Diskaun 70% Menjadi Priority Dealer Berakhir 31 Disember 2013

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dividen dan bonus ASB baru sahaja diumumkan 2 hari lepas. Mulai minggu depan, pelabur tidak boleh mengeluarkan wang ASB masing-masing bagi membolehkan pengiraan dividen dan bonus dijalankan.
Harga emas pula drop selepas keputusan Federal Reserve USA untuk meneruskan tapering sebanyak usd10b daripada usd85b bermula Januari 2014. Maka, peluang harga rendah ini tidak sepatutnya saudara dan saudari lepaskan!

LAGI BERITA BAIK DARI PUBLIC GOLD!

Jika anda ingin membeli emas untuk mengambil peluang promosi Gold Rush Disember(Beli 250g kombinasi mana-mana emas PG seberat 250g untuk layak menjadi Priority Dealer) tetapi ingin membayar menggunakan wang ASB, anda boleh lock dahulu pembelian 250g gold dengan menghantar NAMA PENUH, HP, EMAIL & LOKASI anda ke 0198899467 (sms atau whatsapp) dengan segera. Bayaran boleh dibuat kemudian samada secara Easy Payment Purchase (EPP) atau fullpayment.

1. Fullpayment
Jika anda lock 250g goldbar atau mana-mana kombinasi emas Public Gold sehingga mencecah 250g untuk fullpayment menggunakan duit ASB selepas pengiraan dividen dan bonus, anda perlu membayar 10% daripada nilai belian dahulu sebagai deposit. Selebihnya boleh dibayar kemudian.

2. Easy Payment Purchase
Jika anda lock 250g goldbar atau mana-mana kombinasi emas Public Gold sehingga mencecah 250g untuk easy payment purchase, anda boleh lock dahulu pada bila-bila masa sehingga 31 Disember 2013 dan bayaran pertamanya boleh dibuat sebaik sahaja ASB beroperasi seperti biasa nanti.


Untuk menjadi Priority Dealer, kalau tiada promosi anda perlu membuat belian berjumlah RM100k dalam satu resit. Tapi bulan disember 2013 ini, jika anda membeli 250g iaitu berharga RM33,791 pada hujung minggu ini, anda terus layak untuk bergelar Priority Dealer. Ini adalah seolah-olah diskaun hampir 70%. Priority Dealer akan mendapat komisen 1.5% daripada setiap beliannya dan mendapat 0.5% daripada setiap jualannya. PD juga akan memiliki KEDAI EMAS online yang beroperasi sepanjang 24 jam sehari, 365 hari setahun di seluruh Malaysia dan Singapura.


Easy Payment Purchase, EPP, anda boleh lock sekarang dan bayar sebanyak 4 kali. Selepas bayaran kali ke empat seperti dalam jadual di atas anda boleh collect emas anda di cawangan yang sudah dipilih di seluruh Malaysia. Untuk belian 250g anda layak menjadi Priority Dealer juga.

*Walau bagaimanapun, jika modal anda tidak mencapai seperti tadi, anda boleh juga membuat EPP untuk membeli 1 dinar. Bayarannya cuma RM140+ sebulan. Pada bulan ke 4 anda sudah memiliki 1 dinar pertama anda!

Hubungi saya untuk pencerahan,

Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (boleh whatsapp)

Simpan Wang Di Bank Atau Beralih Kepada Emas Fizikal Public Gold - Mana Lebih Berbaloi?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Semalam mutakhir di Berita Harian Online menyatakan kadar purata tariff elektrik naik 4.99 sen mulai 1 Januari 2014. Kenaikan ini merupakan kenaikan hampir 15% daripada tariff yang sedia ada. Hari ini pula, Utusan Borneo melaporkan bahawa Harga hartanah dijangka meningkat 5-10 peratus pada 2014.

MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Parlimen mengumumkan berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj. Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus. - Foto Effendy Rashid

Lantas, apakah tindakan kita? Kenaikan harga ini sebenarnya bermula daripada rentetan kenaikan harga minyak pada bulan September 2013 yang lalu. Bila harga minyak naik, kos pengangkutan akan naik. Maka untuk menampung kos pengendalian, kos-kos lain akan meningkat. Kos elektrik meningkat kerana Malaysia masih bergantung kepada stesen janakuasa arang batu dan bukannya hidro elektrik. Pastinya arang batu yang diimport itu juga naik harganya kerana kos pengangkutan makin mahal. Saya berharap agar kos elektrik di Sarawak terutamanya berkurang apabila Bakun Projek siap 100%. Khabar yang saya dengar kerajaan boleh menjual elektrik ke negara jiran jika projek tersebut siap. Semoga harapan saya dan harapan semua rakyat tidak tinggal harapan. Apapun kita nantikan hasilnya nanti.

Now, harga minyak sudah naik. Harga elektrik bakal naik. Begitu juga harga hartanah. Harga emas? Pendapat peribadi saya mengatakan harga emas akan naik selari dengan kenaikan harga minyak dan elektrik serta hartanah. Jika anda ada sejumlah wang di bank, saya nasihatkan anda tukarkan ianya sama ada kepada bentuk hartanah ataupun kepada emas fizikal. Membiarkan sejumlah wang untuk tabung persaraan atau tabung pendidikan anak-anak dalam bank ataupun saham, bukanlah satu tindakan yang bijak. 
Kesan Inflasi:  RM1 pada tahun 1970an boleh membeli 4 cawan kopi.
Sekarang???

Berbaloikah menyimpan duit di bank jika kadar dividen atau bonusnya sekitar 8-10% setahun?
Perlu diingatkan untuk mendapat dividen dan bonus seperti yang dinyatakan kita perlu menyimpan wang di bank tersebut daripada 1 Jan - 31 Disember pada tahun tertentu. Sekali anda membuat pengeluaran, maka dividen bonus yang anda terima akan lebih rendah daripada itu.

Saya beri contoh seperti ini. Mari kita kira kenaikan harga barang asas.

1.  Minyak petrol RON95 (pengangkutan) bermula pada 3 September 2013

Harga lama, A = RM1.90
Harga baru, B  = RM2.10
Jumlah kenaikan harga, C = B - A = RM0.20
Peratus kenaikan harga = [C /A] x 100% = [0.20 /1.90 ] x 100% = 10.5%

2. Gula (basic dalam makanan/masakan) bermula pada 26 Oktober 2013

Harga lama, A = RM2.50
Harga baru, B  = RM2.84
Jumlah kenaikan harga, C = B - A = RM0.34
Peratus kenaikan harga = [C /A] x 100% = [0.34 /2.50 ] x 100% = 13.6%

3. Tariff Elektrik (basic dalam perkhidmatan dan perniagaan) bermula pada 1 Januari 2014

Harga lama, A = RM33.54 sen/kwj
Harga baru, B  = RM38.53 sen/kwj
Jumlah kenaikan harga, C = B - A = RM4.99 sen/kwj
Peratus kenaikan harga = [C /A] x 100% = [4.99 /33.54 ] x 100% = 14.9%

4. Hartanah, peratus kenaikannya menurut Utusan Borneo 

Peratus kenaikan harga = sekitar 5-10%


Apa pentingnya kita mengira peratus kenaikan petrol, gula dan elektrik di atas?
Sebenarnya kenaikan sekitar 10% -15% itu adalah ukuran kasar inflasi di negara kita. Maksudnya untuk menikmati gaya hidup selesa sekarang or I better say before September 2013, kita akan membayar sekitar 10-15% lebih tinggi.  Maka, jika dividen bonus di bank sekitar 10%, sedangkan inflasi mencapai 15%, sebenarnya wang yang disimpan di bank itu sudah dirompak oleh inflasi sekitar 5%!

Maka, apa tindakan yang MESTI anda lakukan dengan SEGERA?
Nasihat saya beralihlah kepada emas dan perak.


Emas terbukti berzaman memang KALIS INFLASI (tidak akan dirompak oelh inflasi).

1400 tahun dahulu harga seekor kambing ialah 1 dinar. Harga 1 dinar hari ini sekitar RM600.
Berapakah harga seekor kambing sekarang? Juga sekitar RM600-RM800 bergantung kepada baka dan lokasi anda. Agak-agaknya, berapa RM lah harga kambing jika RM wujud 1400 tahun dahulu kan???

Soalan 1: 
Bilakah saya patut mula membeli emas?
Berapakah modal minimum untuk saya membeli emas?

Belilah sekarang. Harga memang sangat cantek untuk bermula.

Modal minimum <RM150/sebulan. 

Bayar 4 bulan berturut-turut anda boleh collect 1 dinar pertama anda.

Silver untuk jangka panjang. Boleh juga dibeli untuk mempelbagaikan pelaburan.



Soalan 2: 
Saya ada RM40,000.
Apakah pilihan produk terbaik untuk saya?

Belilah GOLDBAR 250g dan Produk 10 dinar.

Reason: Anda akan diberi komisen 1.5% daripada RM50k tadi.

Anda akan automatik menjadi Priority Dealer, PD*
*tanpa promosi ini anda perlu membeli RM100k untuk layak bergelar PD!

Emas, Emas Juga...
Sila lantik saya sebagai INTRODUCER anda!
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952

H/p : 019-8899467
Email: cgharyati@gmail.com


Klik di sini untuk view harga emas semasa dan mendaftar secara PERCUMA sebagai pelanggan Public Gold: http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121
(jangan lupa tekan login di sudut kanan atas dan klik register)

Rancang Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Cuti sekolah sudah nak masuk minggu ketiga. Agak-agaknya apakah aktiviti cuti sekolah anak-anak anda pada kali ini? Jika anda adalah seorang guru, besar kemungkinan 100% masa boleh dicurahkan untuk aktiviti santai bersama ahli keluarga. Jika tidak, sure pening juga kepala memikirkan di manalah nak menghantar anak-anak.

Walaupun saya seorang guru, November lepas sudah 3 kali saya ke KL atas urusan kerja. 11-14 November 2013, saya berada di KLCC untuk World Innovative Forum 2013 anjuran Mosti, 18-19 November 2013 saya di Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya untuk Hari Inovasi Kementerian Pendidikan 2013. Minggu ketiga bulan November pula, saya berada di Nouvelle Hotel, KL menghadiri Seminar Kreativiti dan Inovasi Kurikulum 2013. Ada masa dan kesempatan, insya Allah saya akan postkan input yang saya perolehi daripada outstation saya itu. Banyak ilmu inovasi yang boleh saya kongsikan untuk rakan-rakan tanpa mengira apa latar belakang atau apa bidang pekerjaan kita. Nantikan artikelnya ok :)
Alhamdulillah, team work bersama sahabat baik saya, Pn Hafsah Hj Yaman membuahkan hasil.
Projek Model Primer G kita berjaya merangkul Johan Keseluruhan Anugerah Guru Inovatif  Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

Seronok apabila kami dilawati oleh Menteri Pendidikan II, YB. Dato' Seri Idris Bin Jusoh

Nama saja ke KL, bukan sekali tapi tiga kali! KL 'syurga' untuk membeli-belah untuk penduduk Sarawak. Tetapi saya tidak sempat pun hendak menjenguk Sogo or Midvalley. Ole-ole yang saya balik hanyalah coklat dan roti gardenia yang dibeli di KLIA. Kenapa roti Gardenia? Actually Gardenia takde dijual di Sarawak...So kalau tak sempat nak beli buah tangan untuk orang Sarawak, boleh beli Gardenia di airport :)
RM40+ juga untuk Gardenia ni :)

Oleh kerana aktiviti 'cuti' yang agak pack ini (December pun saya sudah confirm bekerja), saya mesti memikirkan aktiviti keluarga yang kreatif dan berfaedah untuk menanam jati diri dan menambah ilmu anak-anak. Oleh itu, di samping memantau anak-anak menjalankan bisnes kecil-kecilan menternak puyuh, saya mula melatih anak memasak. Idea tercetus bila kebetulan minggu lepas, saya menonton rancangan Junior Master Chef Australia bersama anak-anak. Sungguh teruja melihat kecekapan chef-chef cilik memasak! Anak-anak pun excited. Maka, saya cuba memberikan sepenuh kepercayaan utk anak-anak memasak. Sebenarnya saya risau juga melihat mereka memegang pisau...tapi...We need to trust them with guidance. Alhamdulillah, Irdina dah excellent 'Chef Nasi' :) Ikmal pula sudah dua kali memasak kari ikan. Kali pertama ikmal handle 50%...kali kedua sudah 70%. Insya Allah kali ketiga saya akan bertindak sebagai pemerhati sahaja lah :)
Kari Ikan + kacang bendi masakan pertama 'Junior Masterchef Ikmal'. Yummy!

Soalan: Dari manakah Ikmal mendapat kacang bendi segar untuk dicampurkan dalam kari tadi?
Ladies finger hasil tuaian tanaman sendiri!

Kacang bendi dalam pasu dibajai tinja / taik puyuh. By product Quail Ville.
Sayur organik la ni...No chemical :)


Time saya berseminar di KL, Irdina sempat whatsapp gambar ni...Rupa-rupanya mereka google resepi pancake di internet. Dunia pada hari ini kan, dengan kemajuan IT ini, maklumat di hujung jari. Jika kuat nilai dalaman anak-anak, insyaAllah mereka akan pergi ke laman web yang memberi manfaat. Untuk menanamkan nilai dalaman yang teguh dengan iman dan amal, saya akui ianya TIDAK MUDAH. Saya sedang berusaha ke arah itu. Saya doakan semoga rakan-rakan berjaya dalam mendidik dan menghasilkan anak-anak yang bergelar mukmin profesional. Mohon doakan saya juga ok :)

Now, untuk menghasilkan mukmin profesional, seboleh mungkin kita serapkan unsur iman dalam apa jua aktiviti yang anak kita lakukan. Ada kalanya ketika menggoreng tangan ikmal terkena percikan minyak. Irdina pun mengadu juga apabila tangannya panas memegang sudip atau senduk...Pada ketika inilah, saya akan kaitkan panasnya neraka berbanding api di dunia. Mengikut kata ustazah Siti Nurbahyah,  kepanasan api di dunia ini adalah berasal daripada api di neraka yang sebesar lubang jarum sahaja yang diambil oleh Malaikat Jibrail. Itupun sudah disejukkan di dalam lautan kalau saya tak silap. Itupun masih panas. Nauzubillah...semoga kita dijauhkan...

Mama: Kacau kuah spaggeti ya anti-clockwise dek...
Irdina: Kenak ma? (Kenapa ma?)
Mama: Nabi Muhammad s.a.w. mengacau masakan secara lawan arah jam. Ingat lagik sik, time kita pergi umrah dolok? Kita tawaf pun pergerakkannya 'melawan arah jam'. Mesti ada hikmah di sebalik semua ya. Sunnah nabi, kita ikut jak dek. Insya Allah, pasti ada kebaikkannya.

Jangan lupa ajarkan anak-anak, segalanya bermula dengan Bismillah dan Selawat ke atas Nabi.

Mama: Setiap kali masak, mama sentiasa doa untuk famili..."Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikanlah makanan ini menyihatkan tubuh badan kami sekeluarga, menyembuhkan penyakit kami, memberikan kami minda yang sihat. Semoga dengan tubuh badan dan minda yang sihat, mudah untuk kami melakukan ibadah formal dan tidak formal, mudah kami menuntut ilmu yang bermanfaat. Amiin Ya Rabb"

Kesimpulannya, apa jua aktiviti kita bersama anak-anak, pastikan ada unsur islam yang kita terapkan. Semoga ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat. Semoga akan lahir lebih ramai mukmin profesional satu hari nanti. Amiin Ya Rabb!

Emas, Emas Juga.
Nak beli emas dan perak, hubungi saya. 
Kalau boleh, jadikanlah saya introducer anda. Nyatakan nama penuh dan kod saya (PG014952) sebagai introducer pada kali pertama anda membeli emas PG. Percayalah, jarak bukan pemisah. Walau di mana anda berada, saya masih boleh service, insya Allah. Bila saya menjadi introducer anda, anda adalah tanggungjawab saya, maka saya akan berikan service maksimum.

Ingat PG, Ingat CikguEmas.
019-8899467 (boleh whatsapp)
Haryati Binti Mohd. Sarkawi
Master Dealer PG014952

Didik Anak Berniaga Seawal Usia

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apakah rancangan anda untuk masa depan  anak-anak? Sejujurnya saya tidak mahu anak-anak saya makan gaji. Cukuplah saya dan suami sahaja yang makan gaji. Semoga 'makan gaji' tidak menjadi 'genetik' keluarga saya. Saya sedang cuba untuk set kan minda anak2 untuk menceburi bidang ekonomi dan perniagaan. Bukankah Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa sesungguhnya 90% daripada peluang pekerjaan adalah dalam sektor perniagaan!

Makan gaji risikonya memang sangat rendah. Setiap hujung bulan pasti akan ada duit gaji masuk. Berbeza dengan org yang bekerja sendiri, bisnes sendiri...setiap hari mereka perlu berusaha lebih untuk memastikan ada keuntungan dan memastikan pendapatan bulanan mereka melebihi liabiliti. Justeru itu, saya kira kebergantungan orang yang bekerja sendiri kepada Allah akan jauh lebih tinggi berbanding orang yang makan gaji.

Dari pengamatan saya, setinggi mana pun pangkat individu yang makan gaji itu, beliau tetap akan bekerja di bawah telunjuk majikan. Pekerja yang makan gaji tidak bebas membuat keputusan sendiri. Jika majikannya pula jenis yang garang dan tidak rasional maka selalu stresslah pekerja tersebut. Stress ini pula akan mengundang pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan kanser.

Untuk saya yang sudah berumur 40 tahun ini mungkin agak lewat untuk mengubah haluan pekerjaan diri. Lagipun saya kira mengajar sudah sebati dalam diri saya. Saya memang suka mengajar tapi saya tidak suka dengan tugasan guru yang banyak dibebani dengan kerja2 perkeranian dan bukannya core business. 

Mama: Mun boleh, dah besar kelak, Ikmal & Dina ibohlah kerja makan gaji. Mama percayak anak-anak mama mampu untuk cipta kerja dirik mpun. Aim untuk jadi enterpreneur oneday. 

Adek : Apa kelebihannya ma? 

Mama : Enterpreneur boleh create peluang pekerjaan..boleh bekerja mcm Steve Jobs dan Mark Zuckerberg. Bila dah jadi enterpreneur, kitak duak boleh buat peraturan dirik mpun utk pekerja-pekerja. Contohnya solat duha berjemaah sebelum mula bekerja, solat zuhur n asar berjamaah di surau milik syarikat...insentif mengerjakan umrah untuk pekerja paling cemerlang...

Itulah antara dialog biasa saya bersama anak-anak. Tapi bagaimana mungkin mereka menjadi enterpreneur kalau bakatnya kita tidak gilap di usia muda. Sebagai seorang ibu, saya juga sebenarnya risau apabila melihat anak-anak saya gemar dan ketagih bermain komputer games. Jika anak-anak terlalu banyak bermain pc games, anak-anak kita akan kurang softskillnya. Boleh menjadi seperti robot tanpa perasaan...

Akhirnya saya come out dengan satu idea. A 'realiti games ' yang diolah dpd pc games. Saya namakan games ini sebagai 'Quail Ville'. Dua bulan lepas, kami sepakat untuk serius set up bisnes penternakan puyuh. Saya bertindak seperti share holder yang mengeluarkan modal. Ikmal (13 thn) saya lantik sebagai Production Manager.  Irdina (11 tahun) pula memegang jawatan sebagai Account Manager.  

Sebagai Production Manager,  Ikmal bertanggungjawab memastikan stok puyuh dan telurnya cukup-cukup utk pasaran. Kalau terlalu sedikit, sayang nanti hilang customer.  Kalau berlebihan, nanti harga akan drop pula.  (Sama mcm emas juga hehe). Saya siap keluarkan modal untuk membeli incubator galakkan bagi menetaskan telur puyuh. Wang keluar dan masuk pula direkod oleh Account Manager dalam buku lejer. Resit beli dan jual pun sentiasa dipastikan ada dan dilfailkan.

Alhamdulillah, setakat ini sudah dua kali Irdina dan Ikmal menjual puyuh. Wang masuk sudah mula ada. InsyaAllah minggu depan,  telur puyuh akan sedia untuk dijual kepada kawan2 di sekitar Kuching..

Kesimpulannya: 
Bisnes kecil-kecilan puyuh ini mampu:
1. Melatih anak-anak sikap bertanggungjawab, berdikari, bekerja sama serta sifat sayangkan makhluk Allah. 

2. Memberi pengalaman 'hidup sebenar'. Quail Ville seolah-olahnya seperti sebuah syarikat peniagaan sebenar.

3. Menanamkan sifat suka memberi dan berdekah dalam diri anak2.  Setiap awal pagi selepas solat subuh, anak-anak akan memberi makan puyuhnya dulu. Itukan contoh sedekah kepada makhluk Allah. Plan saya lagi, untung puyuh ini juga akan disedekahkan sebagiannya. Alangkah seronoknya bila anak- anak dapat bersedekah dengan wang hasil titik peluhnya sendiri. Subhanallah.

4. Jika ada untung lebih nanti, , insya Allah ianya akan ditukarkan  ke bentuk emas dan perak fizikal.

Semoga apa yang saya kongsi hari ini memberi manfaat kepada semua. Semoga anak-anak kita boleh membesar dengan kreatif dan inovatif diiringi dengan nilai sahsiah yang tinggi.  Amiin.

Emas Emas Juga. ..

Haryati Binti Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
0198899467 (boleh whatsapp)

P.s. gambar di bawah saya akan edit lagi susunannya bila saya balik. Now saya di kl menghadiri seminar kreativiti dan inovasi kurikulum. 


Baby puyuh yang sangat kiut...
Semua bil disimpan dan direkod Oleh Account Manager, Irdina Hani (11 tahun)
 Baby puyuh menetas dalam Incubator

Bekas makanan ini Production Manager, ikmal Hakimi (13 thn) yang cipta :)
Ini pun kerja production manager dibantu oleh account manager :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger