Home » » From 'Mighty Minds Hands On Challenge' to Gold?

From 'Mighty Minds Hands On Challenge' to Gold?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, setelah 2 minggu akhirnya baru hari ini ada kesempatan untuk menaip artikel di blog. Semoga tulisan kali ini ada manfaat buat pembaca setia. Lebih-lebih lagi ada rakan pembaca yang menghubungi saya melalui email dan whatsapp bertanyakan kenapa takde new artikel...alhamdulillah, seronok rasanya bila tahu saya dah ada peminat setia di luar sana. Alhamdulillah.
2 days ago, Ikmal membuka akaun RHB. Saya biarkan Ikmal mengisi sendiri semua dokumen yang berkaitan. Mama monitor dan tanda tangan di mana perlu sahaja. Haha...bukanlah mama nya malas nak mengisi borang, sebagai parents adakalanya kita perlu melatih anak kita berdikari utk urusan perbankan. Oneday, mereka tidak janggal dan mahir menangani masalah secara bijak walaupun tanpa kita. Now, kenapa Ikmal kena buka akaun RHB pulak....inilah kisahnya...

4 Mei 2013 Team Mighty Minds Junior SMK Batu Lintang menjadi naib johan...RM2k bahagi 3, maka setiap sorang dapat RM666.66, maka perlu ada akaun RHB untuk wang hadiah masuk! Alhamdulillah :)

Sebenarnya saya nak post artikel ini minggu lepas, tapi disebabkan keesokkannya PRU, maka fokus saya beralih kepada PRU. Dalam sibuk2 mengundi, saya juga sibuk membaca komen di fb, view video & berita berkait dengan PRU...menarik kisahnya kan...isu dakwatlah, isu bangla, isu blackout...maka tertangguhlah artikel kejayaan team ini..hehe..Sebenarnya apa yg menarik ialah team ini adalah team pelapis saya. Kita diminta menghantar 4 team. 3 team lagi memang semuanya terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 mempertimbangkan content mereka lebih. Team pelapis ini pula terdiri daripada 1 pelajar Form 3 dan 2 lagi Form 1  yang salah sorang daripadanya ialah anak saya sendiri, Muhd Ikmal Hakimi. 
Reminder yang saya catit di whiteboard di makmal fizik sehari sebelum pertandingan...
Perhatikan tempat kami berkumpul...kat Habib Jewel! Ada kelas tu...dah nama cikgunya cikgu emas, emas juga...haha :)

1st round - 20 objectives questions on general knowledge, Science,
Mathematics, History, Geography, accounting etc
Alhamdulillah, team Ikmal berjaya melayakkan diri sebagai salah satu daripada 10 team yang layak ke pusingan kedua. Hands on activity. Part ini memang kelebihan Ikmal :)
Part 3- Presentation, setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat presentation selama 1 minit seorang. This was not my son's favourite part. Rakannya, Isaac Chung(left) & Azrai (right) memang takde masalah sebab memang debate team sekolah.

Untuk Part 3, bila ianya bukan his favourite part, semestinya masih banyak yang Ikmal perlu perbaiki. Sebagai seorang ibu dan guru, sungguh bahagia rasanya melihat anak sendiri mampu memBERANIkan diri untuk membuat presentation dalam Bahasa Inggeris di depan para juri dan orang ramai di The Spring Shopping Mall, Kuching...Doa mama sentiasa semoga oneday, Ikmal akan menjadi mukmin profesional yang tetap pendiriannya dan sentiasa meletakkan Allah priority dan Nabi Muhammad sebagai idolanya...Semoga hatinya hidup tanpa dipengaruhi rakan sebaya yang buruk akhlaknya, biarlah hati anak-anak kita 'hidup' seperti ikan di laut...Hidup di laut yang masin airnya, tetapi isinya tetap 'manis' :)

Now, Ikmal tak pasti lagi sama ada akan menggunakan wang hadiah RM666.66 tersebut untuk membeli emas atau perak atau tidak. Biasalah teenagers, lebih berminat dengan gadget. Kita pun tak boleh kata 'jangan' sebab pengalaman saya deal dengan remaja, yang kita 'jangan' itulah yang mereka suka nak buat. Best is kita berikan mereka pilihan...Oleh kerana duit tak masuk lagi, saya cuma memberi cadangan kepadanya bahawa wang sebanyak itu boleh diconvert ke emas 1 dinar ataupun 2 keping silver 200g.  Oneday, apabila harganya naik, bolehlah dijual untuk membeli gadget seperti laptop canggih dan sebagainya :)

100g RM295...beli 2 keping baru je RM590, campur transport RM20 sekeping utk Sabah Sarawak, 
maka RM630 lah jadi nya :)
1 dinar RM630, Transport di Sabah & Sarawak RM10, maka RM640 lah harganya...
Pun masih dalam budget hadiah :)

Semoga bermanfaat, 
Emas, Emas juga....
Please feel free to contact me,
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
Hp: 019-8899467 (whatsapp/viber/sms)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger