Home » » Fakta Tentang Dirham - Kenapa ia sesuai dijadikan cenderamata & hadiah

Fakta Tentang Dirham - Kenapa ia sesuai dijadikan cenderamata & hadiah

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

4 hari lepas birthday anak sulung saya, Muhd. Ikmal Hakimi...Alhamdulillah, inilah hadiah yang kami hadiahkan untuknya. Hadiah berupa aset yang akan meningkat harga dari tahun ke tahun. Bila ada keperluan kewangan pada suatu hari nanti, ianya boleh dijual dengan harga yang jauh dari harga nya sekarang iaitu sekitar RM120.

Semoga buah hati mama, Muhd Ikmal Hakimi bahagia hidup di dunia dan akhirat, panjang umur, murah rezeki, sentiasa mendapat ilmu bermanfaat...semoga menjadi enterpreneur mukmin profesional yang memberi manfaat kepada ummah satu hari kelak. Amiin.

10 dirham ini bukan sahaja sesuai untuk hadiah hari jadi. Ianya juga elok dijadikan hantaran, mas kahwin, hadiah anniversary...hadiah anak cemerlang UPSR, SPM mahupun STPM...sedikit fakta tentang dirham:

1. Dirham - Matawang Syariah
Matawang syariah adalah Dinar Emas dan Dirham Perak. Matawang ini pernah digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
2. Apakah Dirham?
1 Dirham adalah unit standard untuk perak tulen berketulenan 999 dengan berat 2.975g.
Maka 10 dirham pula ialah perak dengan berat 29.75g
Nilai satu Dirham pada zaman Rasulullah boleh membeli seekor ayam.

Hari ini Harga 10 dirham ialah sekitar RM120. Maksudnya harga 1 dirham ialah RM12. Berapa pula harga seekor ayam?
3. Apakah Kegunaan Dirham Public Gold?
Dirham boleh digunakan untuk :

1. menyempurnakan ibadah zakat,

2. bayaran mas kahwin,

3. simpanan.

4. Bonus dan hadiah

Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.
4. Dimanakah Dirham Public Gold boleh dibeli?
Sila hubungi saya melalui sms / whatsapp di 019-8899467

Untuk mengetahui harga semasa sila ke
5. Apa kaitan Dinar dan Dirham Public Gold sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Public Gold dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Public Gold menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (916); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen (999)
6. Contoh penggunaan dirham oleh Rasul S.A.W?
"Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, "Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyah menjawab, "Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? "Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham." 
(Riwayat Imam Muslim)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger