Home » » Konsisten Menabung Dinar Untuk Capai Mimpi Anda!

Konsisten Menabung Dinar Untuk Capai Mimpi Anda!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari terakhir Cuti Pertengahan Penggal 1. Alhamdulillah, saya tak kecoh sangat hari ini. Baju sekolah anak-anak semuanya dah siap iron minggu lepas lagi. Cuti ini saya kemaskan baju-baju lama keluarga untuk disedekahkan kepada orang kampung. Baju lama yang dah tak muat lagi nak pakai. Dalam banyak-banyak baju itu, saya tak sampai hati nak berikan jubah & kopiah ikmal yang kami beli semasa umrah pertama kami pada tahun 2006. Saya reserve untuk dihadiahkan kepada yang istimewa :)
Jubah & Kopiah, favourite Ikmal...sentimental value Mekah & Madinah 2006

Masa pergi umrah dulu, Ikmal baru 6 tahun. Irdina pula 4 tahun. Pengalaman yang sungguh membahagiakan. Masa pergi dulu, kos untuk pengangkutan & penginapan kami berempat lebih kurang RM20 ribu. Insya Allah, saya & suami merancang untuk pergi lagi pada tahun 2017, insya Allah. Sudah pasti pengalamannya akan berbeza. Yalah, time tu nanti Ikmal dah berumur 17 tahun, Irdina pula 15 tahun. Begitu cepat masa berlalu.

Makan biskut coklat di depan kedai kitab di Mekah...Kain ihram Ikmal pun masih saya simpan...

Oleh kerana duit kita sentiasa susut nilai akibat 'dimakan' inflasi, maka saya menyimpan dinar emas sebagai tabungan untuk percutian dan umrah...Mengapa saya menyimpan dalam bentuk dinar dan bukannya menyimpan dalam ASB sahaja?
Inflasi menyebabkan barangan & perkhidmatan bertambah mahal. Inflasi di Malaysia sekitar 3% sekarang. Maka semakin nipislah wallet kita.

Perhatikan kos mengerjakan umrah dalam gambar di bawah ini. Perasan tak, kosnya dalam Ringgit Malaysia semakin bertambah tahun demi tahun? Pelikkan, destinasi yang sama, tujuan serta aktiviti pun sama tapi harganya bertambah setiap tahun. Inilah sebenarnya sebab mengapa saya menabung dinar untuk tujuan perlancongan, umrah, pendidikan dan tabung persaraan saya.

Jika anda menyimpan dinar lebih awal, kos untuk mendapatkan 25 keping 1 dinar hanya RM3500 pada tahun 2000. Dengan 25 keping dinar yang sama, anda boleh membawa 5 orang ahli keluarga mengerjakan umrah pada tahun 2012. Jika anda terus menyimpan duit kertas RM3500 pada tahun 2000, mampukah RM3500 itu digunakan untuk membiayai kos umrah untuk anda seorang pada tahun 2012???

Oleh kerana Public Gold mempunyai 18 branch di seluruh Malaysia, walau di mana anda berada saya boleh membantu anda untuk lock dinar pertama anda. Dengan kemudahan Easy Payment Purchase, jika anda boleh menabung RM200 setiap bulan, dalam masa 4 bulan anda boleh mendapatkan 1 dinar. 1 tahun - 3 dinar. Kalau anak anda baru masuk darjah 1 dan berumur 7 tahun, anda ada masa 10 tahun untuk menyimpan dinar sebelum dia melanjutkan pelajarannya. Jika anda konsisten, sedar tak sedar anda akan memiliki 30 dinar dalam masa 10 tahun. Kalau pada tahun 2012, kita memerlukan 5-6 dinar untuk mengerjakan umrah, tidak mustahil pada dalam masa 10 tahun lagi, mungkin dengan 1 dinar sahaja sudah cukup untuk kos umrah!

Contoh EPP yang dibuat oleh customer saya...

Segera hubungi saya untuk dinar pertama dan seterusnya...
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp boleh)
cgharyati@gmail.com

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger