Home » » Seminar Percuma Bulan Februari Oleh Cikgu Emas

Seminar Percuma Bulan Februari Oleh Cikgu Emas


Assalamualaikuw wbt & Salam Sejahtera

"There is no substitute for knowledge."

Ilmu pemilikan ASET tidak diajar secara formal di peringkat sekolah. Secara peribadi saya kesal kerana agak lewat membaca buku2 tentang pengurusan kewangan iaitu ketika berumur 27 tahun. 
Buku terawal tentang kewangan yang saya baca ialah "Rich Dad, Poor Dad" oleh Robert Kiyosaki & "Jutawan Dr Planet Jupiter" oleh Azizi Ali. Berbekal ilmu yang ada, saya dan suami mula mengatur budget dan terus bertindak membeli aset. Sesungguhnya, langkah pertama untuk berjaya ialah MESTI ADA ILMU. Langkah no.2 : MESTI BERTINDAK

Alhamdulillah, sekarang 18 thn lagi nak pencen, kami sudah memiliki beberapa buah rumah sewa yang sudah memberi positif cash flow dalam belanjawan kami. Saya dan suami sama-sama makan gaji. Kawan baik saya pernah bertanya, bagaimana kami boleh memiliki rumah sewa yang bukannya 1 dan bukannya 2... sedangkan dia dan suami belum membeli apa-apa aset (walaupun pendapatan keluarga kami hampir sama)!

Jika anda belum memiliki aset dunia, cuba lah memilikki nya sementara kita masih mempunyai rezeki usia yang muda, masih diberi rezeki masa dan rezeki kesihatan. Hmmm....Harga rumah mahal sangat? Jika belum mampu, mulakan dengan membeli emas dan perak kerana sesungguhnya emas dan perak adalah aset yang mampu milik. Dengan modal RM150 pun anda boleh bermula! Hatta, pelajar sekolah pun sudah boleh mengumpul asetnya dengan menyimpan emas & perak :)

Jika anda masih belum memiliki aset akhirat, mulalah berwakaf hari ini juga. Sesungguhnya wakaf adalah satu-satu caranya untuk kita menukarkan harta dunia agar menjadi hak milik kekal kita di akhirat nanti. Untuk warga Kuching, anda boleh salurkan wakaf anda untuk pembinaan Masjid Matang Jaya ataupun untuk pembinaan Masjid Taman Hussein. Jika anda malas nak keluar dari rumah, anda boleh juga menggunakan kemudahan internet banking untuk menyalurkan wakaf ke Saham Wakaf Johor

Jom hadir ke seminar percuma kami. Kami sedia berkongsi ilmu dan pengalaman. 
Semoga ianya bermanfaat.

Untuk tempahan tempat duduk, segera hubungi:
Haryati Mohd Sarkawi
0198899467 (whatsapp boleh juga)
www.CikguEmas.com

JUMPA ANDA DI SANA, INSYA ALLAH.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger