Home » » Sambut "Happy Valentine Day"?

Sambut "Happy Valentine Day"?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

14 Feb setiap tahun, tarikh keramat untuk sesetengah manusia. Kata mereka tarikh ini perlu disambut sempena memperingati Hari Kekasih...Untuk yang muslim, jika masih juga menyambutnya memang dangkal sangatlah ilmu dan iman di dada. Nauzubillah...mintak dijauhkan daripada zuriatku... Jika anda ingin tahu apakah hukumnya orang Islam menyambut Perayaan Hari Valentine, sila ke laman web e-Fatwa ini. Jelas diterangkan dengan terperinci!

Yang pastinya hari ini adalah hari paling mahal bagi harga sejambak bunga. Entah berapalah harga nya ye...Saya bukannya kaki bunga. Tapi tak pe kita tanya Cikgu Google. Pasti ada jawapannya :)

Saya print sreen gambar dari laman web http://www.blooming.com.my
Perhatikan harga bunganya, sama dengan harga 10 dirham - 30 dirham!



10 dirham Public Gold ini berharga sekitar RM125-RM140 sahaja sekarang. 
Jika anak ingin menabung galakkan mereka menabung dalam bentuk "aset mampu milik" seperti ini.
Peribadi, anak-anak saya akan menukarkan wang mereka ke bentuk emas dan perak setiap kali duit simpanan mereka mencecah nilai tertentu. Contohnya, jika duit poket yang tidak dibelanja mencecah nilai RM125, boleh belikan 10 dirham untuk aset mereka :)



Mutakhir, berita di my Metro awal pagi ini. Budak 13 tahun ditangkap khalwat. Astaghfirullah...Saya mohon  wahai ibubapa muslim, take action. Jangan pandang ringan pendidikan agama anak. Jangan serahkan semua nya kepada ustaz/ustazah/guru di sekolah. Tanamkan rasa beriman di hati anak sejak lahir lagi! Di sekolah saya pun, bukannya sedikit pelajar remaja kita yang tidak boleh membaca Al-Fatihah.  Sedih bila melihat anak remaja kita tanpa basic iman ini... Siapa salah? Saya KUAT mengatakan salah ibubapanya.

Ibubapa mesti ada ilmu keibubapaan. Ilmu hari ini bukan sahaja boleh didapati daripada buku. Bahkan tanpa disedari kita boleh bawak ustaz masuk ke dalam rumah kita dengan hanya memasang channel tv yang betul...Maka tiada alasan lagi untuk berkata "kita tiada sumber ilmu"! Kalau takde TV, radio IKIM sentiasa ke udara dengan santapan iman yang sentiasa segar. Anak sulung saya, tahun ini mencecah usia 13 tahun. Saya struggling untuk menjadikan anak remaja saya ini my bff...my best friend forever. Antara tips dr Pakar Remaja, Sentiasa Puji anak remaja kita bila mereka melakukan kebaikan dan  tegurlah mereka dgn kasih sayang jika mereka bersalah. Terangkan apa kesalahan mereka, jangan terus dimarahi. Insya Allah, anak-anak kita bakal menjadi mukmin profesional yang merupakan aset kita di akhirat nanti. Amiin.

Satu lagi tips...Pastikan kita tahu dengan siapa anak-anak kita berkawan. Anak-anak zaman sekarang perlu diterangkan dengan terperinci apa yang boleh, apa yang tidak boleh. Sentiasa meletakkan hukum Allah sebagai garis panduan. Secara peribadi, saya selalu mendoakan jodoh yang terbaik untuk anak-anak walaupun anak saya masih kecil lagi. Sesungguhnya, jodoh yang baik adalah untuk anak yang baik. Semoga berkat doa itu, anak-anak kita menjadi anak yang terbaik. Amiin.

Sesungguhnya Islam tidak menghalang konsep berkasih sayang. Berikut saya petik daripada blog Ustazah Marziana:

1. Bercintalah kerana Allah Taala 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak, "mana orang yang saling mencintai kerana keagungan Ku? Hari ini Ku naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan Ku"

2. Kasih sayang itu menarik rezeki & memanjangkan umur
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan silaturrahim"

3. Kasih sayang sebagai salah satu amalan utama
Riwayat al-Bukhari, Sabda Rasulullah SAW:
"Sembahlah Allah dan jangan mempersekutukanNya, tegakkanlah solat, keluarkanlah zakat dan hubungkanlah kasih sayang"

4. Allah menyayangi orang yang berkasih sayang
Riwayat al-Bukhari, Sabda Rasulullah SAW: 
"Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambanya yang berkasih sayang"
Sabda Rasulullah lagi:
"barangsiapa yang tidak mahu menyayangi, tidak akan disayangi"
"orang mukmin itu menyayangi dan disayangi. tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak menyayangi dan disayangi"


Semoga perkongsian kita pada hari ini bermanfaat.

Jika ingin membeli emas / silver PG, atau ada sebarang persoalan, segera hubungi saya.

1. Untuk view harga emas yang updated, sila layari:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

2. Untuk video youtube saya, jemput ke:
http://bit.ly/ZdE8lM

Haryati Binti Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp boleh)
cgharyati@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger