Home » » Kaut Untung Lagi...Alhamdulillah, Syukur Ya Rabb!

Kaut Untung Lagi...Alhamdulillah, Syukur Ya Rabb!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sudah hampir 2 bulan saya tidak menaip sebarang artikel di web. Saya juga ada menerima email daripada pembaca setia www.CikguEmas.com bertanyakan berita. Saya sekeluarga alhamdulillah sihat. Berkekalan dan bertambah sihat kerana sekarang kami mengamalkan pemakanan sunnah (habbatussauda dan zaitun softgel - kalau berminat hubungi saya). Alhamdulillah. Kesyukuran yang tidak terhingga. Sesungguhnya nikmat kesihatan dan kebahagiaan itu tiada tandingannya dengan berkilo2 emas dan perak yang kita miliki. Subhanallah!

Sebenarnya walaupun tidak menaip di web, saya sentiasa aktif membimbing anak2 didik cikgu emas di group whatsapp dan facebook personal saya. Baiklah, apa yang terkini dalam hidup saya? Banyak yang nak dikongsikan di sini. Baru sekejap tadi saya lock jual emas yang saya beli bulan lepas apabila mendapati saya sudah untung. Alhamdulillah.


Saya tetapkan pendirian dan nekad untuk menjualkan emas ini walaupun seperti biasa hati saya sebelum itu berbelah bahagi. Biasalah, saya juga manusia biasa yang tidak lepas daripada perasaan takut dan tamak. Maka, saya jual emas ini sebagai satu usaha untuk meneutralkan rasa tamak dan takut ini. Untung ini, insyaAllah saya akan terus infaqkan pagi ini juga. Semoga segala urusan akan dipermudahkan Allah. Amiin.

Now, berapakah peratus untung bersih termasuk komisen saya?

Diringkaskan cerita, peratus untung dan jumlah untung untuk setiap item adalah seperti berikut:

250g : 3% (RM1129)

10 dinar : 4.5% (Rm539)
50g : 3.5% (Rm262)

Maka total untung dalam 1 bulan ini utk 3 item yg sudah saya jual online tadi ialah RM1930


Perhatikan, walaupun peratus untung hanya 3-4.5% tetapi jika kita beli emas dgn volume yg besar maka dlm bentuk RM nilainya besar. Saya beli emas ini dengan islamic loan bank rakyat yang kadarnya 3.25% setahun. Urusniaga ini pun sudah dpt cover charge loan tersebut. Tahun ini saya sudah buat jual beli beberapa kali. Kalau katakan peratus untung setahun saya 15%, tolak 3.25% saya dah dpt 11.75% setahun. Bukankah itu untung namanya. Guna loan (other people money OPM) to generate MY PASIVE INCOME.

Saya yakin jika kita buat jual beli dan setiap kali untung cepat2 infaqkan, insya Allah, rezeki akan berganda2 Allah bagi. Yakinlah.

Btw, harga naik kejap ini adalah kerana isu syria. Setakat bacaan saya tadi, Rusia mengesan ada peluru berpandu dilancarkan di laut Mediterranean. Dengar khabarnya, itu adalah latihan ketenteraan negara kuasa besar yang satu lagi...Maka, harga emas naik kejap. So di sinilah dealer PG boleh kaut untung kalau mahu. Jual kejap emas di tgn. Nanti drop beli balik. Apapun, jika betul perang, harga emas boleh meroket naik. Wallahu a'lam.

Jika anda perlu mentor yang praktikal, sms/whatsapp me:
019-8899467
Jika anda melantik saya menjadi introducer, jika anda ada whatsapp, insya Allah saya akan add anda dalam group whatsapp saya yang saya update hampir setiap hari.

Klik di sini untuk view harga emas semasa dan mendaftar secara PERCUMA sebagai pelanggan Public Gold:  http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121
(jangan lupa tekan login di sudut kanan atas dan klik register)

Bulan September ini ada promosi, beli RM15,000 produk DINAR/I-SERIES/D-SERIES/kombinasi, anda layak menjadi dealer dan akan mendapat komisen sebanyak 1%. Ingin menjadi dealer, cepat sms/whatsapp saya.

Emas, Emas Juga...
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
H/p : 019-8899467
Email: cgharyati@gmail.com


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger