Home » » Andaikata Company Public Gold tiada lagi, adakah emas PG masih bernilai?

Andaikata Company Public Gold tiada lagi, adakah emas PG masih bernilai?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, it's a new day. Malam tadi semasa mengendalikan Normal Dealer Orientation, seorang peserta bertanya soalan di atas. Soalan yang sangat menarik untuk dibincangkan.
Jika PG tiada lagi, di manakah kita nak jual emas PG?

Jawapan saya:

1. Emas adalah lambang:  kekayaan, kekuasaan, kecantikan & kemenangan

Selagi logam itu adalah emas tulen walaupun tidak mempunyai kad/sijil ketulenan, ianya tetap laku walau di mana sahaja kita berada, hatta di zaman mana sekali pun. Sejak dari zaman Firaun, emas tetap menjadi rebutan dan sentiasa bernilai.


Saya sendiri pernah membawa emas Public Gold ke Habib Jewels..kedai emas berprestij di Malaysia. Terbukti Habib Jewels mahu menerima emas PG jika anda ingin menjualkannya di situ. Sales eksekutifnya pernah membantu rakan saya untuk menguji ketulenan emas PG menggunakan densimeter. Alhamdulillah, confirm emas PG tepat ketulenannya! Baru-baru ini Dealer saya di Sibu, Sarawak mengatakan bahawa kedai emas tradisional di Sibu pun tiada masalah untuk buyback emas PG.  

Menguji ketulenan emas PG menggunakan mesin Densimeter
Gambar: Credit to Wazir Tokey Emas

Densimeter seperti di atas ada disediakan di semua 18 branch PG di seluruh Malaysia. Densimeter boleh digunakan untuk menguji ketulenan emas. Jadi, setiap kali anda collect emas di PG, anda boleh uji ketulenan emasnya. Mesin ini sama seperti yang terdapat di Habib Jewel dan Arrahnu. Hmm...tetiba saya terfikir...ketika anda membeli emas di kedai emas tradisional, pernahkah anda menguji ketulenannya?? Boleh pulak beli tanpa banyak soal tu :)


2. Emas: Aset unggul yang diterima di seluruh dunia pada bila-bila masa

Sumber mengatakan Pelarian Vietnam melarikan diri daripada ketidakstabilan politik negaranya dengan membawa sejumlah emas. Maksudnya mereka menukarkan segala harta milik mereka seperti tanah, ternakan dan rumah ke bentuk emas fizikal lalu membawanya berlayar. Mereka merantau mengikut arah tiupan angin. Di mana mereka terdampar di situlah mereka memulakan hidup baru dengan menukarkan emas mereka dengan duit negara di mana mereka terdampar.


Emas Vietnam iaitu sebuah Negara Dunia Ketiga ini tetap laku di negara maju!

Fakta tambahan:

Matawang di sesebuah negara, hanya confirm sah laku di negara asal selagi kerajaan asalnya masih memerintah. Selagi kerajaan asalnya masih berkuasa, matawang itu akan terus laku. Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah 'kertas' itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas pisang jepun pula tidak laku.

Straits Dollar yang SAH LAKU di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1904-1939


     Wang Pisang Jepun - Laku / Bernilai hanya ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu sahaja!
Jepun menjajah tanah melayu sekitar tahun 1942-1945...3 tahun sahaja tu!

Wang Malaysia dulu-dulu. Masih laku ke di Malaysia?

Perhatikan tulisan pada wang kertas ini...
"Wang kertas ini SAH diperLAKUkan dengan nilai"

Adakah RM kita akan terus laku suatu hari nanti? Tepuk dada, jawablah menggunakan logik dan fakta sejarah ini. Mempelajari Sejarah ini penting kerana dengan mempelajari Sejarahlah baru kita tahu di mana titik permulaan kita. Jika kita kitak tahu dari mana kita bermula, kita mungkin merasakan kita bergerak ke hadapan, tetapi realitinya kita balik ke titik asal! Oleh itu, jom kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara kita yang tercinta, Malaysia ini. 

Emas Public Gold, walaupun tercalar,  tergores atau sumbing sekalipun, ianya tetap bernilai. 
Kalau duit kertas kita terkoyak adakah ianya masih bernilai?

Jika ingin membeli emas / silver PG, atau ada sebarang persoalan, segera hubungi saya.

1. Untuk view harga emas yang updated, sila layari:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

2. Untuk video youtube saya, jemput ke:
http://bit.ly/ZdE8lM

Sedia berkongsi ilmu, semoga ianya bermanfaat,
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp)
cgharyati@gmail.com




1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger