Home » » Tips Cut Loss Dalam Pelaburan Emas - The Latest!

Tips Cut Loss Dalam Pelaburan Emas - The Latest!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Jumaat minggu lepas 12/4/2013, menyaksikan harga emas berubah dengan drastiknya. Bayangkan sahaja seminggu lepas harga 1 dinar berlegar sekitar RM710 boleh turun sehingga mencecah RM649 pada malam Jumaat dan berlanjut hingga mencecah RM591 pada hari Selasa 16/4/13. Ini mengikut rekod printscreen yang saya ada. Sebenarnya ia mencecah kurang sedikit daripada RM590.

Nak dijadikan cerita pada hari Isnin 15/4/13, ketika orang sibuk memborong emas, saya sedang berkira-kira untuk membuat PSP (pajak gadai untuk dealer PG) emas 250g saya. Saya sebenarnya masih dilema membuat PSP sebab jika saya buat PSP, saya akan menanggung upah simpan 0.8% setiap bulan iaitu sekitar RM300 sebulan. Kalau boleh, biarlah tindakan saya kali ini tidak menambah hutang. Hasil daripada bacaan saya, ada kemungkinan harga emas bergerak mendatar sehingga Jun tahun ini. Wallahualam.. Jika ini berlaku, sukarlah untuk saya menebus emas yang dipajakkan. Apatah lagi jika nilai pajakan mencecah puluhan ribu!

Hampir nekad dengan keputusan memilih PSP, tetiba terlintas di fikiran saya untuk letgo saja emas tersebut. Yalah, kalau letgo dan beli semula ketika harganya rendah, bukan sahaja saya akan mengaut keuntungan bahkan saya juga bebas daripada hutang. So dengan pantas saya menghubungi insan tersayang untuk pendapat dan permission.

Alhamdulillah, surprisingly husband saya menyokong idea tersebut tanpa banyak soal. Katanya, kalau itu yang terbaik lakukan saja. Insya Allah, kalau ianya rezeki kita, kita akan untung. Alhamdulillah, akhirnya saya nekad untuk letgo, bukannya 250g tetapi 500g emas ketika harga 1 dinar mencecah RM635. Nak dijadikan cerita, saya sudah membeli semula emas 500g saya dengan harga yang lebih murah. Inilah dia kaedah cut-cost namanya. Bila saya saya menjual emas tersebut pada harga yang lebih murah daripada ketika saya membelinya dulu dan berjaya pula menggunakan modal jualan tadi untuk membeli semula emas yang sama pada harga yang jauh lebih murah, maksudnya saya sudah mula menjana keuntungan.


Pada ketika harga 1 dinar mencecah RM635, saya menjual emas 500g kepada Public Gold.
Semasa menghantar emas ke branch, sales eksekutif sempat tegur saya, "Orang lain sibuk lock beli, cikgu pula sibuk menjual!" Saya jawab dengan simple dan tenang, "Sebenarnya saya sedang melakukan eksperimen...kalau ada rezeki, insya Allah akan ada untung saya. Amiin."

Kalau saya menjual dengan niat untuk membeli liabiliti, saya akui saya rugi! Why? 
Emas 500g tersebut saya beli ketika harganya sekitar RM85k+. Lebih RM10 ribu, ruginya...Hmmm...

Now, perhatikan data berikut.
Saya jual 500g pada 15/4/2013, dengan harga RM73,275.
Keesokan harinya, 16/4/2013 harga 500g mencecah RM71,449. Agak-agak berapa dah untungnya?

Untung jualan pada 15/4/13, termasuk komisen 0.5% (jika anda dealer PG...baik daftar segera)
= RM73,275 + (RM73,275 x 0.5%)
= RM73,641

16/4/2013, Harga beli dealer selepas tolak komisen, katakan Normal dealer (komisen beli=1%)
= RM71,449 x 99%
= RM70734

Maka untung bersih dealer biasa termasuk komisen, jika anda melakukan proses jual dan beli seperti di atas ialah RM73,641 - RM70734 = 2907

Berapa peratus untung kita?
(RM2907/RM73,641) x 100%
=3.9%
Dalam masa sehari boleh untung sebanyak ini. Berbaloi kan :)

Kesimpulan:
Saya serius mengali ilmu pelaburan emas sejak tahun 2011.
Semakin saya kaji semakin banyak tricks yang saya boleh apply untuk memaksimumkan keuntungan saya. Untuk kes cut loss di atas, saya berani mengatakan tidak ramai dealer yang mampu dan berani untuk mengambil tindakan drastik seperti itu. Saya juga tidak berani, saya pun takut kerugian sebenarnya. Tapi saya perlu mempunyai pengalaman sendiri untuk lebih yakin dalam pelaburan ini. Dalam masa yang sama, jika saya mempunyai pengalaman sendiri, insya Allah lebih mudah untuk saya membimbing dealer di bawah rangkaian CikguEmas.com untuk menjana lebih keuntungan.

Pelaburan emas banyak memerlukan gerak hati dlm membuat keputusan. Why? Tanyalah kepada pelabur emas expert atau mana-mana Master Dealer pun, saya pasti tiada siapa yg mampu memberikan jwpn tepat utk pergerakan harga emas jangka pendek. Gerak hati yang positif saya pasti dtg dr hati yang bersih. Jom jauhkan diri dpd melakukan dosa. Jom kita jaga basic: smbhyang awal waktu, baca quran setiap hari, sentiasa positif dlm hidup.....insya Allah, Allah akan sentiasa gerakkan hati kita dlm membuat pilihan terbaek.

Saya sendiri sebenarnya banyak bertindak mengikut gerak hati dan kefahaman ilmu. Ada kalanya gerak hati saya betul, adakalanya salah. Adakalanya 50-50 haha! Untuk mendapat gerak hati yang betul, saya percaya amalan kita sangat mempengaruhinya. Saya perlu memperbaiki amalan diri agar Allah sentiasa gerakan hati saya untuk membuat tindakan yang betul. Jom kita sama-sama, jaga solat. Sembahyang 5 waktu sehari semalam di AWAL waktu. Juga membaca Al-Quran setiap hari walaupun setakat 1 ayat. Kedua-dua ini adalah kelemahan saya. Saya akan cuba memperbaiki diri. Doakan agar saya mampu istiqamah ok. Biarlah pelaburan emas ini membawa kita lebih dekat kepada ultimate goal kita iaitu syurga Allah. Emas, emas juga....

Antara zikir yang sangat besar fadilatnya. Tasbih Nabi Yunus dalam perut ikan nun. Jom sentiasa amal :)

Semoga perkongsian hari ini bermanfaat. Sesungguhnya apa yang baik itu sentiasa daripada Allah, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.

Jika anda baru dan ingin memulakan pelaburan emas, inilah masanya.
Saya sangat sudi membantu anda dalam pelaburan emas ini. Semoga kita sama2 berjaya meramaikan rakyat Malaysia yang tinggi pendapatan per kapitanya. Semoga kita bukanlah daripada kategori yang meminta-minta. Biarlah kita berada dalam golongan yang memberi, bukannya golongan yang meminta.

Jika ingin membeli emas/perak, sila sms/whatsapp ke 019-8899467
dan hantarkan maklumat ini kepada saya:
Nama penuh, email, ic & no hp, item hendak dibeli, branch hendak collect

Contohnya:

"Siti Suraya Binti Ali, sitisuraya@gmail.com, XXXXXX-XX-XXXX, 019-XXXXXXX, 1 x 10dinar dan 1 x 1 dinar, Ampang"

Usah ragu-ragu kerana sesungguhnya pelaburan emas tetap akan menguntungkan untuk jangka panjang.

Hubungi saya,

HARYATI MOHD SARKAWI
Master Dealer PG014952
Hp: 019-8899467
email: cgharyati@gmail.com


KLIK DI SINI:
1. Untuk Video Youtube CikguEmas.com
2. Untuk Update Harga Emas Semasa

3. Untuk Promosi Beli 25 dinar, Percuma Dealership!

12 comments:

Noor Aishah said...

salam cikgu..

lama sik jenguk sitok.. memang berbaloi tindakan ktk ya.. :)
thanks sbb sudi share pengalaman dan eksperimen ktk tok.. :)

Anonymous said...

Pada perkiraan saya, harga emas (selepas tolak komisyen dan kos penghantaran) semasa belian terdahulu perlu diambilkira. Jika harga semasa belian adalah tinggi berbanding harga jualan, maka kos akan meningkat atau dalam erti kata lain berlaku kerugian.

Maknanya, cut cost tidak mungkin berlaku.

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Mr Anonymous,
Tqvm atas komen.
Kaedah cut loss dlm percubaan saya ini berjaya. Saya beli 500g dulu dgn harga sekitar RM85k, jual dapat RM72k. Lepas itu beli balik dengan harga sekitar RM71k. Maka, instead of RM85k, saya sudah mengurangkan kerugian dan harga emas saya sudah menjadi RM84k sahaja.

Selepas percubaan saya yang pertama ini, saya lebih confident untuk terus melakukan jual beli. Insya Allah, bila tiba masanya saya cuba untuk kongsikan purata keuntungan kesan daripada cut loss pertama saya ini. Saya yakin, langkah pertama saya ini akan memberikan saya 1000 lagi langkah. Insya Allah.

Anonymous said...

Pn Haryanti,

Why should u do cut loss? Pada pandangan saya, jika kita tidak mempunyai masalah kewangan, cut loss tidak perlu. Hanya tunggu sehingga break even.

My ten cents

Cikgu Emas said...

Mr Anonymous,
Daripada soalan tuan, saya tahu tuan mahir tentang emas pelaburan cuma belum mahir dengan kaedah cut loss. Alhamdulillah, saya tiada masalah kewangan. Tapi saya ada DREAM...

I dream for an earlier vacation with my love one, earlier vacation bukannya tunggu dah pencen baru pergi makan angin. I target to go Istanbul, China n umrah sekali lagi dalam masa terdekat.

To make my dream come true, i must try to grab as much as possible as soon as possible. Nak tunggu breakeven boleh...tapi bila??? Now 500g is RM73k+. Saya beli dulu RM85k. Beza RM12k. Tuan rasa boleh ke saya capai balik RM12k dlm masa yg singkat? Daripada pengalaman sejak tahun 2011 dengan monitor harga setiap hari, I don't think so...

Membeli emas pelaburan memang untung jika tahu strateginya. Dulu saya kurang mahir. Now, saya boleh bantu dengan ilmu yang ada. Insya Allah.

Anonymous said...

Pn Haryanti,

I see. U want to do something in advance. Yup, that's a good plan, no doubt bout it. Very good cut loss technique for those who got stock and want to do something (better than nothing), and gain a profit as well.

So, maknanya cut loss bukan untuk suka2. Do it for a reason and of course for as profit.

Tq

Anonymous said...

Modal: RM85k+

RM73641-RM70734 = RM2907 (untung)

Jadi, (untung + 2907) - Modal = -RM11k+

Mana untung? Cut loss tpi msh rugi? Bila masa ndak kah bleh smpei balit RM11k...kompius.

Syam Rashid said...

mr. anonymous,

cut loss ini berjaya...nama pun cut loss...bukan buat keuntungan.

seperti yang telah dijelaskan oleh cikgu, secara ringkas adalah seperti berikut :

harga beli - harga jual = rm85k - 73k = 12k

kerugian asal = 12k

tetapi selepas apply teknik tersebut,

jana untung = rm3k(lebih kurang je kira rm2907 bundarkan)

so kiraan menjadi rm85k - rm71k - rm3k = rm11k

kerugian baru = rm11k

maksudnya cut-loss ialah, daripada rugi rm12k...berkurang kepada rm11k sahaja.

kesimpulan...cut-loss berjaya... :)

Anonymous said...

Maknanya, six perlu la molah cut-loss mun xda masalah kewangan. Kenak mesti rugi, walhal mun emas ya d simpan, rugi on paper jak...sebenarnya emas ya kita msih pegang.

Bagus gik jual, simpan dlm ASB, at least 7.75% bleh makan. Mun indicator emas mnunjukkan kenaikan, by then mula beli balit...kan untung.

Just wonder...

Anonymous said...

Sorry to say, kadang2 aku pelik dgn golongan fanatic emas...

Aku pun main emas, tapi takde ler sampai buat cut-loss untuk tujuan jual-beli semula. Kaedah ini tidak masuk akal. Rugi...

Maaf...hanya menyatakan kebenaran.

Liyana JS said...

Assalamualaikum, saya student, saya ada rantai emas, saya nak guna duit sgt, so kalau saya jual pada waktu mcm ni, okay ke? Saya taktau nk tanya sapa:|

Liyana JS said...

Assalamualaikum, saya student, saya ada rantai emas, saya nak guna duit sgt, so kalau saya jual pada waktu mcm ni, okay ke? Saya taktau nk tanya sapa:|

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger