Home » » Selamat Tahun Baru Cina 2013

Selamat Tahun Baru Cina 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari kedua perayaan sambutan tahun baru cina. Selamat Tahun Baru untuk rakan2 yang merayakannya.  Semoga tahun ular ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan untuk kita semua.

Tai Fook Series ini sangat cantik dan sesuai dijadikan cenderahati bagi sambutan Tahun Baru Cina ini. Bahkan, sangat sesuai dihadiahkan kepada bakal pengantin atau untuk menyambut kelahiran anak.


Saya masih bercuti di kampung halaman di Sibu, Sarawak. Pagi tadi, saya menemankan emak ke pasar. Mak saya memang teliti orangnya...round habis satu pasar, baru mula membeli. Saya ikut saja dari belakang. Sekurang-kurangnya emak exersice jalan kaki di pasar. Hehe...Begitulah sejak saya kecil lagi. Bezanya dulu, saya bawak mak ke pasar naik motorsikal, now dah naik kereta. Dah kami ke pasar awal pagi, kebanyakan ikan yg dijual di gerai masih beku berais. Saya nasihatkan rakan2, kalau boleh beli ikan yang dah cair aisnya. Kalau tak, kita rugi sebab ais pada ikan itu akan menambahkan beratnya.

Pasar besar Sibu, Sarawak ini lengang. Berbeza dgn kebiasaan. Almaklum masih dln mood Raya Cina.


Jalan raya pun lengang. Kalau drive di Sibu ini carefull sikit. Pemandunya...malas saya nak cerita.
Hanya orang Sibu je tahu...Orang Kuching tauk ndakkah...Hihi

Baiklah, jom kita tengok harga emas hari kedua tahun baru cina ini. Siang tadi tiada perubahan. Maybe market China masih close. Tapi malam ini harga mula drop. Best sebab dapat peluang lock semula harga. 
Semalam jumpa prospek PG. Alhamdulillah,  selepas mendapat penerangan, hari ini customer tersebut dah mula lock emas PG. Pagi ini juga saya happy sebab sorang kawan baik, sudah mula ada respons kepada pelaburan emas PG ini. Semoga lebih kawan terbuka hati untuk menyimpan emas bagi menjamin pendidikan anak di masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger