Home » » Rancang Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak

Rancang Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Cuti sekolah sudah nak masuk minggu ketiga. Agak-agaknya apakah aktiviti cuti sekolah anak-anak anda pada kali ini? Jika anda adalah seorang guru, besar kemungkinan 100% masa boleh dicurahkan untuk aktiviti santai bersama ahli keluarga. Jika tidak, sure pening juga kepala memikirkan di manalah nak menghantar anak-anak.

Walaupun saya seorang guru, November lepas sudah 3 kali saya ke KL atas urusan kerja. 11-14 November 2013, saya berada di KLCC untuk World Innovative Forum 2013 anjuran Mosti, 18-19 November 2013 saya di Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya untuk Hari Inovasi Kementerian Pendidikan 2013. Minggu ketiga bulan November pula, saya berada di Nouvelle Hotel, KL menghadiri Seminar Kreativiti dan Inovasi Kurikulum 2013. Ada masa dan kesempatan, insya Allah saya akan postkan input yang saya perolehi daripada outstation saya itu. Banyak ilmu inovasi yang boleh saya kongsikan untuk rakan-rakan tanpa mengira apa latar belakang atau apa bidang pekerjaan kita. Nantikan artikelnya ok :)
Alhamdulillah, team work bersama sahabat baik saya, Pn Hafsah Hj Yaman membuahkan hasil.
Projek Model Primer G kita berjaya merangkul Johan Keseluruhan Anugerah Guru Inovatif  Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

Seronok apabila kami dilawati oleh Menteri Pendidikan II, YB. Dato' Seri Idris Bin Jusoh

Nama saja ke KL, bukan sekali tapi tiga kali! KL 'syurga' untuk membeli-belah untuk penduduk Sarawak. Tetapi saya tidak sempat pun hendak menjenguk Sogo or Midvalley. Ole-ole yang saya balik hanyalah coklat dan roti gardenia yang dibeli di KLIA. Kenapa roti Gardenia? Actually Gardenia takde dijual di Sarawak...So kalau tak sempat nak beli buah tangan untuk orang Sarawak, boleh beli Gardenia di airport :)
RM40+ juga untuk Gardenia ni :)

Oleh kerana aktiviti 'cuti' yang agak pack ini (December pun saya sudah confirm bekerja), saya mesti memikirkan aktiviti keluarga yang kreatif dan berfaedah untuk menanam jati diri dan menambah ilmu anak-anak. Oleh itu, di samping memantau anak-anak menjalankan bisnes kecil-kecilan menternak puyuh, saya mula melatih anak memasak. Idea tercetus bila kebetulan minggu lepas, saya menonton rancangan Junior Master Chef Australia bersama anak-anak. Sungguh teruja melihat kecekapan chef-chef cilik memasak! Anak-anak pun excited. Maka, saya cuba memberikan sepenuh kepercayaan utk anak-anak memasak. Sebenarnya saya risau juga melihat mereka memegang pisau...tapi...We need to trust them with guidance. Alhamdulillah, Irdina dah excellent 'Chef Nasi' :) Ikmal pula sudah dua kali memasak kari ikan. Kali pertama ikmal handle 50%...kali kedua sudah 70%. Insya Allah kali ketiga saya akan bertindak sebagai pemerhati sahaja lah :)
Kari Ikan + kacang bendi masakan pertama 'Junior Masterchef Ikmal'. Yummy!

Soalan: Dari manakah Ikmal mendapat kacang bendi segar untuk dicampurkan dalam kari tadi?
Ladies finger hasil tuaian tanaman sendiri!

Kacang bendi dalam pasu dibajai tinja / taik puyuh. By product Quail Ville.
Sayur organik la ni...No chemical :)


Time saya berseminar di KL, Irdina sempat whatsapp gambar ni...Rupa-rupanya mereka google resepi pancake di internet. Dunia pada hari ini kan, dengan kemajuan IT ini, maklumat di hujung jari. Jika kuat nilai dalaman anak-anak, insyaAllah mereka akan pergi ke laman web yang memberi manfaat. Untuk menanamkan nilai dalaman yang teguh dengan iman dan amal, saya akui ianya TIDAK MUDAH. Saya sedang berusaha ke arah itu. Saya doakan semoga rakan-rakan berjaya dalam mendidik dan menghasilkan anak-anak yang bergelar mukmin profesional. Mohon doakan saya juga ok :)

Now, untuk menghasilkan mukmin profesional, seboleh mungkin kita serapkan unsur iman dalam apa jua aktiviti yang anak kita lakukan. Ada kalanya ketika menggoreng tangan ikmal terkena percikan minyak. Irdina pun mengadu juga apabila tangannya panas memegang sudip atau senduk...Pada ketika inilah, saya akan kaitkan panasnya neraka berbanding api di dunia. Mengikut kata ustazah Siti Nurbahyah,  kepanasan api di dunia ini adalah berasal daripada api di neraka yang sebesar lubang jarum sahaja yang diambil oleh Malaikat Jibrail. Itupun sudah disejukkan di dalam lautan kalau saya tak silap. Itupun masih panas. Nauzubillah...semoga kita dijauhkan...

Mama: Kacau kuah spaggeti ya anti-clockwise dek...
Irdina: Kenak ma? (Kenapa ma?)
Mama: Nabi Muhammad s.a.w. mengacau masakan secara lawan arah jam. Ingat lagik sik, time kita pergi umrah dolok? Kita tawaf pun pergerakkannya 'melawan arah jam'. Mesti ada hikmah di sebalik semua ya. Sunnah nabi, kita ikut jak dek. Insya Allah, pasti ada kebaikkannya.

Jangan lupa ajarkan anak-anak, segalanya bermula dengan Bismillah dan Selawat ke atas Nabi.

Mama: Setiap kali masak, mama sentiasa doa untuk famili..."Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikanlah makanan ini menyihatkan tubuh badan kami sekeluarga, menyembuhkan penyakit kami, memberikan kami minda yang sihat. Semoga dengan tubuh badan dan minda yang sihat, mudah untuk kami melakukan ibadah formal dan tidak formal, mudah kami menuntut ilmu yang bermanfaat. Amiin Ya Rabb"

Kesimpulannya, apa jua aktiviti kita bersama anak-anak, pastikan ada unsur islam yang kita terapkan. Semoga ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat. Semoga akan lahir lebih ramai mukmin profesional satu hari nanti. Amiin Ya Rabb!

Emas, Emas Juga.
Nak beli emas dan perak, hubungi saya. 
Kalau boleh, jadikanlah saya introducer anda. Nyatakan nama penuh dan kod saya (PG014952) sebagai introducer pada kali pertama anda membeli emas PG. Percayalah, jarak bukan pemisah. Walau di mana anda berada, saya masih boleh service, insya Allah. Bila saya menjadi introducer anda, anda adalah tanggungjawab saya, maka saya akan berikan service maksimum.

Ingat PG, Ingat CikguEmas.
019-8899467 (boleh whatsapp)
Haryati Binti Mohd. Sarkawi
Master Dealer PG014952

2 comments:

Nor Mohammad said...

Tahniah Yati, very proud of u!
Guru innovatif di sekolah dan rumah!

Nursyakirin Kamis said...

tahniah kak.sungguh informative penulisan2 akak ni.harap dpt contohi akk juga.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger