Home » » Kenaikan Harga Minyak Ron 95, RM0.20/liter...Apa tindakan anda?

Kenaikan Harga Minyak Ron 95, RM0.20/liter...Apa tindakan anda?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Kenaikan harga minyak minggu lepas walaupun hanya 20sen, merupakan 10.5% daripada harga asal iaitu 1.90. Bagaimanakah cara nak kira untuk dapat 10.5%?

Peratus kenaikan = (RM0.20/RM1.90) x 100% = 10.52%

Belanja minyak kereta saya sebulan adalah sekitar RM200 sebulan. Agak-agaknya bulan ini berapakah perbelanjaan minyak kereta saya? Begini cara mengira anggarannya:

Bayaran minyak bulan ini (campur kenaikan harga) = RM200 x 110.5% = RM221.00
Maka dalam masa setahun, extra saya spend untuk petrol sahaja ialah RM21 x 12 = RM252.

Kenaikan harga barang ini secara tidak langsung menunjukkan kadar inflasi. Jika harga minyak naik 10.5%, tidak mustahil harga barangan yang lainnya juga akan meningkat. Ini kerana, harga minyak akan mempengaruhi kos pengangkutan. Maka, apakah kesannya inflasi ini terhadap duit yang kita simpan di bank?

Jika tahun ini dividen bonus ASB kita 10%, adakah kita sudah benar-benar untung? Fikir-fikirkan.
Dengan kenaikan harga minyak sebanyak 10.5% ini, sebenarnya kita dapat pulangan negatif 0.5%.
Negatif itu bermaksud, nilai wang yang simpan tadi menyusut sebanyak 5% akibat faktor kenaikan harga tadi.

Credit to Mat Ijie yang whatsapp kan ini di Group Cikgu Emas...haha!

Bagi saya adalah tidak wajar kita hanya complain sahaja. Harga sudah dinaikkan. Apa mungkin harga akan drop semula? Lainlah kalau harga emas jangka sederhana. Ada masa harga naik (seperti sekarang)...ada masa harga drop seperti bulan Jun dulu. Nasihat saya untuk rakan-rakan, cuba kaji semula budget keluarga. Ada 2 cara penyelesaian:
1. Berjimat cermat
2. Tambahkan punca pendapatan keluarga

Tips Berjimat:
1. Kurangkan bil air dan elektrik
- Mungkin kalau dulu sebelah malam kita pasang 5 lampu, sekarang boleh kurangkan kepada 3. 
- Takung air wuduk kita untuk menyiram bunga/cuci toilet
- Mesin baju bila mesin dah betul penuh (jimat air/elektrik & detergen)

Tips Tambah punca pendapatan keluarga
- Cipta side dan pasif income (ini boleh google - sure banyak cadangan)
- Banyakkan sedekah :)
- Tanam sayur dalam pasu seperti yang saya lakukan sekarang...Psst...Saya bukanlah kategori pekebun yang konsisten...semoga kali ini semangkat naik 20sen ini sampai mengeluarkan hasil :)

Baru sebentar tadi hujan lebat, so tak perlulan menyiram sayur petang nanti. 
Dalam masa 3 minggu lagi, insya Allah, kangkung itu sudah boleh ditumis belacan :)

Last but not least, jangan lupa asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada duit gaji untuk disimpan. Sebaik-baiknya dalam bentuk emas. Jika 10% anda sekitar RM150+, hubungi saya segera untuk lock 1 dinar secara EPP. Bayar RM150+ setiap bulan selama 4 bulan untuk memiliki 1 dinar.

Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (boleh whatsapp)
cgharyati@gmail.com


1 comments:

aMir said...

Nice artikel,cikgu emas

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger