak nama, alamat dan emel. Nama mestilah sama seperti dalam kad pengenalan dan akaun bank.
Daftarkan waris supaya urusan gram emas lebih mudah untuk keluarga jika berlaku sesuatu kepada anda.
Muat turun app WDG dari App Store (iPhone) atau Google Play (Android), log masuk, kemudian ikut arahan eKYC.
Gambar IC juga boleh dimuat naik secara manual selepas log masuk di laman web WDG. WhatsApp saya jika perlukan bantuan.
Akaun dibuka sebagai akaun bersama ibu bapa. Satu permohonan untuk seorang anak.
WhatsApp saya dengan screenshot skrin anda. Pastikan nombor akaun dan maklumat peribadi ditutup dahulu.
Imbas untuk daftar
Buka kamera telefon dan halakan ke kod QR ini.