Home » » Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2013

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ini saya masih nak cerita tentang Hari Guru 2013. Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di Kapit sudah menjadi kenangan. Wang hadiah Johan Guru Inovatif sejumlah RM1500 dalam proses nak bertukar menjadi emas pelaburan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Semakin banyak nikmat yang Allah beri. Tanpa kita sedari sebenarnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sentiasa melimpah. Mungkin ianya tidak nampak dari segi pertambahan material wang umpamanya tapi kita jangan alpa, kesihatan, kebahagiaan, jika kita mampu tersenyum, itu juga hasil daripada anugerah Allah.

With my former teacher when i was Form 4 & Form 5 in Kolej TDT Hj Bujang, Miri in 1989-90...Now my teacher is a politician...YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah Minister in Welfare, Women and Family Development...

Jalan hidup saya tersusun dengan sangat cantiknya. Sebenarnya saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Kalau dilihat dari result SRP dan SPM, maaf saya terpaksa masuk bakul; saya tergolong dalam kategori pelajar cemerlang. Alhamdulillah, syukur atas minda yang Allah anugerahkan ini...Result SRP saya membolehkan gambar saya masuk paper The Borneo Post ketika itu. Dipendekkan cerita, di UM back to 1992, saya gagal memasuki jurusan yang saya impikan sejak kecil. Saya sangat-sangat kecewa. Frust menongeng orang kata. Sehingga kini masih segar di ingatan saya rasa kecewa itu. Saya berkurung di dalam bilik, mata bengkak, tidak mahu keluar dari bilik, tidak sanggup melihat wajah ibu dan ayah yang sangat menaruh harapan untuk melihat saya bergelar Dr Haryati suatu hari nanti. Tambahan pula, masa itu my eldest sis sudah bergelar Dr...a dentist...makinlah tercabar dan perasaan sedih bercampurbaur dengan rasa rendah diri teramat.

Takdir menentukan segalanya, dalam keadaan tak suka bergelar Cikgu Haryati pada awal kerjaya saya sebagai seorang guru, akhirnya selepas 16 tahun mengajar barulah saya nampak planning Allah yang sungguh cantik ini. Benarlah kata pujangga, Allah turunkan kilat dan petir sebab nak beri kita pelangi dgn 7 warna yang cantik! Subhanallah. Nasihat saya untuk rakan-rakan tak kira apa pekerjaan anda, usaha dan lakukanlah yang terbaik. Insya Allah, satu hari nanti , kita akan nampak dengan 'mata hati' kita, sesungguhnya Allah sedang merencanakan perancangan yang terbaik untuk kita. Live ur life positively, u'll see how perfect it will be :)

Alhamdulillah, mampu bersaing dengan rakan-rakan berbangsa cina yang merupakan majoriti di SMK Tung Hua ketika itu. Saya adalah calon tunggal untuk Paper Pendidikan Islam ketika itu. Why? Rakan lain cenderung untuk mengambil Pendidikan Seni. Kebetulan pula, kita hanya mula mempunyai ustazah ketika di Tingkatan 2. Kuasa Allah, seingat saya, selama saya bergelar pelajar, tidak ada satu pun paper yang saya sangat confident cemerlang selain daripada kertas Pendidikan Islam ini! Balik dari exam, jalan kaki ke rumah, boleh lambung2 beg lagi tu. Subhanallah!

Tahniah kepada ex-Pengetua saja dulu, tahun ini dinobatkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Negeri Sarawak 2013. Semoga Tn Hj Mohd Zain, bahagia hidup di dunia dan di akhirat. Merupakan seorang pengetua yang sangat supportif. Masih memberi motivasi kepada saya melalui fb :)

Seperti biasa rakan guru mengangkat sumpah...menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi

Pehin Seri Taib Mahmud, merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri ini :)

Inilah terminal penumpang untuk menaiki bot di Pekan Kapit. Memang sibuk, macam terminal bas kalau di Semenanjung kan...

Akhirnya, inilah keistimewaan Kapit. Boat ekspressnya macam bullet train di China. Maksud saya, bentuknya...aerodinamik...kelajuannya??? Janganlah compare dengan kenderaan di daratan dan di udara. Not fair sebab daya geserannya tidak sama :)

Perhatikan tambang dr Sibu ke Kapit RM30. Dari Kapit ke Sibu RM25. Kenapa ya?
Dari Kapit ke Sibu, sebenarnya mengikut arah arus...mudik ke hilir, maka kurang penggunaan minyak. Interesting!

2 comments:

Rasli Rais said...

Alhamdulillah....
Semoga terus sukses, cikgu... :-)

Rasli Rais said...

Alhamdulillah....
Semoga terus sukses, cikgu... :-)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger