Gold Vs ASB




"Jika aku ada RM10,000.00 di manakah patut aku

 laburkan wang RM10,000.00 aku ini?"

"Perlaburan yang manakah yang lebih menguntungkan?"


"ASB atau Emas?"




Memang logik persoalan di atas pastinya akan berlegar di minda kita. Kenapa saya bandingkan emas dengan ASB? Ini kerana ASB merupakan pilihan utama di kalangan kaum bumiputera untuk melabur bagi pendidikan anak di masa hadapan. 

Untuk lebih jelas, elok kita buat perbandingan katakan jika kita membuat perlaburan RM10,000.00 untuk kedua-dua pelaburan ini.  

1. Labur RM10,000.00 dalam ASB
Jadual ini menunjukkan dividen dan bonus ASB sejak 1990-2010
Kita hanya akan mendapat pulangan maksimum ASB sepertidalam graf ini jika kita tidak

mengeluarkan duit RM10,000.00 ini dari akaun sepanjang masa tersebut. 

Jika anda withdraw maka perolehan untung semakin berkurang (profit base on pro

 rate).

2. Labur RM10,000.00 dalam EMAS
Graf menunjukkan kenaikkan harga emas sejak 1985-2010
Jadual menunjukkan perubahan harga emas seberat 100g sejak  2001 - 2011
Andaikan anda telah membeli 100 gram emas pada tahun 2008 dengan modal bernilai RM10,000.00. Pada 2011, iaitu selepas 3 tahun anda menyimpan emas tersebut, nilainya sudah meningkat ke RM18000.00. Memang untung bukan? Berapakah peratus keuntungannya? Mari kita kira:
Untung = RM18000.00 - RM10,000.00 = RM8000.00
Peratus keuntungan selama 3 tahun = (8000.00/10000) x 100% = 80%
Peratus keuntungan selama 1 tahun =  80 % bahagi 3 = 27%

Jika nak dibandingkan dengan ASB, yang manakah pilihan anda? Tepuk dada, tanya minda! Daripada kiraan di atas jelas menunjukkan peratus keuntungan menyimpan emas boleh melebihi 20%, sedangkan jumlah dividen & bonus ASB tidak pernah mencapai 10% sejak 5 itahun kebelakangan ini.



ASB & INFLASI
Adakah anda rasa selamat jika simpan duit dalam ASB? Fikir sekali lagi..Kita sebenarnya dirompak oleh inflasi.. Kadar kenaikan inflasi di Malaysia dalam lingkungan 2-3% setahun. Bermaksud kuasa beli semakin berkurang.
Pada tahun 2000, harga sebuah rumah teres intermediate di kuching = RM180,000.00
Pada tahun 2010, harga rumah yang sama = RM 300,000.00
Ini menunjukkan nilai wang kita semakin berkurang. Lihat saja harga minyak yang melambung naik, semuanya kerana inflasi!


SIMPANAN EMAS & PERAK-Pelaburan Alternatif

Menurut Azizi Ali, pelaburan terbaik ialah perlaburan hartanah (rumah sewa). Walau bagaimanapun, hartanah memerlukan modal yang besar dan sukar untuk menjual hartanah dalam masa yang singkat. Maka saya syorkan, pelaburan alternatif yang boleh memberi pulangan yang besar juga iaitu emas…kenaikan 20-30% setahun!



Kesimpulan:

Emas yang sama seberat 100 gram dibeli tahun 2001, setelah 9 tahun berat yang sama tapi harganya sungguh berbeza dan menakjubkan..Sekiranya anda mempunyai RM10000 pada tahun 2001 dan membeli 300g emas? Ha…jelas menunjukkan keuntungan jika dilaburkan untuk jangka masa panjang J

Justifikasi:
Rakan saya membeli emas seberat 100gram pada 23/3/2010 pada harga berikut…


Boleh tolong kira berapa peratus kenaikan harga emas 100g rakan saya mengikut harga sekarang? Berikut cara kiraannya:



Pada 23/03/10, harga 100g emas = RM12, 929.00
Pada 25/10/11, harga 100g emas = RM 18,342.00
Keuntungan = RM 18,342.00 - RM12, 929.00 = RM 5413.00
Peratus keuntungan untuk tahun tersebut  = (5413.00/12929.00) x 100% 
                    =  41.87% setahun  
(sila bandingkan dengan ASB anda J)

Ilmu dah ada, tindakan anda yang seterusnya paling penting. 
Rugi tak tahu tentang simpanan emas ini dari dulu lagi. Tapi lebih rugi jika dah tahu dan tiada tindakan! Nak beli emas atau perak, sila hubungi:
HARYATI (019-8899467)/ RASLI (0198868494)

Untuk dikongsi dan diamalkan…Doa Solat Duha:

“Jika rezekiku di langit, turunkanlah; 

Jika rezeki ku di perut bumi, keluarkanlah; 

Jika rezekiku sukar, permudahkanlah; 

Jika rezekiku haram, sucikanlah; 

Jika rezeki ku jauh, dekatkanlah”



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger