Home » » Pentingnya Amanah & Ikhlas Dalam Menjalankan Pekerjaan

Pentingnya Amanah & Ikhlas Dalam Menjalankan Pekerjaan

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sedar tak sedar, dah masuk hari Jumaat dah. Esok, Sabtu...Lusa, Ahad...then, Isnin datang lagi...Maka, bermula lagi rutin hidup sibuk sebagai driver utk ibubapa, apa tidaknya...jadi drebar anak2 ke sekolah & tuisyen. Waktu cuti seperti ini kebiasaannya kebanyakan guru akan meluangkan masa yang lebih di rumah bersama dengan anak-anak dan keluarga tercinta. Bagi saya, walaupun bergelar guru, baru hari ini saya dapat duduk di rumah...Isnin-Khamis ke sekolah. Sudah menjadi rutin saya, waktu cuti waktu saya membimbing pelajar untuk pertandingan.

Team Solar Boat saya sudah 90% bersedia untuk pertandingan...
Walau bagaimanapun, team solar car masih belum mencapai sasaran saya dan rakan guru...
Hmmm...need to work harder boys!

Kali ini berbeza berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Kenapa? Sebab tahun ini Ikmal, my eldest son dah masuk Form 1 di sekolah yang sama saya mengajar. Tahun ini, Ikmal dah jadi one of the team member of our school Solar Boat Team. Alhamdulillah, tidak sukar untuk Ikmal menyesuaikan dirinya bersama pelajar senior sebab selama ini, dia selalu mengikuti saya ke sekolah membimbing pelajar.
Ikmal & Azrai sedang berbincang tentang projek Solar Boat mereka...Go Batu Lintang Go!
Solar Car Team...Razeeq & Fareez...still at work...
Believe in yourself + Doa, Usaha, Istiqamah & Tawakkal, insya Allah you can make it!

Sejujurnya dari pengalaman saya mengajar di SMK Batu Lintang ini, tidak ramai pelajar bumiputera kita yang berminat dengan projek Sains seperti ini. Realitinya membimbing pelajar berbangsa cina lebih mudah berbanding membimbing pelajar bumiputera. Di sini saya akui anak2 cina lebih cekap berbanding anak-anak kita. Kalau diberi tugasan, biasanya anak2 cina dapat menyiapkan tugasan seperti yang saya sasarkan. Berbeza dengan anak2 kita. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, jika saya nak kerja saya mudah, ambil sahaja semua ahli berbangsa cina. Tetapi jika saya berbuat demikian, apalah fungsi saya sebagai guru muslim? Astaghfirullahalazim...Semoga Allah terus memberi nikmat iman dan Islam dalam diri saya untuk terus membimbing pelajar kita...Biasanya saya akan gabungkan pelajar berlainan bangsa dalam team. Biar ada konsep 1Malaysia!

Kenapa sukar untuk membimbing pelajar bumiputera terutamanya pelajar muslim? Saya tiada data untuk itu. Pendapat peribadi saya cenderung mengatakan, mungkin kerana anak2 kita di rumah sedari kecil kurang didik tentang pentingnya mencari ilmu. Anak2 kita lebih cenderung ke arah benda yang lara...mungkin kerana santapan minda, tv, radio kita lebih kepada hiburan. Oleh itu, saya seru ibubapa muda, didiklah anak2 peri pentingnya ilmu sedari kecil lagi. Didik anak2 bahawa our ultimate goal is Syurga Allah. Jalan ke arah syurga Allah memerlukan kita mempunyai ilmu. Ilmu akhirat penting. Ilmu dunia juga penting. Ustaz Pahrol kata dunia ini adalah jambatan ke akhirat. Mana mungkin kita mampu ke syurga Allah, jika jambatan kita roboh! Sesungguhnya semakin banyak ilmu yang anak-anak kita miliki dan amalkan, semakin tinggi mereka akan mengagungkan kebesaran Allah.

Inilah dia solar panel yang dibekalkan oleh CETREE, wajib digunakan untuk pertandingan ini.
Solar Panel ini akan menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik yang akan memutarkan motor bagi menggerakkan kereta ataupun bot melalui satu kesan yang dipanggil 'fotovoltaic effect'. Subhanallah, semakin dalam kita mengkaji ilmu sains, semakin kita nampak kebesaran Allah swt...

Kata-kata perangsang yang sentiasa saya gunakan untuk memotivasikan pelajar...
Credit to Adib Vun, senior solar boat team 2009-2012

Saya yakin dalam ramai-ramai guru di Malaysia, sesibuk2 saya, ada lagi guru lain yang lebih sibuk. Sudah 15 tahun saya berkhidmat, apa yang Ustaz Don katakan dalam gambar ini, saya nampak kebenarannya...Yes, i agree this is so true...
Untuk rakan guru yang masih ke sekolah bagi membimbing pelajar pada waktu cuti seperti ini, atau masih bertungkus lumus menanda kertas jawapan pelajar, usah risau...percayalah ganjaran dan redha Allah swt pasti akan melebihi segalanya. Sesungguhnya Allah maha adil seadil2nya...inilah pencapaian saya sepanjang menjadi guru sejak 1997. Saya kongsikan di sini bukan untuk mendabik dada tetapi tiada tujuan lain...untuk berkongsi pengalaman, semoga ianya memberi semangat untuk guru-guru muda...

"Graduate in 1997, get married in 1999, cahaya mata pertama in 2000, cahaya mata kedua in 2002, bawa student wakil Msia ke Intel Isef USA in 2006, umrah bersama family in 2007, anugerah ketua menteri swak in 2008, projek buku AforAllah.com in 2008, bawa student wakil Msia ke Southeast Asia Science Fair 2008, tempat pertama maggie contest RM5k, jadi GC in 2009, terpilih menyertai delegasi Sarawak ke Indonesia 2010, anak menang ITNM lalu dapat masuk majalah 3, TV3 in 2011, capai dream Master Dealer Public Gold in 2012"~ Alhamdulillah...

Saya aktif membimbing pelajar dalam pelbagai pertandingan sejak mula berkhidmat...solar cooker, solar boat, solar car, roket aeroangkasa, F1 Inschool Technology Challege, Mighty Minds Hands-on Challenge, Kids Witness News Panasonic, Kuiz Sains, Kuiz Fizik dan lain2. Tahun ini saya fokus kepada Solar Car, Solar Boat, Mighty Minds & KWN Panasonic sahaja. Alhamdulillah, saya dianugerahkan suami yang sangat understanding dan sentiasa menyokong usaha saya selama ini....Thank you so much my love :)

Emas, Emas juga...
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467
cgharyati@gmail.com

4 comments:

kamil salleh said...

Assalamualaikum.....
Betlu tu cigu...selalunya bangsa lain lebih cekap daya pemikiran dia. Kenapa ye? Kena buat kajian ni? Walaupun begitu kita tidak boleh menghina bangsa sendiri. Perlu dibantu sebaik mungkin. Merekalah aset kita di masa hadapan. Menjadi guru perlu kesabaran. Gelagat si abngsa Melayu kita banyak karenah. Kena tangnai dgn bijaksana. Tahniah ciku....teruskan mendidik mereka hingga berjaya menjadi seorang insan yg berguna. Insya Allah....
TQ...

kamil salleh said...

Salam perkenalan...cikgu...emas (kaya ni). Jika sudi subscribe utk saya juga. Saya dah sign up utk artikel terbaru...cikgu.

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Wslm wbt,

Tqvm kerana sudi follow blog saya.
Tidak pernah terlintas untuk menghina bangsa sendiri. Tulisan saya sebenarnya lebih kepada untuk menegur dan berkongsi cara mendidik anak mengikut landasan Islam. Saya percaya, jika semua ibubapa menjalankan amanahnya, insya Allah akan kuranglah masalah remaja...Semoga kita sama-sama berjaya mendidik ummah, mendidik anak bangsa agar bukan sahaja kaya harta tetapi kaya hati, kaya peribadi. Amiin.

Blogger said...

There's a chance you qualify for a new government sponsored solar program.
Click here and find out if you qualify now!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger