Lagi Contoh Untung Jangka Pendek Dalam Emas Pelaburan Public Gold!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Petang ini saya ada appointment dengan sorang customer yang mempunyai emas Geneva. Insya Allah, saya akan beri pencerahan tentang pro & kontra. Jika beliau setuju untuk trade in, insya Allah beliau akan automatik menjadi dealer PG dan terus mendapat komisen di atas emas yang sudah di X-plan kannya. Untuk rakan-rakan yang mempunyai emas tidak kira apa brand sekalipun sama ada barang kemas atau goldbar tidak kira berapa puritynya 999 atau 916 atau 835, anda boleh membawa emas tersebut ke branch PG terdekat. Inform sales eksekutif bahawa anda ingin buat X-plan. Nanti PG akan timbang dan  cek puritynya dan inform tuan2 berapa harga PG beli daripada tuan. Kemudian tuan2 boleh pilih emas PG yang sesuai dengan harga tadi. Saya cadangkan pilihlah emas yang spreadnya rendah seperti 10 dinar dan 250g :) Satu perkara lagi, inform jua nama saya dan kod sebagai INTRODUCER anda. (HARYATI BINTI MOHD SARKAWI, PG014952) Selepas urusniaga, please sms/whatsapp saya di 019-8899467 dan inform saya, insya Allah saya akan bertanggungjawab untuk membimbing anda dalam emas pelaburan PG ini.

Seperti yang umum ketahui, harga emas berada di kemuncak pada bulan September 2011 dan menurun dengan drastiknya pada bulan 16 April 2013. Maka jika kita sudah membeli emas pada ketika September tahun 2011 dan hanya menyimpan emas dengan tujuan jangka panjang, kita pastinya sedikit sebanyak akan terkesan disebabkan penurunan harga ini. Oleh kerana saya mula membeli emas pada 10.10.2011, maka saya memang dulunya stress juga apabila harga emas mula menurun pada akhir tahun 2012. Alhamdulillah, saya sudah mengambil langkah drastik nekad mempraktikkan kaedah CUT LOSS pada 15 April 2013. Ada Otai emas pelaburan ini tidak setuju dengan kaedah cut loss ini dan memberi nasihat (or amaran????) kepada saya tentang risiko kerugian yang bakal saya hadapi. Terima kasih di atas concern rakan-rakan otai. But, I strongly believe I AM ON THE RIGHT TRACK! Buat pembeli emas yang membeli emas pada ketika harga lebih mahal dari sekarang, anda boleh mempertimbangkan untuk mengikuti kaedah "CUT LOSS CIKGUEMAS.COM" ini :) PERCAYALAH, I am generating more and more profit now. Alhamdulillah. 

Sangat beruntung kalau orang bermula sekarang. 
Cepat-cepat hubungi saya dan jadikan saya mentor/introducer anda :)

Setakat ini, saya sudah membuat 4 transaksi drastik sejak April2013 - May 2013
1. JUAL ketika harga drop pada 15/4/13
2. BELI semula emas gram yang sama dgn harga lebih rendah daripada harga jualan tadi 16/4/13
3. JUAL semula ketika harga emas naik dengan untung (hujung April 13)
4. BELI lagi emas gram yang sama! (Mei 13)

Sekarang saya sedang menunggu masa untuk menjual semula emas saya bagi mendapatkan lebih keuntungan. Ada rakan tegur saya, "Kenapa cikgu tak tunggu sahaja emas cikgu break even?"
Jawapan saya, "Saya beli emas 250g pada 10.10.11 dengan harga RM45k+. Now in 2013, harga 250g ialah RM36k+...Agak-agak berapa masa saya perlu tunggu untuk breakeven? Setahun pun belum tentu boleh breakeven, apa lagi sebulan dua!"

Since saya dan suami sudah nekad mengatakan emas yang kita simpan di safe box di bank itu adalah milik Allah dan kami hanya menguruskannya sahaja (mengurus  means if ada untung, kita boleh memberi kpd mereka yang berhak), maka saya dapat melakukan urusniaga saya dengan hati yang happy. Alhamdulillah, suami saya sangat supportif dan understanding. Jika betul ada untung, insya Allah, saya mimpikan percutian keluarga di Istanbul pada tahun hadapan. 

Hari ini saya nak berkongsi contoh keuntungan jangka pendek yang rakan-rakan dealer PG boleh perolehi dalam emas pelaburan Public Gold ini. Fokus saya ialah untuk emas yang spreadnya rendah (4.5%) iaitu goldbar 250g.



Soalan bonus: 
Kalau kita buat urusniaga, jual beli ini berkali-kali dalam masa setahun, jika nisabnya sudah cukup (more than 85g gold), agak-agak perlu ke bayar zakat emas?

Klik di sini untuk view harga emas semasa dan mendaftar secara PERCUMA sebagai pelanggan Public Gold:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

Untuk video youtube cikguemas:
http://www.youtube.com/channel/UCDKBim2AvHvdt21HP78cMqA?feature=watch

Emas, Emas Juga,
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp/sms/viber)

Upah tarik teh RM1.10?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Minggu lepas, saya singgah di satu cafeteria di Kuching. Saya pesan roti canai & air suam. Suami pula pesan beehoon goreng chinese style & nescafe. Roti canai kat situ dulunya bersaiz besar dan sedap. Now, entah apa ceritanya, saiz dah mengecil dan kurang sedap. Tak tahulah kalau, time saya makan ini Chef nya dah berubah. 

Mungkin kerana kos meningkat, untuk mengekalkan harganya, maka tauke kedai terpaksa mengecilkan saiz nya untuk menampung kos!

Perhatikan air suam saya pun dah RM0.30. 
Ini memang peniaga yang menekankan keuntungan semata-mata. Huh!

Ini belum lagi GST dikenakan. Isu harga barangan dan perkhidmatan akan naik selepas PRU memang sudah dijangka. Kita memang tidak akan mampu menurunkan harga barangan dan perkhidmatan, tetapi kita MAMPU untuk memandu budget keluarga :) Maka ambillah tindakan yang sewajarnya, jika teh dan roti boleh naik harga, apa lagi nak dikatakan dengan yuran pengajian anak di universiti nanti? Cukupkah tabung persaraan kita? Rebutlah PELUANG harga emas drop ini untuk mula menukarkan wang simpanan jangka panjang ke bentuk emas fizikal. Ramai yang sudah celik dan bertindak. Tetapi ramai lagi yang masih gagal merancang financial planning terbaik untuk keluarga.

Perhatikan harga 1 gelas teh = RM1.50, jika 'ditarik' jadi RM2.60
1 gelas nescafe RM1.70, jika 'ditarik' jadi RM2.60
Adakah bermaksud upah tariknya RM1.10 untuk teh dan RM0.90 untuk nescafe...haha! Pelik!



Klik di sini untuk view harga emas semasa dan mendaftar secara PERCUMA sebagai pelanggan Public Gold:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

Untuk video youtube cikguemas:
http://www.youtube.com/channel/UCDKBim2AvHvdt21HP78cMqA?feature=watch

Emas, Emas Juga,
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp/sms/viber)


Iran claims Gold reserves hit 340 tons

Iran ranks 12th in Asia and 42nd in the world in terms of gold reserves.
TEHRAN(BullionStreet): Sanctions hit Iran said it's gold reserves increased sharply after last year's discovery of new gold mines.
According to Iran's Geology Organization for Exploration Affairs the volume of Iran's gold reserves is estimated to be over 340 tons by now.
It said there are currently 15 gold mines in Iran and by beginning extraction of two other mines this year the volume of the country's gold reserves will even increase further.
Iran, last year announced the discovery of three new gold mines in Saqqez city in Kurdistan province in the west of the country.
Country's central bank said that the country's gold reserves have reached an unexpected high level which is sufficient for Iran's domestic needs for the next 15 years.

The central bank went on the said then that it's gold reserves were enough to help us at least for 15 years even if it didn't import foreign gold. Iran ranks 12th in Asia and 42nd in the world in terms of gold reserves.

The central bank also claimed that Iran does not use its gold reserves as a bartering tool in exchange for foreign goods, despite sanctions that bar Tehran from using US dollars and Euros in financial transactions.

Tehran is now under four rounds of UN Security Council sanctions and the unilateral western embargos for turning down West's calls to give up its right of uranium enrichment.

Source: www.bullionstreet.com

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2013

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ini saya masih nak cerita tentang Hari Guru 2013. Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di Kapit sudah menjadi kenangan. Wang hadiah Johan Guru Inovatif sejumlah RM1500 dalam proses nak bertukar menjadi emas pelaburan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Semakin banyak nikmat yang Allah beri. Tanpa kita sedari sebenarnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sentiasa melimpah. Mungkin ianya tidak nampak dari segi pertambahan material wang umpamanya tapi kita jangan alpa, kesihatan, kebahagiaan, jika kita mampu tersenyum, itu juga hasil daripada anugerah Allah.

With my former teacher when i was Form 4 & Form 5 in Kolej TDT Hj Bujang, Miri in 1989-90...Now my teacher is a politician...YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah Minister in Welfare, Women and Family Development...

Jalan hidup saya tersusun dengan sangat cantiknya. Sebenarnya saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Kalau dilihat dari result SRP dan SPM, maaf saya terpaksa masuk bakul; saya tergolong dalam kategori pelajar cemerlang. Alhamdulillah, syukur atas minda yang Allah anugerahkan ini...Result SRP saya membolehkan gambar saya masuk paper The Borneo Post ketika itu. Dipendekkan cerita, di UM back to 1992, saya gagal memasuki jurusan yang saya impikan sejak kecil. Saya sangat-sangat kecewa. Frust menongeng orang kata. Sehingga kini masih segar di ingatan saya rasa kecewa itu. Saya berkurung di dalam bilik, mata bengkak, tidak mahu keluar dari bilik, tidak sanggup melihat wajah ibu dan ayah yang sangat menaruh harapan untuk melihat saya bergelar Dr Haryati suatu hari nanti. Tambahan pula, masa itu my eldest sis sudah bergelar Dr...a dentist...makinlah tercabar dan perasaan sedih bercampurbaur dengan rasa rendah diri teramat.

Takdir menentukan segalanya, dalam keadaan tak suka bergelar Cikgu Haryati pada awal kerjaya saya sebagai seorang guru, akhirnya selepas 16 tahun mengajar barulah saya nampak planning Allah yang sungguh cantik ini. Benarlah kata pujangga, Allah turunkan kilat dan petir sebab nak beri kita pelangi dgn 7 warna yang cantik! Subhanallah. Nasihat saya untuk rakan-rakan tak kira apa pekerjaan anda, usaha dan lakukanlah yang terbaik. Insya Allah, satu hari nanti , kita akan nampak dengan 'mata hati' kita, sesungguhnya Allah sedang merencanakan perancangan yang terbaik untuk kita. Live ur life positively, u'll see how perfect it will be :)

Alhamdulillah, mampu bersaing dengan rakan-rakan berbangsa cina yang merupakan majoriti di SMK Tung Hua ketika itu. Saya adalah calon tunggal untuk Paper Pendidikan Islam ketika itu. Why? Rakan lain cenderung untuk mengambil Pendidikan Seni. Kebetulan pula, kita hanya mula mempunyai ustazah ketika di Tingkatan 2. Kuasa Allah, seingat saya, selama saya bergelar pelajar, tidak ada satu pun paper yang saya sangat confident cemerlang selain daripada kertas Pendidikan Islam ini! Balik dari exam, jalan kaki ke rumah, boleh lambung2 beg lagi tu. Subhanallah!

Tahniah kepada ex-Pengetua saja dulu, tahun ini dinobatkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Negeri Sarawak 2013. Semoga Tn Hj Mohd Zain, bahagia hidup di dunia dan di akhirat. Merupakan seorang pengetua yang sangat supportif. Masih memberi motivasi kepada saya melalui fb :)

Seperti biasa rakan guru mengangkat sumpah...menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi

Pehin Seri Taib Mahmud, merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri ini :)

Inilah terminal penumpang untuk menaiki bot di Pekan Kapit. Memang sibuk, macam terminal bas kalau di Semenanjung kan...

Akhirnya, inilah keistimewaan Kapit. Boat ekspressnya macam bullet train di China. Maksud saya, bentuknya...aerodinamik...kelajuannya??? Janganlah compare dengan kenderaan di daratan dan di udara. Not fair sebab daya geserannya tidak sama :)

Perhatikan tambang dr Sibu ke Kapit RM30. Dari Kapit ke Sibu RM25. Kenapa ya?
Dari Kapit ke Sibu, sebenarnya mengikut arah arus...mudik ke hilir, maka kurang penggunaan minyak. Interesting!

Kenali CikguEmas.Com - Video Youtube

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hari ini off ke Kapit pula. Pg td saya sengaja tidur jam 2.30am dgn harapan dapat tidur dalam airasia dan juga dlm boat ekspress nanti. Mcm2 perkara saya lakukan sehingga jam 2.30 pg tadi..iron baju, check in flight, kemas dapur, print skema jawapan exam, login maybank2u untuk bayar emas 10dinar yang my sis lock on 17May, tolong customer lock epp 1 dinar, printscreen utk promosi di fb dan yang paling best saya upload 1 lagi video di youtube CikguEmas.Com. Mulai hari saya akan uploadkan video seminar saya part by part. Baru sebentar tadi, saya berjaya upload video 'Kenali CikguEmas.Com'. Tak kenal maka tak cinta kan :).  Maka, baik kita berkenalan dulu... Watch "Kenali CikguEmas.Com" on YouTube

Sungai Rejang, Sungai terpanjang dan terbesar di Malaysia...untuk ke Kapit, saya mesti naik bot ekspress ke hulu dari Sibu

























lnsya Allah balik daripada travelling ini nanti saya akan cuba upload part yang seterusnya.

Hmmm...kata nak tidur dlm aeroplane. Suasana sejuk sunyi beraircon ini nampaknya gagal melelapkan mata saya. Maybe sebelum berlepas tadi, nampak harga emas drop lagi. Tadi 1 dinar cecah Rm586. Masya Allah! Paling rendah dlm 2 thn ini ialah pada 16april2013 di mana harga 1 dinar mencecah rm584. Kalau harga cecah rm580 memang dah boleh lock lagi 250g saya. Apapun, sekarang saya keep on berdoa semoga Allah gerakkan hati saya untuk membuat keputusan yang terbaik tepat pada masanya.

0726 - Dah ada announcement dr pramugari airasia. Pesawat nak mendarat di sibu sebentar lagi. Maksudnya saya tak sempat zzzzzz.









10.30 - Off to kapit


-Menaiki express boat di Wharf Kapit, Sibu
- Perjalanan mengambil masa 2 1/2 jam
- Sungguh sibuk lalulintas air di sini!


Boat yang kami sewa untuk ke Kapit...ala-ala bullet gitu :)


- Singgah di Pekan Song, pekan kecil

Sempat marking paper exam dlm express boat


Bot kita memang laju, dah beberapa buah tug boat seperti ini dah kami pintas cheh!

Rumah apa tu??? Itulah salah sebuah rumah panjang yang ada di sepanjang Sungai Rejang ini.
Sudah canggih, tidak keterlaluan kalau saya kata saya pun duduk di rumah panjang, sebab rumah teres saya tidak jauh bezanya dengan rumah panjang moden ini.

- Tiba di kapit, tak sangka besar dan membangun dah kapit...last saya ke sini adalah semasa masih menuntut di UM, asasi sains hayat 1991/92. Kebetulan, my sis baru posting dentist di sini. Time tu hospital kecik aje. Now dah bertingkat bangunannya.


Kesimpulan Tentang Pergerakan Harga Emas Dlm Masa 18 jam:
- pagi 1 dinar rm586
- now rm608...banyak naiknya. Dh untung :)

P/s: Saya belum mahir menggunakan Note 2 ini untuk blogging. Balik Kuching nanti insya Allah saya akan edit semula artikel ini dari segi susunan gambar dan captionnya.

Komisen CikguEmas.Com Untuk Bulan April 2013

Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia, 


Artikel ini ditaip semasa saya dlm penerbangan dr KL ke Kuching. Saya baru balik dr menghadiri Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 yang telah dilancarkan oleh TPM kita malam tadi.




Di KLIA td sempat membeli coklat utk buah tangan utk staf SMKBL yang banyak membantu saya esp utk Kak Dyg Majalipah dan En Ahmad Nurul Izzie. Tqvm...sesungguhnya hutang budi, ku bawa mati. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Juga coklat utk pelajar kelas 4Setia...dalam masa 5 bulan ini terlalu sibuk. Hinggakan cikgu terlepas pandang terlupa memberikan hadiah birthday...insya Allah,  lepas cuti nanti akan tertunailah. Will be a surprise.  Insya Allah.


Seronoknya ada gambar kat dalam Paper Utusan Malaysia Hari ini 17Mei 2013...
Teka yang mana satu saya?


Sepatutnya saya & rakan projek iaitu Pn Hafsah balik ke Kuching pada 19 Mei 2013, tapi memandangkan kami mesti menghadiri Majlis Anugerah Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak pada 21Mei13 di Kapit maka kami mohon utk balik awal. Al-maklum utk ke Kapit, kami perlu menaiki flight dr Kuching ke Sibu. Lepas tu, naik cab ke wharf Sibu untuk menaiki express boat ke Kapit pula. Actually johan kategori individu sekolah menengah, rendah dan prasekolah dari negeri lain pun balik hari ini juga. 

Saya balik hari ini, anak-anak tak tahu pun...saja nak surprise kan mereka.  Landed nanti husband jemput, then dia pergi solat jumaat. Saya pula pergi jemput anak2. Sure surprise. Can't wait my buah hati aset akhiratku, Irdina Hani. Jam 6 petang nanti pula, jemput Ikmal pula :)


Maka tinggallah En Mohd Sayuti setia menjaga booth kami. 
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan En Sayuti, yang sering berseloroh dengan kami dalam Bahasa Sarawak. Org Semenanjung tapi sangat fasih 'kelaka' Sarawak :) Dalam gambar dia sentiasa nampak garang tapi at least gambar ini ada inovasinya :) 

Hadiah daripada kami buat warga SMKBL..

Mlm tadi semasa Timbalan PM, Dato' Muhyiddin Yassin sedang berucap saya sempat lock 10g Thai Fook goldbar 999.9 utk seorang rakan guru fizik yang berada di Kuching. Alhamdulillah,  sudah ramai rakan-rakan saya yang mula sedar kepentingan menyimpan emas. Kesempatan harga drop semalam mereka tidak lepaskan.


Berbalik kepada cerita Hari Guru, rasanya masih belum lewat  untuk saya mengucapkan berbanyak terima kasih buat anak2 didik CikguEmas.com. Tahun ini special, bukan sahaja dapat ucapan daripada pelajar2 sekolah, malah ucapan selamat daripada anak didik di 'kelas' CikguEmas.Com. Tqvm kerana sudi whatsapp/sms/email/facebook saya. Semoga kita terus berjaya dlm pelaburan emas ini. Semoga pelaburan emas dunia ini mampu memberikan kita peluang untuk menjana aset akhirat juga. Biarkah kita pegang pada konsep 2in1 :) Semoga impian kita dpt direalisasi dlm masa yang lebih singkat.


Hari ini saya nak share dgn rakan pembaca berapa jumlah komisen saya. Nak tahu tak berapa? Alhamdulillah,  hasil eksperimen dan usaha berkongsi ilmu percuma yang praktikal ttg pelaburan emas Public Gold ini, nampaknya sudah mula membuahkan hasil.
RM6190, melebihi gaji sebagai seorang guru. 
Realiti nampak mahal tapi jika dibandingkan sedekah jariah seorang guru di sekolah...tak terbanding besarnya pahala seseorang guru mendidik anakbangsanya :)
 
Perhatikan:
1. Jumlah belian saya = RM74896.00
2. Jumlan komisen beli = RM74,896 x 2% = RM1497.92
3. Jumlah buyback = RM234,961.00
4. Jumlah komisen buyback = RM7234,961 x 0.5% = RM1174.82
5. Komisen diperolehi dpd rangkaian = RM872.33 + RM1302.05 + RM1342.92 = RM3517.30

No 1- No. 4 adalah komisen hasil dpd saya mengurus emas saya sendiri, di mana bila harga drop saya beli dan harga naik saya jual. Bukan bermaksud saya ada emas yang beratnya berkilo-kilo. Cumanya, saya bahagikan emas saya kepada 3 bahagian.  Apabila harga drop, saya beli satu bahagian, drop lagi beli satu bahagian lagi. Kalau ditakdirkan harga naik dan agak-agak dah untung 1-2%, saya jual portion pertama yang saya beli. Kalau harga naik lagi, saya jual pula portion kedua. (Nantikan artikel saya yang seterusnya tentang kaedah CikguEmas.Com ini)


No. 5 pula adalah komisen yang saya perolehi hanya dgn berkongsi ilmu dgn rakan2. Alhamdulillah, bulan ini lumayan komisennya. Sebagai menghargai customer & dealer yang lock emas dan perak melalui saya, saya wakafkan sebahagian daripada untung ini ke institusi yang berhak atas nama kalian juga. Semoga wakaf ini menyumbang kepada aset akhirat kita. Aamiin.

Klik di sini untuk view harga emas semasa dan mendaftar secara PERCUMA sebagai pelanggan Public Gold:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

Untuk video youtube cikguemas:
bermanfaat
http://www.youtube.com/channel/UCDKBim2AvHvdt21HP78cMqA?feature=watch

Emas, Emas Juga,
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp/sms/viber)


Harga sangat rendah. Jika anda belum bermula, cadangan saya belilah emas yang spreadnya rendah seperti 10dinar dan 250g. Saya jangka dalam masa seminggu dua, kita sudah boleh menjualkan emas kita untuk mendapat profit at least 2%. Insya Allah.
December 2012, saya beli 6 x 1kg silver dengan harga RM3690 sekilo, campur transport RM60 per piece, maksudnya saya spend RM3740 x 6 untuk 6 kg silver. Perhatikan harganya sekarang...RM3690 - RM2731 = RM959...hampir RM1k beza. Pesan saya: Beli sekarang, sementara anda masih berpeluang!

Selamat Hari Guru 16 Mei 2013

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Selamat Hari Guru untuk semua insan bergelar pendidik di seluruh Malaysia. Semoga kita istiqamah mendidik anak bangsa tanpa mengira bangsa dan agama agar mereka menjadi insan yang bukan sahaja cemerlang akademiknya tetapi cantek dan terbilang budi pekertinya. Tahun ini memang durian runtuh untuk saya setelah 16 tahun bergelar 'Cikgu Fizik' dan 2 tahun tahun bergelar 'Cikgu Emas'. Hadiah johan guru inovatif RM2k (bahagi dua) daripada KPM dan yang menariknya hadiah RM6k daripada Public Gold membuktikan dunia 'pendidikan & emas' boleh juga menjanjikan pulangan yang lumayan.

Saya akui bukannya senang mengalas beban dan tanggung jawab sebagai seorang guru. Sukar utk kita cari pekerjaan lain yang semurni pekerjaan seorang guru. Teringat saya kepada pepatah melayu, "guru ibarat lilin" - menerangi sekeliling  tanpa sedar dirinya terbakar sendiri. Pada zaman yang ibubapa sudah ramai yang educated dan bergaji besar ini, anak2 mereka juga tidak semudah zaman kita dulu untuk dididik. Jika ibubapa mereka educated dan bekerjasama dgn guru, insyaAllah ringan banyak kerja guru. Jika sebaliknya,  masya Allah...Allah sajalah yang tahu bagaimana sukarnya guru menangani masalah anak2nya...lebih2 lagi jika anak2 mereka mempunyai masalah disiplin. 

Sejujurnya, saya ingin berpesan kepada ibubapa di luar sana bahawa semua pendidik mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk melihat anak bangsa berjaya dalam hidup...tiada yang lebih membahagiakan seseorang guru selain daripada melihat anak didiknya cemerlang dari segi sahsiah dan akademiknya. Sesungguhnya kami, warga pendidik sedar bahawa nasib Negara Malaysia sebagai negara berdaulat terletak di tangan anak-anak muda ini. Merekalah nanti yang akan menjadi bakal pemimpin negara.

Maka sekiranya ibubapa dipanggil ke sekolah, berikanlah kerjasama sepenuhnya kpd pihak sekolah. Kata-kata anak jangan diterima seratus peratus. Anak2 kita tidak mustahil memutarbelit fakta utk memastikan dirinya sentiasa berada dalam zon selamat. Sebagai ibubapa, kita mesti rasional dan perlu mengkaji pandangan kedua2 pihak. Bukankah kita sudah educated? Buktikanlah. Janganlah melatah tidak tentu pasal di depan guru-guru di sekolah :)

Bersama Johan Kategori Individu Sek Men, Ren &
Prasekolah
Tahun ini adalah kali pertama saya menyambut hari guru di peringkat kebangsaan setelah 16 tahun berkhidmat. Macam mimpi aje. Tahun ini saya menerima anugerah guru inovatif prgkt kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan setelah projek inovasi saya dan rakan, Pn Hafsah Hj Yaman dinobatkan sebagai Johan Kumpulan dan Johan Keseluruhan, Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2013. Kami membawa balik wang berjumlah RM2000. Dapatlah sorang RM1000.  Alhamdulillah, adalah duit extra untuk saya membeli emas pada hari guru ini. Projek kami bertajuk 'Model Primer G' telah berjaya membantu pelajar2 bermasalah penglihatan dan pelajar2 lemah untuk memahami dan  menyelesaikan masalah tentang pewarisan dlm subjek Sains. Model kami juga boleh digunakan dalam subjek Biologi. Sekarang saya dalam proses mencari syarikat yang berminat untuk menghasilkan model kami.  Jika pembaca ada contact number sesiapa yang boleh membantu kami, sila hubungi saya ok.




Saya perasan tahun lepas ketika sambutan hari guru 16Mei2012, harga emas drop. Cerita yang sama berulang kembali. Harga 1 dinar malam tadi mencecah rm608. Malam tadi saya sempat bantu rakan2 di Kuching lock sekeping 1dinar, sekeping Thai Fook 10g dan sekeping perak seberat 1kg. Inilah yang menariknya ada side income sebagai dealer PG.



Pesan saya untuk rakan-rakan yang menjadi dealer PG. Emas emas juga, bagaimana banyak sekalipun side income kita dlm PG, core bisnes kita mesti sentiasa no. 1. Mendidik anak bangsa mesti tetap menjadi priority kita. Saya akui side income PG membolehkan kita membeli aset tetapi core bisnes kita tanpa kita sedar sebenarnya sentiasa menjana aset akhirat yang banyak dan melimpah untuk kita. Jadikanlah, sekolah sebagai ladang pahala kita. Semoga kita sama-sama dapat menuai hasil yang lumayan di akhirat nanti.


Klik di sini untuk view harga emas semasa dan mendaftar secara PERCUMA sebagai pelanggan Public Gold:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

Untuk video youtube cikguemas:
bermanfaat
http://www.youtube.com/channel/UCDKBim2AvHvdt21HP78cMqA?feature=watch

Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp/sms/viber)

From 'Mighty Minds Hands On Challenge' to Gold?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, setelah 2 minggu akhirnya baru hari ini ada kesempatan untuk menaip artikel di blog. Semoga tulisan kali ini ada manfaat buat pembaca setia. Lebih-lebih lagi ada rakan pembaca yang menghubungi saya melalui email dan whatsapp bertanyakan kenapa takde new artikel...alhamdulillah, seronok rasanya bila tahu saya dah ada peminat setia di luar sana. Alhamdulillah.
2 days ago, Ikmal membuka akaun RHB. Saya biarkan Ikmal mengisi sendiri semua dokumen yang berkaitan. Mama monitor dan tanda tangan di mana perlu sahaja. Haha...bukanlah mama nya malas nak mengisi borang, sebagai parents adakalanya kita perlu melatih anak kita berdikari utk urusan perbankan. Oneday, mereka tidak janggal dan mahir menangani masalah secara bijak walaupun tanpa kita. Now, kenapa Ikmal kena buka akaun RHB pulak....inilah kisahnya...

4 Mei 2013 Team Mighty Minds Junior SMK Batu Lintang menjadi naib johan...RM2k bahagi 3, maka setiap sorang dapat RM666.66, maka perlu ada akaun RHB untuk wang hadiah masuk! Alhamdulillah :)

Sebenarnya saya nak post artikel ini minggu lepas, tapi disebabkan keesokkannya PRU, maka fokus saya beralih kepada PRU. Dalam sibuk2 mengundi, saya juga sibuk membaca komen di fb, view video & berita berkait dengan PRU...menarik kisahnya kan...isu dakwatlah, isu bangla, isu blackout...maka tertangguhlah artikel kejayaan team ini..hehe..Sebenarnya apa yg menarik ialah team ini adalah team pelapis saya. Kita diminta menghantar 4 team. 3 team lagi memang semuanya terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 mempertimbangkan content mereka lebih. Team pelapis ini pula terdiri daripada 1 pelajar Form 3 dan 2 lagi Form 1  yang salah sorang daripadanya ialah anak saya sendiri, Muhd Ikmal Hakimi. 
Reminder yang saya catit di whiteboard di makmal fizik sehari sebelum pertandingan...
Perhatikan tempat kami berkumpul...kat Habib Jewel! Ada kelas tu...dah nama cikgunya cikgu emas, emas juga...haha :)

1st round - 20 objectives questions on general knowledge, Science,
Mathematics, History, Geography, accounting etc
Alhamdulillah, team Ikmal berjaya melayakkan diri sebagai salah satu daripada 10 team yang layak ke pusingan kedua. Hands on activity. Part ini memang kelebihan Ikmal :)
Part 3- Presentation, setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat presentation selama 1 minit seorang. This was not my son's favourite part. Rakannya, Isaac Chung(left) & Azrai (right) memang takde masalah sebab memang debate team sekolah.

Untuk Part 3, bila ianya bukan his favourite part, semestinya masih banyak yang Ikmal perlu perbaiki. Sebagai seorang ibu dan guru, sungguh bahagia rasanya melihat anak sendiri mampu memBERANIkan diri untuk membuat presentation dalam Bahasa Inggeris di depan para juri dan orang ramai di The Spring Shopping Mall, Kuching...Doa mama sentiasa semoga oneday, Ikmal akan menjadi mukmin profesional yang tetap pendiriannya dan sentiasa meletakkan Allah priority dan Nabi Muhammad sebagai idolanya...Semoga hatinya hidup tanpa dipengaruhi rakan sebaya yang buruk akhlaknya, biarlah hati anak-anak kita 'hidup' seperti ikan di laut...Hidup di laut yang masin airnya, tetapi isinya tetap 'manis' :)

Now, Ikmal tak pasti lagi sama ada akan menggunakan wang hadiah RM666.66 tersebut untuk membeli emas atau perak atau tidak. Biasalah teenagers, lebih berminat dengan gadget. Kita pun tak boleh kata 'jangan' sebab pengalaman saya deal dengan remaja, yang kita 'jangan' itulah yang mereka suka nak buat. Best is kita berikan mereka pilihan...Oleh kerana duit tak masuk lagi, saya cuma memberi cadangan kepadanya bahawa wang sebanyak itu boleh diconvert ke emas 1 dinar ataupun 2 keping silver 200g.  Oneday, apabila harganya naik, bolehlah dijual untuk membeli gadget seperti laptop canggih dan sebagainya :)

100g RM295...beli 2 keping baru je RM590, campur transport RM20 sekeping utk Sabah Sarawak, 
maka RM630 lah jadi nya :)
1 dinar RM630, Transport di Sabah & Sarawak RM10, maka RM640 lah harganya...
Pun masih dalam budget hadiah :)

Semoga bermanfaat, 
Emas, Emas juga....
Please feel free to contact me,
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
Hp: 019-8899467 (whatsapp/viber/sms)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger