Home » » My 2nd Experiment With Public Gold...terbukti UNTUNG!

My 2nd Experiment With Public Gold...terbukti UNTUNG!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

25/4/2013 Khamis, 2 hari lepas  harga mula naik selepas harga emas jatuh pada 16 April 2013. Harga 1 dinar sebelum 16 April sekitar RM710, mula drop dan mencecah RM591 pada 16 April. Selepas itu mula naik dan mencecah RM624 pada 24/4/2013. Yang bestnya pada 25/4/2013 itu harga 1 dinar naik dan mencecah RM640. Pagi Jumaat semalam, perhatikan gambar di bawah, harga 1 dinar sudah mencecah RM647. 

1 dinar ialah emas 916 dengan berat 4.25g. 
Maka, ketika printscreen ini, harga emas 916 Public Gold hanyalah RM152/g manakala emas 999 nya RM160/g (rujuk kepada gold bar 10g iaitu RM1600)

Alhamdulillah, beruntunglah orang yang segera bertindak dan membeli ketika harga di sekitar RM591-RM600. Now dah boleh mula kaut untung sekitar 5%! Emas ini ibarat hartanah, apabila harganya sudah mencapai target tertentu, anda sudah boleh mula mengaut untung dengan menjualkannya balik kepada Public Gold. Selagi tidak dijual selagi itulah realitinya kita BELUM untung.

Oleh kerana emas adalah komoditi, selepas berlaku sesuatu kenaikan, pastinya ia akan turun sedikit. Sama juga sebaliknya. Harga emas boleh drop apabila USD mengukuh dan ramai pelabur/negara menjual emasnya. Sebaik sahaja harga drop, harga emas boleh naik semula apabila ada pelabur membeli emas. Jika ada negara mula membeli emas untuk menambah rizab emas mereka, maka harga emas boleh naik secara mendadak. Yang bestnya, apabila harga naik mendadak ini, akan ada satu lagi kumpulan pelabur yang akan mengaut keuntungan. Mereka akan bertindak menjual emas mereka. Rasa-rasanya apa yang akan berlaku? Yes, correct! Harga emas akan drop semula. Sebab itulah sama ada harga emas dalam posisi uptrend ataupun downtrend, pelabur jangka sederhana masih mampu mengaut untung. Caranya mudah, 
1. Beli dulu
2. Tetapkan 1 sasaran yang realistic untuk menjual. Apabila sasaran tercapai jualkan.
3. Simpan duit hasil jualan tadi. Jangan beli liabiliti pula.
4. Bila harga drop, beli semula
5. Istiqamah dengan jual & beli

Walau bagaimanapun, pelaburan emas untuk mendapat keuntungan dalam jangkamasa singkat ini memerlukan 3 perkara utama:
1. monitor harga emas sentiasa. 
2. cepat membuat keputusan (sama ada nak beli atau jual)
3. Elakkan rasa takut dan tamak menguasai diri*

Perkara no. 2 sangat dipengaruhi oleh perkara no. 3. Saya akui, sebagai manusia biasa saya seringkali menghadapi masalah ini. Daripada pengalaman, saya amat menyarankan 2 perkara untuk menggelakkan emosi kita terganggu.
1. Solat Istikharoh - membantu kita membuat keputusan yang tepat, jika berlaku perkara sebaliknya kita boleh menerimanya sebagai ujian Allah.
2. Sedekah/Wakaf kan keuntungan dengan segera setiap kali proses jualan dilakukan. Sesungguhnya sedekah mengelakkan bala daripada datang...


Saya masih ber 'eksperimen'. Ini adalah Eksperimen ke 2 saya dalam bulan April 2013 ini. Jelas menunjukkan pelaburan emas boleh memberi keuntungan dalam masa yang singkat. Walaupun untung nya sedikit, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Dalam kes ini, saya cuba mencontohi cara bisnes Sahabat Nabi, Abdul Rahman Bin Auf r.a. Untung yang sedikit setiap kali proses jual beli tetapi banyak kali, membolehkan beliau menjadi multibillionaire! Masya Allah. Ada masa kita cerita teknik nya ok :)

Jika anda mempunyai wang yang tidak plan nak digunakan dalam masa 2 tahun ke atas, segeralah tukarkan ianya ke bentuk emas fizikal. Pelaburan emas fizikal bukan sahaja mendatangkan keuntungan tetapi boleh juga menggelakkan wang gaji/simpanan anda di bank daripada dimakan inflasi. Menurut sumber berita, kadar inflasi di Malaysia adalah sekitar 3%. Katanya, pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di tahap yang memberangsangkan. Benarkah begitu? Jika berita berkata sebaliknya, apakah yang mungkin berlaku? Fikir-fikirkan. Gunakan deria ke 'enam' kita untuk menilai.

Sedia menjadi mentor anda dengan cara yang lebih praktikal,

HARYATI MOHD SARKAWI
Master Dealer PG014952
Hp: 019-8899467
email: cgharyati@gmail.com


KLIK DI SINI:


Jika ingin membeli emas/perak, sila sms/whatsapp ke 019-8899467
dan hantarkan maklumat ini kepada saya:
Nama penuh, email, ic & no hp, item hendak dibeli, branch hendak collect

Contohnya:

"Siti Suraya Binti Ali, sitisuraya@gmail.com, XXXXXX-XX-XXXX, 019-XXXXXXX, 1 x 10dinar dan 1 x 1 dinar, Ampang"

1 comments:

Anonymous said...

Adakah calculation berkenaan keuntungan tersebut telah mengambil kira spread, komisyen dan kos penghataran?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger