Konsisten Menabung Dinar Untuk Capai Mimpi Anda!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari terakhir Cuti Pertengahan Penggal 1. Alhamdulillah, saya tak kecoh sangat hari ini. Baju sekolah anak-anak semuanya dah siap iron minggu lepas lagi. Cuti ini saya kemaskan baju-baju lama keluarga untuk disedekahkan kepada orang kampung. Baju lama yang dah tak muat lagi nak pakai. Dalam banyak-banyak baju itu, saya tak sampai hati nak berikan jubah & kopiah ikmal yang kami beli semasa umrah pertama kami pada tahun 2006. Saya reserve untuk dihadiahkan kepada yang istimewa :)
Jubah & Kopiah, favourite Ikmal...sentimental value Mekah & Madinah 2006

Masa pergi umrah dulu, Ikmal baru 6 tahun. Irdina pula 4 tahun. Pengalaman yang sungguh membahagiakan. Masa pergi dulu, kos untuk pengangkutan & penginapan kami berempat lebih kurang RM20 ribu. Insya Allah, saya & suami merancang untuk pergi lagi pada tahun 2017, insya Allah. Sudah pasti pengalamannya akan berbeza. Yalah, time tu nanti Ikmal dah berumur 17 tahun, Irdina pula 15 tahun. Begitu cepat masa berlalu.

Makan biskut coklat di depan kedai kitab di Mekah...Kain ihram Ikmal pun masih saya simpan...

Oleh kerana duit kita sentiasa susut nilai akibat 'dimakan' inflasi, maka saya menyimpan dinar emas sebagai tabungan untuk percutian dan umrah...Mengapa saya menyimpan dalam bentuk dinar dan bukannya menyimpan dalam ASB sahaja?
Inflasi menyebabkan barangan & perkhidmatan bertambah mahal. Inflasi di Malaysia sekitar 3% sekarang. Maka semakin nipislah wallet kita.

Perhatikan kos mengerjakan umrah dalam gambar di bawah ini. Perasan tak, kosnya dalam Ringgit Malaysia semakin bertambah tahun demi tahun? Pelikkan, destinasi yang sama, tujuan serta aktiviti pun sama tapi harganya bertambah setiap tahun. Inilah sebenarnya sebab mengapa saya menabung dinar untuk tujuan perlancongan, umrah, pendidikan dan tabung persaraan saya.

Jika anda menyimpan dinar lebih awal, kos untuk mendapatkan 25 keping 1 dinar hanya RM3500 pada tahun 2000. Dengan 25 keping dinar yang sama, anda boleh membawa 5 orang ahli keluarga mengerjakan umrah pada tahun 2012. Jika anda terus menyimpan duit kertas RM3500 pada tahun 2000, mampukah RM3500 itu digunakan untuk membiayai kos umrah untuk anda seorang pada tahun 2012???

Oleh kerana Public Gold mempunyai 18 branch di seluruh Malaysia, walau di mana anda berada saya boleh membantu anda untuk lock dinar pertama anda. Dengan kemudahan Easy Payment Purchase, jika anda boleh menabung RM200 setiap bulan, dalam masa 4 bulan anda boleh mendapatkan 1 dinar. 1 tahun - 3 dinar. Kalau anak anda baru masuk darjah 1 dan berumur 7 tahun, anda ada masa 10 tahun untuk menyimpan dinar sebelum dia melanjutkan pelajarannya. Jika anda konsisten, sedar tak sedar anda akan memiliki 30 dinar dalam masa 10 tahun. Kalau pada tahun 2012, kita memerlukan 5-6 dinar untuk mengerjakan umrah, tidak mustahil pada dalam masa 10 tahun lagi, mungkin dengan 1 dinar sahaja sudah cukup untuk kos umrah!

Contoh EPP yang dibuat oleh customer saya...

Segera hubungi saya untuk dinar pertama dan seterusnya...
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp boleh)
cgharyati@gmail.com

Pentingnya Amanah & Ikhlas Dalam Menjalankan Pekerjaan

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sedar tak sedar, dah masuk hari Jumaat dah. Esok, Sabtu...Lusa, Ahad...then, Isnin datang lagi...Maka, bermula lagi rutin hidup sibuk sebagai driver utk ibubapa, apa tidaknya...jadi drebar anak2 ke sekolah & tuisyen. Waktu cuti seperti ini kebiasaannya kebanyakan guru akan meluangkan masa yang lebih di rumah bersama dengan anak-anak dan keluarga tercinta. Bagi saya, walaupun bergelar guru, baru hari ini saya dapat duduk di rumah...Isnin-Khamis ke sekolah. Sudah menjadi rutin saya, waktu cuti waktu saya membimbing pelajar untuk pertandingan.

Team Solar Boat saya sudah 90% bersedia untuk pertandingan...
Walau bagaimanapun, team solar car masih belum mencapai sasaran saya dan rakan guru...
Hmmm...need to work harder boys!

Kali ini berbeza berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Kenapa? Sebab tahun ini Ikmal, my eldest son dah masuk Form 1 di sekolah yang sama saya mengajar. Tahun ini, Ikmal dah jadi one of the team member of our school Solar Boat Team. Alhamdulillah, tidak sukar untuk Ikmal menyesuaikan dirinya bersama pelajar senior sebab selama ini, dia selalu mengikuti saya ke sekolah membimbing pelajar.
Ikmal & Azrai sedang berbincang tentang projek Solar Boat mereka...Go Batu Lintang Go!
Solar Car Team...Razeeq & Fareez...still at work...
Believe in yourself + Doa, Usaha, Istiqamah & Tawakkal, insya Allah you can make it!

Sejujurnya dari pengalaman saya mengajar di SMK Batu Lintang ini, tidak ramai pelajar bumiputera kita yang berminat dengan projek Sains seperti ini. Realitinya membimbing pelajar berbangsa cina lebih mudah berbanding membimbing pelajar bumiputera. Di sini saya akui anak2 cina lebih cekap berbanding anak-anak kita. Kalau diberi tugasan, biasanya anak2 cina dapat menyiapkan tugasan seperti yang saya sasarkan. Berbeza dengan anak2 kita. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, jika saya nak kerja saya mudah, ambil sahaja semua ahli berbangsa cina. Tetapi jika saya berbuat demikian, apalah fungsi saya sebagai guru muslim? Astaghfirullahalazim...Semoga Allah terus memberi nikmat iman dan Islam dalam diri saya untuk terus membimbing pelajar kita...Biasanya saya akan gabungkan pelajar berlainan bangsa dalam team. Biar ada konsep 1Malaysia!

Kenapa sukar untuk membimbing pelajar bumiputera terutamanya pelajar muslim? Saya tiada data untuk itu. Pendapat peribadi saya cenderung mengatakan, mungkin kerana anak2 kita di rumah sedari kecil kurang didik tentang pentingnya mencari ilmu. Anak2 kita lebih cenderung ke arah benda yang lara...mungkin kerana santapan minda, tv, radio kita lebih kepada hiburan. Oleh itu, saya seru ibubapa muda, didiklah anak2 peri pentingnya ilmu sedari kecil lagi. Didik anak2 bahawa our ultimate goal is Syurga Allah. Jalan ke arah syurga Allah memerlukan kita mempunyai ilmu. Ilmu akhirat penting. Ilmu dunia juga penting. Ustaz Pahrol kata dunia ini adalah jambatan ke akhirat. Mana mungkin kita mampu ke syurga Allah, jika jambatan kita roboh! Sesungguhnya semakin banyak ilmu yang anak-anak kita miliki dan amalkan, semakin tinggi mereka akan mengagungkan kebesaran Allah.

Inilah dia solar panel yang dibekalkan oleh CETREE, wajib digunakan untuk pertandingan ini.
Solar Panel ini akan menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik yang akan memutarkan motor bagi menggerakkan kereta ataupun bot melalui satu kesan yang dipanggil 'fotovoltaic effect'. Subhanallah, semakin dalam kita mengkaji ilmu sains, semakin kita nampak kebesaran Allah swt...

Kata-kata perangsang yang sentiasa saya gunakan untuk memotivasikan pelajar...
Credit to Adib Vun, senior solar boat team 2009-2012

Saya yakin dalam ramai-ramai guru di Malaysia, sesibuk2 saya, ada lagi guru lain yang lebih sibuk. Sudah 15 tahun saya berkhidmat, apa yang Ustaz Don katakan dalam gambar ini, saya nampak kebenarannya...Yes, i agree this is so true...
Untuk rakan guru yang masih ke sekolah bagi membimbing pelajar pada waktu cuti seperti ini, atau masih bertungkus lumus menanda kertas jawapan pelajar, usah risau...percayalah ganjaran dan redha Allah swt pasti akan melebihi segalanya. Sesungguhnya Allah maha adil seadil2nya...inilah pencapaian saya sepanjang menjadi guru sejak 1997. Saya kongsikan di sini bukan untuk mendabik dada tetapi tiada tujuan lain...untuk berkongsi pengalaman, semoga ianya memberi semangat untuk guru-guru muda...

"Graduate in 1997, get married in 1999, cahaya mata pertama in 2000, cahaya mata kedua in 2002, bawa student wakil Msia ke Intel Isef USA in 2006, umrah bersama family in 2007, anugerah ketua menteri swak in 2008, projek buku AforAllah.com in 2008, bawa student wakil Msia ke Southeast Asia Science Fair 2008, tempat pertama maggie contest RM5k, jadi GC in 2009, terpilih menyertai delegasi Sarawak ke Indonesia 2010, anak menang ITNM lalu dapat masuk majalah 3, TV3 in 2011, capai dream Master Dealer Public Gold in 2012"~ Alhamdulillah...

Saya aktif membimbing pelajar dalam pelbagai pertandingan sejak mula berkhidmat...solar cooker, solar boat, solar car, roket aeroangkasa, F1 Inschool Technology Challege, Mighty Minds Hands-on Challenge, Kids Witness News Panasonic, Kuiz Sains, Kuiz Fizik dan lain2. Tahun ini saya fokus kepada Solar Car, Solar Boat, Mighty Minds & KWN Panasonic sahaja. Alhamdulillah, saya dianugerahkan suami yang sangat understanding dan sentiasa menyokong usaha saya selama ini....Thank you so much my love :)

Emas, Emas juga...
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467
cgharyati@gmail.com

Lawatan ke Sejingkat Power Corperation, Sarawak

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Isnin-Rabu, 3 hari lepas kami di SMK Batu Lintang mengadakan Kem Sains untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2. Semalam saya bersama rakan guru lain mengiringi para pelajar melawat Sejingkat Power Corporation Sdn Bhd di Kuching, Sarawak.

My son Ikmal (kiri sekali) tahun ini dah masuk tingkatan 1 di sekolah yang sama saya mengajar. 
Maka, tahun ini kiranya cuti sekolah kami dipenuhi dengan aktiviti sekolah!


Taklimat menarik oleh pegawai En. Narzam...Kusyuk pelajar dan guru :)

Seronok pelajar kita berpeluang melawat dan menimba ilmu di sini.


Sebenarnya seawal sekolah rendah lagi anak-anak kita didedahkan tentang tenaga diperbaharui dan tenaga yang tidak diperbaharui. Tapi detail bagaimana tenaga elektrik dihasilkan hanya diajar dalam Chapter 3 Electromagnetisme Form 5. Sebenarnya hanya 2 alat asas untuk menghasilan tenaga electrik  iaitu magnet dan konductor. Bila wayar (konductor) memotong medan magnet, maka mengalirlah arus elektrik di dalam wayar tadi! Masya Allah! Walaupun saya sudah 15 tahun mengajar Fizik, setiap kali mengajar topik ini pastinya tasbih Subhanallah...Masya Allah tidak akan lekang di mulut dan di hati. Amazing! Tanpa bateri, arus electrik dihasilkan.

Dinamo Basikal

Ingat lagi tak bagaimana lampu baikal menyala bila kita kayuh basikal laju2? Tenaga kinetik daripada roda basikal yang berputar sebenarnya menggerakan magnet di dalam dinamo...ini mewujudkan pemotongan medan magnet oleh konduktor, maka terhasillah arus elektrik!

Rupa-rupanya, kebanyakan operasi di sini computerize....Masya Allah. Canggih betul..

   
Pegawai tersebut mengatakan, operasi Sejingkat Power Plant ini menggunakan arang batu dan juga air untuk beroperasi. Katanya, jika air sudah kurang daripada paras yang sepatutnya, dia perlu tekan butang untuk memastikan air di paras yang optimum. Jika berlebih ia sepatutnya dikurangkan. Teringat saya dengan harga emas kita...Turun naik...turun naik...Anda susah hati ke? Maybe analisis dan jangkaan di bawah boleh menceriakan hari anda :)



Terpulanglah kepada rakan pembaca untuk mentafsirkannya...Any comment?

Masih Musykil? Hubungi saya,

Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467
cgharyati@gmail.com

Pergerakan Zig Zag - Kenapa harga emas ZIGZAG?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Harga emas semalam masih dalam ranging sideway...grafnya bentuk zigzag. Jika keadaan ini berlaku berterusan, pergerakan seterusnya dijangka akan  lebih ketara perubahannya. Maksudnya jika turun, grafnya akan turun dengan lebih banyak, jika naik, ia akan naik lebih tinggi. Disebabkan ini saya suka menasihatkan rakan pelabur untuk mengambil kesempatan ke atas harga cantek hari ini.
Graf hijau - harga terkini.
Jelas menunjukkan secara purata harga sekarang lebih rendah berbanding semalam, graf merah!


Perhatikan, ketika printscreen ini diambil harga emas menurun sebanyak 5.90 mata. Kenapa ia turun?
Untuk jawapannya, rakan-rakan boleh ke laman web kitco.com, nanti boleh baca data seperti berikut:


Harga emas bergantung kepada 2 perkara utama, 
1. kekukuhan US Dollar - kalau lemah, harga emas naik
2. Permintaan - kalau ramai pelabur beli, harga emas naik

Mengikut data kitco pada ketika artikel ini ditulis, USD tidak mempengaruhi harga emas. Ianya statik.
Faktor yang menyebabkan harga emas turun ialah pelabur menjual pegangannya dalam bentuk emas.
Inilah perkara yang biasa dalam pelaburan emas.

Perhatikan, bila kita zoom out graf emas naik semakin cerun! Tapi jika kita zoom in, realitinya pada setiap titik harga emas naik, sebenarnya harga emas boleh turun naik. Memang hukum alam seperti itu, setiap yang naik akan turun...setiap yang turun akan naik. Maka, usah khuatir bila harga emas turun, untuk jangka panjang harga emas memang akan naik. Selagi emas kita emas yang tulen, emas sepatutnya menjadi safe haven, kata orang puteh :)

Untuk membeli pada harga emas hari ini, hubungi saya segera di 019-8899467 atau email cgharyati@gmail.com...whatsapp mahupun sms akan segera saya balas, insya Allah. 

Untuk mendapatkan ebook percuma edisi terhad CikguEmas.com, segera hubungi saya. 

Wasalam.

Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467
cgharyati@gmail.com

Harga emas drop lagi disebabkan isu Cyprus March 2013 - Apa tindakan anda?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Harga emas malam tadi drop lagi. Kalau minggu lepas, 1 dinar sudah mencecah RM712, malam tadi 1 dinar Public Gold mencecah RM699 sekeping. Tapi hanya untuk jangka masa 20 minit sahaja sebelum bergerak ke RM705 seperti pagi ini. Minggu lepas harga emas naik kerana isu Cyprus. Pelabur risau dengan ekonomi Cyprus yang goyah lalu menukar pegangan saham mereka ke emas. Maka pada harga emas melonjak naik ke 25 mata. Kalau tidak kerana USD mengukuh sebanyak 10 mata pada malam itu, pastinya harga 1 dinar PG sudah mencecah sekitar rm720 pada minggu lepas.



Malam tadi pula, harga emas drop semula kerana Cyprus telah dibantu oleh jiran-jirannya iaitu negara di Eropah dan juga IMF (International Monetary Fund) yang memberi pinjaman EUR10billion untuk membantu ekonominya. Pinjam lagi! Pendapat peribadi saya menyatakan kes pinjam meminjam ini tidak mustahil menjadikan Cyprus sama seperti Greece. 


Kita sebagai pelabur kecil boleh mengambil kesempatan atas harga drop seperti ini. Jom beli aset mampu milik ini. Dengan hanya modal RM705 anda sudah boleh memiliki emas or aset pertama anda. 
Adalah penting untuk kita menambah aset kerana nilai aset semakin bertambah semakin lama kita memilikinya. Jika kita sanggup membuat loan untuk membeli rumah, kenapa tidak untuk emas? Bukankan menyimpan emas juga sinonim dengan memiliki rumah? Renung-renungkan...

Kalau tidak mampu, anda boleh buat Easy Purchase Payment, EPP. Bayar 4 kali dalam masa 4 bulan untuk memiliki emas anda. Saya sebenarnya baru membuat bayaran secara online EPP 10 dinar dan 10 dirham yang saya buat last month. Kebetulan harga emas rendah pada ketika itu. 


Jom beli emas & perak Public Gold,
segera hubungi saya,

Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp boleh juga)
cgharyati@gmail.com


Gold drops as Cyprus strikes bailout deal with creditors

Investing.com - Gold prices dropped to near 1-week lows after Cyrpus secured EUR10 billion in rescue funding from European neighbors and the International Monetary Fund, which sparked an earlier global rally in equities markets that came at gold's expense.

Gold prices rose in recent sessions on demand from investors looking for hard assets to hedge against a weakening euro on fears Cyprus was set to abandon the euro.

On the Comex division of the New York Mercantile Exchange, gold futures for June delivery were down 0.23% at USD1,604.25 a troy ounce in U.S. trading on Monday, up from a session low of USD1,590.85 and down from a high of USD1,614.45 a troy ounce.

Gold futures were likely to test support USD1,590.80 a troy ounce, last Monday's low, and resistance at USD1,615.80, Thursday's high.

Earlier Monday, eurozone finance ministers and the International Monetary Fund approved a EUR10 billion rescue package for Cyprus provided the country close up its second-largest lender, Laiki Bank.

The bailout deal guaranteed that accounts holding up to EUR100,000 will continue to be insured and likely shifted to another financial institution, though larger depositors and bondholders in the bank may face losses.

Terms of the bailout sent the euro moving up and down as markets digested the fallout, including fears that future bailouts in the eurozone may call for bank restructurings.

Still, stock markets rose earlier, which enticed investors out of gold, the safe-haven asset of choice amid uncertainty in Cyprus. 

Stocks erased those gains, though gold continued to trade lower in afternoon trading on Monday as investors chased nicely priced dollar positions in search of safety.

Elsewhere on the Comex, silver for May delivery was up 0.32% at USD28.790 a troy ounce, while copper for May delivery was down 0.55% and trading at USD3.447 a pound

Kitco 4th Week of March 2013 Gold Survey


Gold Survey: Solid Majority Of Survey Participants See Higher Gold Prices Next Week

(Kitco News) – Gold prices are expected to climb next week, with expectations that the yellow metal may catch a bid as the situation regarding a possible bailout for Cyprus could attract safe-haven buying.
In the Kitco News Gold Survey, out of 33 participants, 28 responded this week. Of those 28 participants, 22 see prices up, while four see prices down, and two are neutral. Market participants include bullion dealers, investment banks, futures traders, money managers and technical-chart analysts.
For those participants who see higher prices next week, nearly all of them cited the situation in Cyprus and whether or not European officials will agree to bail out the near-bankrupt country as the reason for their higher calls. Many expect that Cyprus will get some sort of bailout, which will support both gold and the euro currency.
Carlos Perez-Santalla, precious metals broker at PVM Futures, echoed what many other participants said was another bullish factor for gold. “Although the Cyprus situation has not driven demand up yet, the feeling of insecurity of monetary assets by many Europeans will affect demand soon,” he said.
The majority of participants are bullish, but there a few respondents who said gold’s limited reaction to the Cyprus news this week doesn’t bode well for the metal. They said they were surprised that given news that a eurozone country was teetering on the edge of bankruptcy, gold wasn’t able to take out recent highs, which is troubling.
“The key number for gold is $1,625. That’s big resistance. Unless we can close above it, the trend remains down,” said Kevin Grady, president, PhoenixFutures and Options.
The two participants who are neutral on gold said there are too many unknowns about the Cyprus situation to give an accurate read on where prices might go next week.
Kitco Gold Survey
By Debbie Carlson of Kitco News dcarlson@kitco.com

Fakta Tentang Dirham - Kenapa ia sesuai dijadikan cenderamata & hadiah

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

4 hari lepas birthday anak sulung saya, Muhd. Ikmal Hakimi...Alhamdulillah, inilah hadiah yang kami hadiahkan untuknya. Hadiah berupa aset yang akan meningkat harga dari tahun ke tahun. Bila ada keperluan kewangan pada suatu hari nanti, ianya boleh dijual dengan harga yang jauh dari harga nya sekarang iaitu sekitar RM120.

Semoga buah hati mama, Muhd Ikmal Hakimi bahagia hidup di dunia dan akhirat, panjang umur, murah rezeki, sentiasa mendapat ilmu bermanfaat...semoga menjadi enterpreneur mukmin profesional yang memberi manfaat kepada ummah satu hari kelak. Amiin.

10 dirham ini bukan sahaja sesuai untuk hadiah hari jadi. Ianya juga elok dijadikan hantaran, mas kahwin, hadiah anniversary...hadiah anak cemerlang UPSR, SPM mahupun STPM...sedikit fakta tentang dirham:

1. Dirham - Matawang Syariah
Matawang syariah adalah Dinar Emas dan Dirham Perak. Matawang ini pernah digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
2. Apakah Dirham?
1 Dirham adalah unit standard untuk perak tulen berketulenan 999 dengan berat 2.975g.
Maka 10 dirham pula ialah perak dengan berat 29.75g
Nilai satu Dirham pada zaman Rasulullah boleh membeli seekor ayam.

Hari ini Harga 10 dirham ialah sekitar RM120. Maksudnya harga 1 dirham ialah RM12. Berapa pula harga seekor ayam?
3. Apakah Kegunaan Dirham Public Gold?
Dirham boleh digunakan untuk :

1. menyempurnakan ibadah zakat,

2. bayaran mas kahwin,

3. simpanan.

4. Bonus dan hadiah

Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.
4. Dimanakah Dirham Public Gold boleh dibeli?
Sila hubungi saya melalui sms / whatsapp di 019-8899467

Untuk mengetahui harga semasa sila ke
5. Apa kaitan Dinar dan Dirham Public Gold sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Public Gold dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Public Gold menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (916); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen (999)
6. Contoh penggunaan dirham oleh Rasul S.A.W?
"Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, "Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyah menjawab, "Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? "Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham." 
(Riwayat Imam Muslim)


TOP 23 BLOG MALAYSIA PALING POPULAR


Assalamualaikum dan Sejahtera, 
Alhamdulillah, sudah lebih 10 bulan website CikguEmas.com beroperasi. Website yang saya gunakan untuk berkongsi idea dan ilmu simpan emas untuk tujuan pendidikan anak-anak. Website yang saya harapkan mampu untuk menyedarkan kepentingan ilmu pelaburan emas kepada ibubapa agar duit gaji hasil titik peluh tidak dimakan inflasi. Ada juga di kalangan kita yang sudah tahu kepentingan emas sebagai menambat nilai matawang dan sudah mula membeli emas tetapi malangnya mereka terjebak dengan scam ataupun skim cepat kaya. 
Untuk blogger seperti saya, untuk merealisasi matlamat tadi, saya perlu mempromosikan web saya dalam masa yang sama. Sehingga ke hari ini saya sudah mempunyai pembaca setia di seluruh Malaysia. Pageview sehari walaupun baru mencecah 200 orang, tapi saya bersyukur kerana mampu memberikan khidmat nasihat kepada rakan-rakan. Rupa-rupanya ada cara yang praktikal untuk mempromosikan blog kita. Teruskan bacaan anda :)
Entri ini saya kongsi daripada blog Denaihati.com. Katanya ramai pageviever sesat ke laman blognya kerana mencari Top Blog Malaysia. Blog ini menang World Bloggers Award 2012 yang dianjurkan oleh MSMW2012 hasil daripada pilihan rakyat Malaysia. Popular kerana blog berkualiti atau blog ada ramai peminat. Banyak yang kita boleh belajar daripada Blogger-Blogger hebat ini untuk mencapai tahap yang mereka kecapi.
Senarai Top 18 Popular Blog Malaysia MSMW2013 (Sumber –Anarm.net)
  1. Favourite Auto Blog – ArenaKereta.com (PR2)
  2. Favourite Innovative Blog – Ariffshah.com (PR4)
  3. Favourite Business Blog – AbangEnsem.com (PR3)
  4. Favourite Celebrity Blog – ZarulUmbrella.com (PR3)
  5. Favourite Music& Entertainment Blog – SuaraPeople.com (PR2)
  6. Favourite CSR Blog – Kucing.my (PR2)
  7. Favourite Educational Blog – OhCikgu.com (PR2)
  8. Favourite Foodie Blog – PlacesAndFoods.com (PR3)
  9. Favourite Gossip Blog – BeautifulNara.com (PR4)
  10. Favourite Photography Blog – AzmanIshak.com (PR2)
  11. Favourite Gadgets Blog – Amanz.my (PR6)
  12. Favourite Political Blog – Stephendoss.blogspot.com (PR3)
  13. Favourite Shopping Blog – KZNabihah.com (PR2)
  14. Favourite Sports Blog – Legendnetball.com (P1)
  15. Favourite Travel Blog – FaizalFredley.com (P1)
  16. Favourite Lifestyle Blog – AkmaOmar.com (PR1)
  17. Favourite Micro Blog – HafizRahim.com (PR1)
  18. Most Creative Blog – Denaihati.com (PR4)

Senarai Top 23 Blog Malaysia Paling Popular mengikut katogeri
  1. Paultan.org (Blog Automotif/PR4)
  2. Shahabudeenjalil.com (Blog Bisnis/PR3)
  3. Honeykoyuki.blogspot.com (Blog Selebriti/PR3)
  4. Kucing.my (Blog CSR/PR1)
  5. iluvislam.com (Blog Pendidikan/PR4)
  6. ohbulan.com (Blog Hiburan/PR4)
  7. Koleksi1001resepi.com (Blog F&B/PR2)
  8. All-aboutiphone.blogspot.com (Blog Gadget/PR0)
  9. Rotikaya.com (Blog Gossip/PR3)
  10. Ninieahmad.com (Blog Kesihatan/PR3)
  11. Founder.limkokwing.net (Blog Inovasi/PR5)
  12. Eqbalzack.com (Blog Lifestyle/PR3)
  13. Yunainspired.com (Blog Musik/PR3)
  14. Danielzaidi.com (Blog photography/PR2)
  15. Chedet.cc (Blog Politik/PR5)
  16. Kznabihah.com (Blog Shopping/PR2)
  17. World-superbikes.blogspot.com (Blog Sukan/PR1)
  18. Placesandfoods.com (Blog Travel/PR3)
  19. Inianwarhadi.com (Blog Video/PR2)
  20. Fukkenlol.blogspot.com (Blog Jenaka/PR1)
  21. Hazrey.com (Blog Vocal/PR2)
  22. Bicaramakdara.com (Blog Terburuk/PR2)
  23. Ariffshah.com (Upcomimg Blogger/PR4)
Semua hebat-hebatkan. Kalau rajin copy paste dan buatlah posting kat blog Rakan Blogger semua kerana mengikut tips yang dapat dari workshop MSMW2012 sesekali kena buat entri senarai seperti ini untuk mendapat trafik organik dari Google.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger