Home » » Pergerakan Zig Zag - Kenapa harga emas ZIGZAG?

Pergerakan Zig Zag - Kenapa harga emas ZIGZAG?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Harga emas semalam masih dalam ranging sideway...grafnya bentuk zigzag. Jika keadaan ini berlaku berterusan, pergerakan seterusnya dijangka akan  lebih ketara perubahannya. Maksudnya jika turun, grafnya akan turun dengan lebih banyak, jika naik, ia akan naik lebih tinggi. Disebabkan ini saya suka menasihatkan rakan pelabur untuk mengambil kesempatan ke atas harga cantek hari ini.
Graf hijau - harga terkini.
Jelas menunjukkan secara purata harga sekarang lebih rendah berbanding semalam, graf merah!


Perhatikan, ketika printscreen ini diambil harga emas menurun sebanyak 5.90 mata. Kenapa ia turun?
Untuk jawapannya, rakan-rakan boleh ke laman web kitco.com, nanti boleh baca data seperti berikut:


Harga emas bergantung kepada 2 perkara utama, 
1. kekukuhan US Dollar - kalau lemah, harga emas naik
2. Permintaan - kalau ramai pelabur beli, harga emas naik

Mengikut data kitco pada ketika artikel ini ditulis, USD tidak mempengaruhi harga emas. Ianya statik.
Faktor yang menyebabkan harga emas turun ialah pelabur menjual pegangannya dalam bentuk emas.
Inilah perkara yang biasa dalam pelaburan emas.

Perhatikan, bila kita zoom out graf emas naik semakin cerun! Tapi jika kita zoom in, realitinya pada setiap titik harga emas naik, sebenarnya harga emas boleh turun naik. Memang hukum alam seperti itu, setiap yang naik akan turun...setiap yang turun akan naik. Maka, usah khuatir bila harga emas turun, untuk jangka panjang harga emas memang akan naik. Selagi emas kita emas yang tulen, emas sepatutnya menjadi safe haven, kata orang puteh :)

Untuk membeli pada harga emas hari ini, hubungi saya segera di 019-8899467 atau email cgharyati@gmail.com...whatsapp mahupun sms akan segera saya balas, insya Allah. 

Untuk mendapatkan ebook percuma edisi terhad CikguEmas.com, segera hubungi saya. 

Wasalam.

Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467
cgharyati@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger