Home » , » Tabung Sedekah Keluarga - Jom Amal "1 Keluarga, 1 Tabung Sedekah"

Tabung Sedekah Keluarga - Jom Amal "1 Keluarga, 1 Tabung Sedekah"

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Pada setiap minggu, hari yang saya sentiasa nantikan ialah hari Jumaat. Penghulu segala hari. Artikel ini sepatutnya saya tulis semalam iaitu Hari Jumaat tetapi masa tidak mengizinkan. Semalam saya breakfast sambil membuka tabung sedekah keluarga.  Alhamdulillah. Tabung sedekah ini biasanya suami dan anak-anak buka pada malam Jumaat yang mana pada keesokkan harinya suami saya akan wakafkan hasil tabung ini. Ada masanya Ikmal akan sedekahkan di Masjid Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching ketika Solat Jumaat.

Tabung sedekah ini bebas diisi, tidak kisah berapa amountnya pada bila-bila masa.
Sedikit-sedikit sehari, sekali sekala buka tabung sedekah famili ini, banyak juga hasilnya.


Tabung sedekah Keluarga? Apa benda tu cikgu?

Sebenarnya idea mewujudkan tabung sedekah ini telah dikongsikan oleh Ustazah Nurhafizah Musa dalam rancangan Usrati di Radio Ikim. Idea ini saya kira sangat praktikal. Rugi kalau tidak dimulakan. Alhamdulillah, tabung ini membolehkan kami sekeluarga bersedekah pada bila-bila masa terutamanya pada awal pagi. Saya letakkan  tabung ini di ruang tamu dekat dengan TV dengan harapan ianya dapat mengingatkan ahli keluarga untuk sentiasa bersedekah. Sebagai ibu yang sentiasa mendoakan anak-anak menjadi muslim profesional satu hari nanti, no doubt saya selalu menerangkan kepada anak-anak kelebihan bersedekah. 

Mama: Besar ganjaran orang bersedekah, Mal...dek.. Mun boleh sedekahlah awal pagi. Mun dapat sedekah bertapok lagiklah besar ganjaran Allah berik. 
(Besar ganjaran orang bersedekah, Mal...dek.. Kalau boleh bersedekahlah pada awal pagi. Kalau dapat sedekah secara bersembunyi tanpa orang lain sedar, semakin besar ganjaran Allah beri.)

Alhamdulillah, saya pernah nampak adek mengisi tabung secara sembunyi-sembunyi. Lucu juga melihat dia tertoleh ke kiri dan tertoleh ke kanan untuk memastikan tiada siapa nampak perbuatannya. Alhamdulillah...semoga anak-anakku dan seluruh ahli keluargaku istiqamah dan terus memberi Ya Allah. Amiin.



Menurut kata Ustazah Leza Juni, ustazah di sekolahku, waktu ketika bersedekah itu adalah waktu doa mustajab. Di Malaysia tidak ada tempat yang doanya mustajab, tidak seperti di Raudhah, Masjid Nabi di Madinah ataupun di Hijir Ismail, Mekah. Allah Maha Besar...Maka, kita yang jauh dari Arab Saudi diberi kelebihan memiliki WAKTU doa mustajab...contohnya ketika berpuasa, ketika hujan turun...tapi musim panas bagaimana pula? Haa...itulah kelebihan bersedekah. Kita cipta sendiri waktu doa mustajab. Maka, perbanyakkanlah doa ketika kita bersedekah, insya Allah makbul. Yakinlah! :)

Jom kawan-kawan, mari kita mulakan setiap hari dengan memberi...
*credit to Ustazah Nurhafizah Musa pendakwah di radio ikim atas perkongsian hebat ini...subhanallah. 

Semoga Allah menjadikan kita golongan yang suka bersedekah dan berwakaf. Semoga ianya menjadi asbab untuk kita meraih kasih sayang Allah sentiasa.
Amiin Ya Rabb!

Emas, Emas juga,

Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
0198899467
(Whatsapp saya kalau nak beli ok)

2 comments:

junaidawati jusoh said...

info menarik mengenai sedekah..terima kasih ya :)

cu'are Matzin said...

bleh tiru dan cuba amalkan..terima kasih cikgu atas perkongsian

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger