Home » » Selamat Hari Guru 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru 16 Mei 2013

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Selamat Hari Guru untuk semua insan bergelar pendidik di seluruh Malaysia. Semoga kita istiqamah mendidik anak bangsa tanpa mengira bangsa dan agama agar mereka menjadi insan yang bukan sahaja cemerlang akademiknya tetapi cantek dan terbilang budi pekertinya. Tahun ini memang durian runtuh untuk saya setelah 16 tahun bergelar 'Cikgu Fizik' dan 2 tahun tahun bergelar 'Cikgu Emas'. Hadiah johan guru inovatif RM2k (bahagi dua) daripada KPM dan yang menariknya hadiah RM6k daripada Public Gold membuktikan dunia 'pendidikan & emas' boleh juga menjanjikan pulangan yang lumayan.

Saya akui bukannya senang mengalas beban dan tanggung jawab sebagai seorang guru. Sukar utk kita cari pekerjaan lain yang semurni pekerjaan seorang guru. Teringat saya kepada pepatah melayu, "guru ibarat lilin" - menerangi sekeliling  tanpa sedar dirinya terbakar sendiri. Pada zaman yang ibubapa sudah ramai yang educated dan bergaji besar ini, anak2 mereka juga tidak semudah zaman kita dulu untuk dididik. Jika ibubapa mereka educated dan bekerjasama dgn guru, insyaAllah ringan banyak kerja guru. Jika sebaliknya,  masya Allah...Allah sajalah yang tahu bagaimana sukarnya guru menangani masalah anak2nya...lebih2 lagi jika anak2 mereka mempunyai masalah disiplin. 

Sejujurnya, saya ingin berpesan kepada ibubapa di luar sana bahawa semua pendidik mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk melihat anak bangsa berjaya dalam hidup...tiada yang lebih membahagiakan seseorang guru selain daripada melihat anak didiknya cemerlang dari segi sahsiah dan akademiknya. Sesungguhnya kami, warga pendidik sedar bahawa nasib Negara Malaysia sebagai negara berdaulat terletak di tangan anak-anak muda ini. Merekalah nanti yang akan menjadi bakal pemimpin negara.

Maka sekiranya ibubapa dipanggil ke sekolah, berikanlah kerjasama sepenuhnya kpd pihak sekolah. Kata-kata anak jangan diterima seratus peratus. Anak2 kita tidak mustahil memutarbelit fakta utk memastikan dirinya sentiasa berada dalam zon selamat. Sebagai ibubapa, kita mesti rasional dan perlu mengkaji pandangan kedua2 pihak. Bukankah kita sudah educated? Buktikanlah. Janganlah melatah tidak tentu pasal di depan guru-guru di sekolah :)

Bersama Johan Kategori Individu Sek Men, Ren &
Prasekolah
Tahun ini adalah kali pertama saya menyambut hari guru di peringkat kebangsaan setelah 16 tahun berkhidmat. Macam mimpi aje. Tahun ini saya menerima anugerah guru inovatif prgkt kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan setelah projek inovasi saya dan rakan, Pn Hafsah Hj Yaman dinobatkan sebagai Johan Kumpulan dan Johan Keseluruhan, Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2013. Kami membawa balik wang berjumlah RM2000. Dapatlah sorang RM1000.  Alhamdulillah, adalah duit extra untuk saya membeli emas pada hari guru ini. Projek kami bertajuk 'Model Primer G' telah berjaya membantu pelajar2 bermasalah penglihatan dan pelajar2 lemah untuk memahami dan  menyelesaikan masalah tentang pewarisan dlm subjek Sains. Model kami juga boleh digunakan dalam subjek Biologi. Sekarang saya dalam proses mencari syarikat yang berminat untuk menghasilkan model kami.  Jika pembaca ada contact number sesiapa yang boleh membantu kami, sila hubungi saya ok.




Saya perasan tahun lepas ketika sambutan hari guru 16Mei2012, harga emas drop. Cerita yang sama berulang kembali. Harga 1 dinar malam tadi mencecah rm608. Malam tadi saya sempat bantu rakan2 di Kuching lock sekeping 1dinar, sekeping Thai Fook 10g dan sekeping perak seberat 1kg. Inilah yang menariknya ada side income sebagai dealer PG.



Pesan saya untuk rakan-rakan yang menjadi dealer PG. Emas emas juga, bagaimana banyak sekalipun side income kita dlm PG, core bisnes kita mesti sentiasa no. 1. Mendidik anak bangsa mesti tetap menjadi priority kita. Saya akui side income PG membolehkan kita membeli aset tetapi core bisnes kita tanpa kita sedar sebenarnya sentiasa menjana aset akhirat yang banyak dan melimpah untuk kita. Jadikanlah, sekolah sebagai ladang pahala kita. Semoga kita sama-sama dapat menuai hasil yang lumayan di akhirat nanti.


Klik di sini untuk view harga emas semasa dan mendaftar secara PERCUMA sebagai pelanggan Public Gold:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

Untuk video youtube cikguemas:
bermanfaat
http://www.youtube.com/channel/UCDKBim2AvHvdt21HP78cMqA?feature=watch

Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp/sms/viber)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger