Home » » Perkhidmatan Pajak Gadai Public Gold (PSP) - Manfaatkannya ketika Harga Emas Sangat Rendah!

Perkhidmatan Pajak Gadai Public Gold (PSP) - Manfaatkannya ketika Harga Emas Sangat Rendah!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semalam harga emas turun dengan drastiknya. Bayangkan sahaja harga 1 dinar yang kebiasaannya sekitar RM710-RM720 pada bulan March 2013 boleh jatuh sehingga mencecah RM678 semalam. Jika 1 dinar turun sebanyak itu, emas 10 dinar apatah lagi goldbar 250g, pastinya akan turun dengan jauh lebih banyak. Maka, pada ketika harga sangat rendah ini, jika rakan-rakan masih ada cash, cepat-cepatlah restock emas anda. Saya sudah tidak mempunyai banyak cash kerana cash saya kebanyakannya sudah dalam bentuk emas dan perak fizikal yang saya simpan di safe deposit di bank. Masih simpan di bank, cumanya bukan dalam bentuk cash. Ianya dalam bentuk emas dan perak yang terbukti kalis inflasi.


Oleh kerana cash pun sudah kurang, maka saya membuat gadaian. Public Gold menyediakan perkhidmatan pajak gadai yang dipanggil sebagai "PSP" khas untuk dealer nya sahaja.

Alhamdulillah, PSP saya semalam dah masuk...RM12,443 ini adalah untuk 2keping x 50g, 1 keping 10g dan 1 keping 1 dinar...

Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan ini, cepat-cepatlah mendaftar sebagai dealer. Promosi bulan April ini membolehkan anda menjadi dealer secara automatik hanya dengan membuat belian kombinasi 25 dinar. Apabila harga serendah ini, 25 dinar adalah sekitar RM17k sahaja. Jika anda mendaftar sebagai dealer di bawah Rangkaian CikguEmas.com, anda akan saya jaga seperti menjaga emas saya juga, insya Allah :)

Promosi bulan April 2013: 
Dengan kombinasi belian mana-mana produk Dinar sebanyak 25 dinar, anda layak menjadi dealer PG
(Kebiasaannya syarat untuk menjadi dealer ialah ada belian sebanyak RM20k dalam 1 invoice)

Saya menggalakkan anda membeli 2 x 10dinar dan 1 x 5 dinar. Mengikut harga di atas, harganya hanya RM16,813. Dengan pembelian ini, anda layak mendapat rebate 1% daripada belian anda dan automatik  menjadi dealer Public Gold lantas boleh mendapat faedah sebagai dealer. Salah satu kelebihannya ialah sistem PSP ini.

Apa dia PSP?

PSP adalah sistem PAJAKGADAI yang hanya boleh dinikmati oleh dealer Public Gold. Hanya item Goldbar dan Dinar yang diterima. Berikut adalah kriteria PSP:

1. Jumlah pinjaman = 65% daripada harga PG SELL emas yang dipajak.
2. Upah simpan = 0.8% setiap bulan daripada PG SELL tadi.
3. Tempoh maksimum masa untuk menebus balik emas = 6 bulan.

Jika pajak gadai anda tidak ditebus balik dalam masa 6 bulan, pada bulan ke 7 dan seterusnya upah simpan naik ke 3% setiap bulan. Oleh itu, jika ingin menggunakan perkhidmatan ini untuk menjana lebih keuntungan, kita mesti menbuat kiraan dan berdisiplin dalam membelanjakan wang agar kita dapat menebus balik emas dalam masa yang ditetapkan.

Berikut adalah contoh pajakkan yang telah saya buat 2 hari lepas:

1. PSP 10g:


Ketika dipajak, Harga PG SELL 10g = RM1706
Jumlah pinjaman diberikan = 65% x RM1706 = RM1109
Upah simpan sebulan = 0.8% x RM1706 = RM14

2. PSP 50g goldbar

Ketika dipajak, Harga PG SELL 50g = RM8410
Jumlah pinjaman diberikan = 65% x RM8410 = RM5467
Upah simpan sebulan = 0.8% x RM8410 = RM67


3. PSP 1 dinar

Ketika dipajak, Harga PG SELL 1 dinar = RM684
Jumlah pinjaman diberikan = 65% x RM684 = RM445
Upah simpan sebulan = 0.8% x RM684 = RM5

Berikut adalah soalan-soalan yang boleh membantu anda: 

1. Berapakah jumlah yang perlu bayar jika saya ingin menebus balik emas saya pada bulan ke dua?
Jawapan:
Jumlah bayaran = Jumlah pinjaman diberikan + (upah simpan x jumlah bulan)
Merujuk kepada contoh 1 dinar di atas, jumlah bayaran saya = RM445 + (RM5 x 2) = RM455


2. Mana lebih elok PSP 250g atau 2 x 100g dan 1 x 50g?
Jawapan:
Nasihat Saya:
a) PSP emas yang spread yang lebih tinggi. 
b) Pisahkan dokumen PSP, sebaik-baiknya satu item untuk 1 dokumen.

Rasional Saya:
Emas yang spreadnya rendah elok di stand-by untuk dijual balik sekiranya ada peluang untuk mendapat untung. Maksudnya jika anda ingin jumlah 65% daripada 250g, adalah lebih elok untuk PSP kan 
2 x 100g dan 1 x 50g berbanding dengan 1 x 250g.

Buatkan 3 dokumen PSP, setiap satu itemnya satu dokumen.
Jika anda sudah mempunyai modal untuk menebus 1 x 50g, maka tebuskan ia dengan kadar yang segera.
Cadangan saya elok buat PSP ini maksimum dalam masa 2 bulan sahaja.

3. Adakah kita akan mendapat wang 65% secara tunai?
Jika kita PSP sebelum jam 4 petang, wang pinjaman 65% tersebut akan masuk ke dalam akaun kita pada keesokan harinya. Jika PSP selepas jam 4 petang, wang akan dimasukkan lusa. 

4. Apakah perkara yang perlu dielakkan dalam PSP?
Pendapat peribadi saya, ada 3 perkara yang perlu dielakkan apabila menggunakan kemudahan PSP ini:
- kaedah overlap 
- PSP melebihi 6 bulan
- PSP ketika harga emas sangat tinggi*
Risau, niat generate keuntungan berubah menjadi mendapat kerugian. Riasu juga, in case kita tidak mempunyai modal untuk menebus balik dan membayar upah simpannya. Jika ini berlaku, emas kita boleh tergadai. 

*Jika terdesak dan dalam keadaan kecemasan, tidak salah juga kita PSP...daripada meminjam daripada 'Ah Long' baik buat PSP :)

Sekian. Wallahualam.

Emas, Emas Juga, Pastikan Emas Menambah Aset Akhirat kita juga,
HARYATI MOHD SARKAWI
Master Dealer PG014952
Hp: 019-8899467
email: cgharyati@gmail.com

KLIK DI SINI:




1 comments:

Marie Kanda said...

Hello Semua orang membaca kesaksian ini pada masa ini

Saya Marie kanda, yang kini tinggal di bandar Texas, Amerika Syarikat. Saya adalah seorang janda dengan empat anak-anak dan saya telah terperangkap dalam situasi kewangan yang sejak Januari 2016 dan i diperlukan untuk membiayai semula dan membayar bil-bil saya. Saya cuba mendapatkan pinjaman dari pelbagai syarikat pinjaman kedua-dua peribadi dan korporat tetapi tidak pernah dengan kejayaan, dan kebanyakan bank enggan kredit saya. Tetapi seperti Allah akan ia, saya telah diperkenalkan kepada seorang lelaki Tuhan pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan saya pinjaman sebanyak $ 850,000USD dan hari ini adalah seorang pemilik perniagaan dan anak-anak saya dalam keadaan baik pada masa ini, jika anda perlu menghubungi mana-mana firma dengan merujuk kepada mendapatkan pinjaman tanpa cagaran, tidak ada pemeriksaan kredit, tiada bersama penandatangan dengan kadar faedah hanya 2% dan pelan pembayaran balik yang lebih baik dan jadual, sila hubungi Mr Rodney Shaddia (rodneyshaddialoans@gmail.com). Dia tidak tahu yang sedang melakukan ini tetapi amat gembira sekarang dan saya memutuskan untuk membolehkan orang ramai tahu lebih lanjut mengenai beliau dan juga i mahu Tuhan untuk memberkati dia lebih. Anda boleh menghubungi beliau melalui e-mel (rodneyshaddialoans@gmail.com)

Terima kasih sekali lagi Mr Rodney Shaddia, Tuhan memberkati anda dan keluarga anda.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger