Home » » Kenapa Harga Emas Drop Malam tadi?

Kenapa Harga Emas Drop Malam tadi?




Harga emas drop lagi malam tadi. Harga terendah sejak Ogos tahun lepas. Kenapa harga drop? Mengikut artikel di bloomberg ini ekoran pelabur optimis yang Krisis Ekonomi di Amerika Syarikat mula pulih. Bloomberg dipetik menyatakan,

"Gold futures slumped below $1,600 an ounce for the first time since August as signals on the U.S. economy spurred optimism, eroding demand for the precious metal as a store of value.
In February, manufacturing in the New York region unexpectedly expanded, and consumer confidence rose to a three- month high, separate reports showed today. Billionaire investors George Soros and Louis Moore Bacon cut their stakes in exchange- traded products backed by gold in the fourth quarter, government filings showed. The Standard & Poor’s 500 index of equities has gained 6.3 percent this year, while gold has dropped 4 percent."

Pendapat peribadi saya mengatakan bahawa ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Selagi US masih berhutang dan krisis kadar pengangguran di negaranya masih belum dapat diselesaikan, selagi itulah harga emas akan terus meningkat. Bagi saya, rebutlah peluang ini. Restock, Restock dan restock. Tidak mustahil, dalam masa sebulan kita sudah boleh breakeven...Tips untuk berjaya jika kita ingin kaut untung emas dalam masa yang singkat ialah MESTI ada ILMU. Hanya dengan ilmu kita dapat mengurangkan risiko dalam apa jua bidang yang diceburi. Jangan lupa, kadar kebergantungan kita kepada Allah juga MESTI TINGGI. Insya Allah. Jika kita berDUIIT (Doa, Usaha, Istiqamah, Ilmu & Tawakkal), tiada yang mustahil :)

Banyak drop tu...Tapi kelebihan untuk customer yang dah letgo emasnya bulan 11 tahun lepas, 
now dah boleh restock :)

Berbalik kepada harga drop tadi, akan ada 3 jenis ekspresi muka pembeli emas pagi ini, ada yang CERIA, ada yang SEDIH dan tidak mustahil ada juga yang MARAH.

Reason Untuk Senyum - Harga emas drop, ada duit extra maka boleh tambah stok
Reason Untuk Sedih  - Harga emas drop, kurang modal, maka tak boleh tambah stok
Reason Untuk Marah - Harga emas drop, Dulu beli emas time harga tinggi, Bila nak untung???

Jom kita join dia yang senyum di celah-celah yang monyok tu :)

Untuk yang sedih, jika modal anda kurang, cuba congak-congak. Kalau dalam sebulan anda mampu untuk menyimpan sebanyak RM180, anda boleh target 'menyimpan' 1 dinar dalam masa 4 bulan lagi dengan lock harga 1 dinar hari ini menggunakan kemudahan EPP iaitu Easy Payment Purchase seperti ini.
EPP, bayar 4 kali dalam masa maksimum 4 bulan. Admin chargenya sangat rendah. 
Hanya 0.5% dikenakan sekali sahaja. Kalau 0.5% bahagi 4 = 0.125% sahaja sebulan.

Saya tidak menyokong arrahnu dan tak pernah menggunakan perkhidmatan ini...maaflah kepada rakan yang menggunakan perkhidmatan ini. Kenapa? Pendapat peribadi saya menyatakan Arrahnu menggalakkan orang berhutang dengan kadar charge yang agak tinggi. Kadar charge yang dikenakan ialah sekitar 0.75% sebulan. Maksudnya 6 bulan dah 0.75% x 6 = 4.5%, kalau 12 bulan (kalaulah) = 9.0%. Jika mereka yang terlibat dengan arrahnu tidak monitor urusniaga mereka dengan sistematik dan mengira betul untung rugi, risiko rugi lebih besar dan lebih banyak adalah tinggi.

Pagi tadi, saya bantu sorang rakan dari Ipoh Perak membuat EPP nya yang kedua. Alhamdulillah. Dah jadi regular customer dah. Beliau pada mulanya nak lock 2 dinar tapi tak pasti nak lock 1 keping 2 dinar or 2 keping 1 dinar. Jika anda berada di Semenanjung saya akan menasihatkan anda pilih 2 keping 1 dinar. Kenapa? Harganya sama. Tiada transport charge. Jika anda di sabah/sarawak, saya cadang pilih 1 keping 2 dinar. Kerana transport charge utk di Malaysia Timur ialah RM10 untuk setiap keping 1 dinar dan RM15 untuk 2 dinar. Dapatlah jimat RM5 kan.  
Niat asalnya nak lock 2dinar sahaja, bila check budget, beliau lock 3 dinar. Alhamdulillah, semoga permulaan yang baik ini akan memberi keuntungan yang berlipatganda kepada beliau. Amiin.

Inilah satu lagi kelebihan Public Gold, kita boleh membantu dan membuat rangkaian kita dari Perlis hingga ke Sabah. Dengan 18 cawangan di seluruh Malaysia, ianya memudahkan customer dan dealer membeli dan menjual stock masing-masing...Sistem online locking Public Gold juga sangat cekap. Anda boleh juga mendaftar sebagai pelanggan dan lock sendiri harga emas sendiri bila ianya mencapai target anda.

Untuk menonton video youtube tentang cara mendaftar percuma, sila klik:
CARA DAFTAR PELANGGAN PG ONLINE


Untuk menonton video youtube tentang cara LOCK HARGA , sila klik:
CARA LOCK HARGA EMAS PERAK PUBLIC GOLD ONLINE


Semoga perkongsian kita pada hari ini bermanfaat.

Jika ingin membeli emas / silver PG, atau ada sebarang persoalan, segera hubungi saya.
Haryati Binti Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp boleh)
cgharyati@gmail.com

1. Untuk view harga emas yang updated, sila layari:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

2. Untuk video youtube saya, jemput ke:
http://bit.ly/ZdE8lM




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger