Home » , » Bilakah masa yang sesuai untuk saya membeli emas dan perak?

Bilakah masa yang sesuai untuk saya membeli emas dan perak?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, dah masuk bulan baru. 1 Mei 2013 - Hari Pekerja...di mana semua pekerja tidak bekerja hehe...Correction, bukan tidak bekerja, masih bekerja tapi bukan secara formal. Saya sejak lepas Solat Subuh tadi berada di hadapan laptop. Update status di Page CikguEmas.Com di facebook. Masuk bulan May ini ada Promosi Special Bulan Mei daripada Public Gold. Sempena hari pekerja ini saya doakan agar semua pekerja di seluruh dunia  sentiasa bahagia hidup di dunia dan di akhirat. Semoga wang gaji yang diperolehi halal serta tiada unsur yang mencurigakan. Semoga wang gaji kita berkat dan boleh ditukarkan sebahagiannya agar menjadi aset di dunia dan dalam masa yang sama ditukarkan juga kepada aset akhirat. Aamiin.
Teristimewa buat rakan sekerja di SMK Batu Lintang, rakan guru Fizik di seluruh Malaysia amnya dan di Kuching khasnya serta rakan guru projek Sains dan Matematik dan rakan guru pertandingan: F1 Inschool, Kids Witness News Panasonic, Solar Boat, Car & Cooker Cetree, Intel Isef di seluruh Malaysia :)

Saya seringkali menerima sms/whatsapp/email bertanyakan "Bilakah masa yang sesuai untuk mula membeli emas dan perak?" Kebiasaannya saya akan tanya customer:
1. Sudah pernah beli emas Public Gold ke?
2. Apakah tujuan anda melabur emas?
3. Berapa budget?

Soalan No. 1: Sudah pernah beli emas Public Gold ke?

Jika jawapan anda BELUM, saya akan cadangkan anda beli sedikit dulu. Katakan 1 dinar. Why? Kalau harga naik, anda tak terkilan. Kalau harga drop, anda ada cash utk beli lagi.
Jika jawapan anda SUDAH, saya akan cadangkan anda monitor harga dan jika nekad saya bantu lock harga. Why? Jika dulu anda beli dengan harga tinggi, dengan membeli emas yang lebih rendah sekarang anda sebenarnya telah mengamalkan teknik pemurataan. 
Contoh: 
Nov 2011- beli 1 dinar RM800
May 2013- beli 1 dinar RM650
Purata harga 1 dinar anda ialah (RM800 + RM650)/2 = RM725

Soalan No. 2: Apakah tujuan anda melabur emas?

Jika tujuan anda utk 
- mengelakkan wang gaji dimakan inflasi
- pendidikan anak dalam masa 5 tahun lagi
- tabung pelancongan or mengerjakan haji dan umrah (3 tahun ke atas)
- tabung persaraan

>>>>Saya akan nasihatkan anda, monitor* harga dan jika sudah nekad, hubungi saya untuk lock harga emas anda. *Saya boleh bantu anda monitor harga dan update harga semasa juga.

Soalan No. 3. Berapa budget?

Jika budget anda RM20k, saya akan galakkan anda terus menjadi Normal Dealer, ND Public Gold.
Oppsss...usah khuatir, kita tidak wajib utk aktif mempromosi produk PG untuk mengekalkan status dealer itu.
Tiada sales target. Yang penting setiap 6 bulan, dealer mesti ada transaction, walaupun setakat membeli 10 dirham yang harganya sekitar RM100 sekarang ini. Sebagai ND, anda akan menikmati rebet 1% semasa membeli emas (termasuk kali pertama) dan setiap kali menjual emas / perak PG, anda akan mendapat komisen 0.5%.

Jika budget anda RM100k, saya akan galakkan anda terus menjadi Priority Dealer, PD Public Gold.
Jika harga naik next month dan anda jualkan emas yang anda beli hari ini, status PD anda tetap kekal. Sebagai PD anda akan menikmati rebet 1.5% semasa membeli emas (termasuk kali pertama) dan setiap kali menjual emas / perak PG, anda akan mendapat komisen 0.5%.



Pagi ini saya tertarik dengan post seorang rakan Master Dealer saya iaitu Saudara Faizan Dasuki. 
Ramalan pergerakan harga emas dalam masa yang singkat. 

Pada kedudukan harga emas sekarang ini dan juga berdasarkan corak pergerakannya seperti di paparan graf Daily chart di atas, saya setuju terdapat 3 kemungkinan pergerakan yang akan berlaku selepas ini, iaitu :

1. Harga terus mendaki dan berjaya mencapai paras $1590/oz.

2. Harga turun semula dan menjadikan paras sekitar $1398/oz sebagai sasarannya, sebelum membuat pullback dan mendapat momentum utk mendaki terus ke paras $1590/oz.

3. Harga turun dan berjaya melepasi paras $1398/oz dgn jayanya, lalu meneruskan destinasi percutian ke paras sekitar $1241.

Maka apakah tindakan anda? 


Klik di sini untuk view harga emas semasa dan mendaftar secara PERCUMA sebagai pelanggan Public Gold:

http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

Sedia menjadi mentor anda:


Haryati Mohd Sarkawi
019-8899467 (SMS/Whatsapp/Viber)
Master Dealer PG014952 
www.cikguemas.com


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger