Masa Untuk Mula Memborong Emas!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Its Friday again. Alhamdulillah. Semoga hari ini rakan-rakan pembaca sekalian lebih ceria dan semoga segala urusan kita pada hari ini Allah permudahkan. Untuk rakan-rakan pelabur emas yg masih tebal cash di tgn pasti happy sebab harga makin drop. Selepas menjadi dealer PG selama 2 thn (since 2011), saya sentiasa mengkaji secara peribadi ttg pgerakan harga emas. Saya boleh buat kesimpulan tidak kira berapa banyak ilmu emas yg kita ada dan betapa mahirnya kita dgn analisis teknikal, gerak hati yg betul dlm membuat keputusan jauh lebih penting daripada segalanya. Maka di mana saya nak pergi seminar tentang gerak hati yang betul? Haha...manalah ada seminar yang sebegitu rupa. Kalau hendakkan gerakkan hati yang tepat, maka berkursuslah dengan yang 'empunya' hati kita. Maka, siapakah 'tuan' hati kita? Tiada lainnya...Allah Maha Besar. Maksud saya, kita perlu sentiasa ada hubungan yang akrab dengan Allah. Kalau mampu, pastikan Allah dan Rasulullah saw sentiasa di hati. Saya masih dalam proses perubahan ke arah itu. Semoga kita mampu sama-sama istiqamah. Dalam apa jua keputusan yang kita ambil, khususnya dalam menjual dan membeli emas ini, jika Allah tidak gerakkan hati kita tepat pada waktunya maka sukarlah utk kita sukses.

Semalam gerak hati saya kuat hendak menjual emas 250g saya ketika harga 1 dinar rm563. Rakan dealer kata kerja 'gila' menjual emas pada masa harga tengah rendah ini. Maka, keputusan ini saya ambil dan inform kepada beberapa orang terdekat dalam hidup saya. Seperti biasa my dearest hubby is my strong supporter! Now 1 dinar sudah rm549. Untuk master dealer mcm saya memang sudah untung komisen untuk lock harga 250g sekarang. Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat illahi kerana gerak hati yang tepat ini. Semalam saya kasi tau dealer2 saya yang berada di seluruh Malaysia di group whatsapp Cikgu Emas, yg saya nekad menjual goldbar 250g saya. Tetapi saya tidak menggalakkan mereka mengikut langkah saya. Why? Sebab risiko sgt tinggi dan risiko itu perlu ditanggung sendiri! Sapa sangka harga nak drop lagi kan...subhanallah...


Oleh itu, saya berpesan kpd rakan dealer n diri saya sendiri...sambil2 menambah aset dunia emas ini, fokuskan juga kpd aset akhirat. Apalah sangat harta dunia ini jika nak dibandingkan dengan syurga Allah. Keyakinan bahawasanya harta/emas yang saya ada ini adalah milik Allah, saya & suami hanya menguruskannya saya, membolehkan saya melakukan urusniaga jual beli emas terus kepada Public Gold ini dengan emosi yang stabil. Alhamdulillah, saya dan suami tetap ceria, boleh tidur lena. Apa maksud saya dengan 'menguruskan emas/harta sahaja'? Begini...dengan ilmu Allah ini, saya buat jual dan beli dan simpan dan jual balik dan beli balik. Ada untung, kita boleh infaqkan. Dengan cara ini, aset akhirat bertambah selari dengan aset akhirat. Cuba amalkan konsep memberi...memberilah...Tuan2 & puan2 akan takjub dengan ganjaran Allah.

Klik di sini untuk view harga emas semasa dan mendaftar secara PERCUMA sebagai pelanggan Public Gold: http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

Untuk video youtube cikguemas:
http://www.youtube.com/channel/UCDKBim2AvHvdt21HP78cMqA?feature=watch

Emas, Emas Juga,
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp/sms/viber)



Jangan lupa ke seminar saya pada malam ini, 

Jumaat, 8.30 malam, 28 Jun 2013 di Branch PG

 Kuching. Lewat sikit tak mengapa. 

Yang penting datang :) Seminar Free Saja Ni!



Seminar Emas Pelaburan Public Gold Bulan Jun 2013

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Setiap bulan Public Gold akan mengadakan seminar untuk mendidik masyarat tentang kepentingan menyimpan emas dan menjadikan emas dan perak sebagai salah satu portfolio pelaburan anda. Saya sendiri merupakan speaker rasmi untuk Public Gold Branch Kuching, Sarawak. 



Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai  Asas Simpanan Emas dan Perak Fizikal. Selepas menghadiri seminar ini, anda akan lebih jelas tentang kepentingan memiliki emas dan perak fizikal berbanding dengan buku / passbook gold/silver seperti yang ditawarkan di institusi kewangan. Anda juga akan didedahkan tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas serta teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan jangka sederhana.

Berikut adalah jadual rasmi seminar saya pada bulan ini. Kedua-dua nya diadakan pada sebelah malam. Sebelah siang termasuk hari Sabtu pada pertengahan tahun seperti ini selain daripada tugas profesional di sekolah dan di jabatan sebagai Guru Cemerlang Fizik, saya juga agak sibuk dengan aktiviti latih tubi kelas tambahan serta seminar di sekolah lain di sekitar Kuching, insya Allah.

Jumpa anda di sana pada 21 & 28 Jun 2013, insya Allah. 
Kalau boleh whatsapp/sms saya dahulu untuk book tempat ok.

Di website Public Gold, tuan-tuan boleh juga mendapatkan tarikh dan tempat  dan seterusnya menghadiri seminar yang diadakan oleh rakan dealer saya yang lain di seluruh Malaysia. 


Berikut pula adalah semua Jadual dan Tarikh seminar PG di seluruh Malaysia. Semua seminar ini adalah percuma. Oppss...melainkan NDO (New Dealer Orientation). Jika tuan-tuan menghadiri seminar ini, jika ingin saya menjadi introducer, jangan lupa tuliskan nama saya dan kod saya (HARYATI BINTI MOHD SARKAWI - PG014952) di semua dokumen yang diberikan. Dengan itu, saya akan dilantik secara rasminya menjadi introducer tuan dan saya akan bertanggungjawab untuk membimbing tuan dalam pelaburan emas PG ini, insya Allah.






Mungkin lokasi saya jauh daripada lokasi tuan-tuan dan puan-puan, tapi realitinya dalam dunia tanpa sempadan ini jarak bukanlah pemisah. Ada juga yang lokasinya dekat tetapi rasa macam jauh kan :) Apapun melantik introducer atau mentor ini adalah hak tuan-tuan dan puan-puan. Untuk berjaya, pastinya tuan-tuan memerlukan mentor yang aktif dan sentiasa update tuan-tuan tentang perkembangan semasa dan apakah pilihan tidakan yang tuan-tuan boleh buat untuk memaksimumkan keuntungan. Setakat ini, alhamdulillah sudah ada dealer-dealer 'maya' saya di seluruh Malaysia dan Brunei Darussalam yang berjaya. Alhamdulillah...

Emas, emas juga, saya sedia menjadi mentor anda, 
semoga kita sama-sama berjaya. Aamiin...
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
H/p : 019-8899467
Email: cgharyati@gmail.com

Jika nekad menjadikan saya introducer, please sms/whatsapp/email saya untuk 
claim cenderahati CikguEmas.com
Jazakallahu Khairan Kasira
(Semoga Allah swt ganjarkan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger