'Kecairan' /Liquidity Emas Lebih Tinggi Berbanding Hartanah. Benarkah?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, hasil buyback semalam sudah Public Gold masukkan ke dalam akaun saya hari ini. Cuba bandingkan jika anda menjual Mutual Fund anda? Berapa harikah tempoh duit akan masuk dalam akaun anda? Pastinya bukan sehari duakan? Bukan juga tiga empat hari! Sebab itulah bagi saya, emas fizikal ini memang pilihan yang tepat, untung cepat, risiko sangat minima, liquidity nya pula sangat tinggi. 


Apa maksud 'liquidity'? Kecairan? Kecairan bermaksud keboleh-upayaan untuk pelaburan anda itu ditukarkan semula kepada wang tunai pada bila-bila masa. Manalah tahu tiba-tiba anda memerlukan wang tunai dalam keadaan yang terdesak. 
Terbukti, amat mudah untuk saya tukarkan emas seberat 250g kembali ke bentuk wang. Lock harga nak jual online, bawa emas ke branch senyap-senyap dalam masa 24 jam, keesokan harinya wang akan dimasukkan ke dalam akaun. Orang tak tahupun anda menjual emas, sebabnya tak perlu iklan & emas seberat 250g bahkan 500g masih muat masuk dlm poket seluar!


Adakah rumah/hartanah mempunyai kecairan yang tinggi? Ya kalau rumah anda berada di lokasi yang strategik. Walaubagaimanapun, anda perlu iklankan dulu, naikkan notis supaya semua orang tahu. Perlu lagi khidmat lawyer (kena bayar upah lawyer le pulak!), tanda tangan beberapa dokumen dan pastinya proses 'mencairkan' rumah ini akan mengambil masa yang lebih panjang!


Kesimpulannya emas atau rumah kedua-duanya adalah aset.
Yang mana satu pilihan anda? Kedua-duanya adalah kelebihan!
Apapun pilihan anda, anda MESTI ada ilmu.

Jika anda perlu mentor yang praktikal, sms/whatsapp me:
019-8899467
Jika anda melantik saya menjadi introducer, jika anda ada whatsapp, insya Allah saya akan add anda dalam group whatsapp saya yang saya update hampir setiap hari.

Klik di sini untuk view harga emas semasa dan mendaftar secara PERCUMA sebagai pelanggan Public Gold:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121
(jangan lupa tekan login di sudut kanan atas dan klik register)

Bulan Julai ini ada promosi, beli 25 dinar anda layak menjadi dealer dan akan mendapat komisen sebanyak 1%. Ingin menjadi dealer, cepat sms/whatsapp saya.

Emas, Emas Juga...
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
H/p : 019-8899467
Email: cgharyati@gmail.com

RM33,833 dah masuk dalam maybank saya. Urusniaga dalam masa 2 minggu ini memberikan saya pulangan sebanyak 4.3%. Jika anda Normal dealer, urusniaga yang sama akan memberikan anda 3.3%. 

Jika berdisiplin membeli dan menjual, insyaAllah untung setahun akan melebihi daripada dividen & bonus ASB. Itulah target saya! Yang bestnya setiap kali mendapat untung, saya mempunyai extra income untuk diberikan balik kepada ummah. Jom kita sama2 menyumbang kepada orang yang berhak. Sesungguhnya sentiasa terdapat hak orang lain di dalam harta kita!

Saya Untung 4.13% dalam masa 2 minggu! Tak Percaya?


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, sempat lagi saya menaipkan sesuatu di laman blog sebelum berangkat ke sekolah pada pagi ini. Maaf kerana terlalu sibuk lately. Pada kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua kaum muslimin dan muslimat walau di mana anda berada. Semoga Ramadhan kali ini mampu melatih diri kita untuk istiqamah beramal. Dalam pelaburan emas ini, suka saya sinonimkan Ramadhan seumpama ketika harga emas drop dgn banyaknya dan kita punya wang yang banyak utk membelinya. Subhanallah, jika kita gembira sakan menambah stock emas ketika harga drop dengan banyaknya, sesungguhnya ganjaran yang Allah janjikan kpd hambanya pada bulan Ramadhan berganda-ganda lebih banyak daripada itu! Masya Allah. Jom kita sama-sama restock ganjaran Allah sebanyak2nya!

Alhamdulillah, semalam 2nd day of Ramadhan. Terbukti Ramadhan datang bersama rezeki yang melimpah. 2 minggu lepas saya membeli goldbar 250g dengan harga Rm33293. Pagi semalam, saya menjual emas yang sama dengan harga rm33833. Berapakah keuntungan saya dalam masa 2 minggu?

1. Untung harga naik (kalau bukan dealer pun dapat ni...)
= 33833 - 33293 = 540
2. Komisen dealer time beli
= 33293 x 2% = 665
3. Komisen dealer time jual
= 33833 × 0.5% = 169

Total untung
= 540+665+169 = 1374

Berapa peratus tu?
(1374/33293) × 100% = 4.13%
Dlm masa 2 minggu aje! Syukran!

Bandingkan dengan ASB? 8-9% SETAHUN! Mana lebih untung? 4.13% dalam masa 2 minggu atau 9% dalam masa setahun? Hehe...
Baru-baru ini saya bersembang dengan seorang kawan. Dia bangga sebab membuat loan ASB.
Katanya setiap tahun dapat untung dividen dan bonus.
Saya pula memberitahunya dengan ilmu emas yang saya ada kurang untung rasanya kalau saya membiarkan wang di ASB. Saya juga membuat personal loan tetapi wang itu saya gunakan untuk membeli emas dan saya akan grab peluang yang ada. Ingin tahu lebih bagaimana personal loan menjana keuntungan dalam pelaburan ini, hubungi saya segera ok. Insya Allah, saya bantu...

Bulan Julai ini ada promosi, beli 25 dinar anda layak menjadi dealer dan akan mendapat komisen sebanyak 1%. Ingin menjadi dealer, cepat sms/whatsapp saya.

Sila Klik di sini untuk daftar secara PERCUMA,
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

Emas, Emas Juga...
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
H/p : 019-8899467
Email: cgharyati@gmail.com




Alhamdulillah, lebih banyak kita untung, lebih banyak peluang untuk kita membantu ummah. Insya Allah.

Ramadhan 25dinar Offer Menjadi Dealer

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Bulan Julai ini sempena menyambut Ramadhan, Public Gold mengadakan promosi Beli 25 dinar layak automatik menjadi dealer. Anda boleh beli mana-mana kombinasi dinar yang penting minimumnya ialah 25 dinar untuk melayakkan anda mendapat komisen 1% sebagai dealer.

Sila klik dan mendaftar sebagai pelanggan Public Gold secara percuma di link ini:
https://publicgold.com.my/referral/PG014952/165121


Saya menggalakkan anda membeli kombinasi 2 keping 10 dinar dan 1 keping 5 dinar untuk layak menjadi dealer. Kenapa bukan 25 keping 1 dinar? 
Jawapannya ialah spread untuk 10 dinar dan 5 dinar adalah lebih kecil berbanding 1 dinar. Lebih kecil spread lebih cepat anda untung dan lebih banyak anda untung.


Untuk layak menjadi dealer selalunya pelanggan perlu membeli item Public Gold sebanyak RM20k dalam satu resit. Tapi dengan offer 25 dinar ini, anda spend sekitar RM14k sahaja. Boleh buat easy payment lagi. Bayar 4 kali dalam masa 4 bulan!

Hubungi saya segera sms/whatsapp/call/email,
Haryati Mohd Sarkawi
019-8899467
cgharyati@gmail.com 

Buyback Dlm Tempoh 3 hari Bekerja & Untung Sekitar 2.5%!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Entri kali ini simple aje. Weekdays seperti ini, kerja sekolah saya perlu diutamakan. Oklah, saya nak inform kawan-kawan. Jam 2 pagi ini, saya baru buat sell back dan untung sekitar 2.5%. Sebenarnya pada hari Jumaat minggu lepas 28/6/13, semasa harga 1dinar rm549, saya beli goldbar 250g dengan harga RM33193

Jam 2 tadi ketika harga 1 dinar RM575, Pg Buy untuk 250g ialah RM33205.
Saya nekad untuk menjualnya. Saya sudah untung = 2%+0.5%=2.5%

Nak tunggu lagi?
Kalau saya nak tunggu, memang harga boleh naik. Tetapi jangan lupa harga boleh drop juga. Bagi saya untung sedikit tapi berkali-kali, insya Allah akan lebih untung. Kenapa pulak? Bagi saya sebahagian daripada untung yang sedikit ini, kita boleh wakaf untuk aset akhirat. Serentak dengan itu saya yakin rezeki kita akan lebih subur dan akan berganda. Percayalah kepada janji Allah dalam Surah Al-Baqarah yang maksudnya begini, "Perumpamaan kebaikan yang diusahakan adalah ibarat seperti 1 biji benih yang ditanam, ia menumbuhkan 7 tangkai, setiap tangkai ada 100 benih" Insya Allah. Cubalah...




Transport utk 250g di Kuching ialah RM100. Lepas tolak transport untung bersih saya ialah RM729. Ok ape...beli pada Jumaat 28/6/13. Jual pada selasa 2/7/13. Untung utk tempoh 3 hari bekerja. Cuba compare dengan ASB...Setahun...baru dpt 8-10%! Duit saya dapat ini, saya disiplin simpan dlm asb dulu...nanti harga cantek beli lagi...kan dpt 2 dlm 1 :)

Emas, Emas Juga...
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
H/p : 019-8899467
Email: cgharyati@gmail.com



Bulan Julai ini ada promosi, beli 25 dinar anda layak menjadi dealer 

dan akan mendapat komisen sebanyak 1%. Ingin menjadi dealer, 

cepat sms/whatsapp saya. 

Sila Klik di sini untuk daftar secara PERCUMA,

http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121 

Saya akan bimbing anda, insya Allah. Sesungguhnya jarak bukan penghalang, saya sudah mempunyai rangkaian dealer-dealer saya di seluruh Malaysia. Alhamdulillah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger