Rebut Promosi Februari: Cara / Langkah Mudah Menjadi Dealer Public Gold!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tinggal 8 hari lagi sebelum promosi menarik bulan Februari ini berakhir.  Promosi tamat pada 28 Februari 2013.
Rebutlah peluang untuk menjadi dealer Public Gold dengan minimum belian sebanyak 100g goldbar.


Berikut adalah contoh belian yang telah dibuat oleh seorang customer untuk melayakkan dirinya automatic menjadi Priority Dealer Public Gold. Kebiasaannya, seorang customer perlu membuat belian sebanyak RM100k dalam 1 resit untuk menjadi Priority Dealer. Hanya dengan promosi bulan ini sahaja belian 500g goldbar menjadikan anda Priority Dealer.


Priority Dealer baru di rangkaian cikguemas.com ini bukan sahaja mendapat free ebook cikguemas.com tetapi juga akan sentiasa mendapat update secara live tentang info terkini untuk menjana lebih keuntungan melalui simpanan emas nya.

Apa kelebihan promosi bulan ini?

1. Dapat menjadi dealer dengan minimum belian yang lebih murah.
    Beli 100g goldbar dapat jadi Normal Dealer
    Beli 500g goldbar dapat jadi Priority Dealer

2. Dapat komisen
    Normal Dealer dapat komisen 1% daripada total belian pertama dan seterusnya
    Priority Dealer dapat komisen 1.5% daripada total belian  pertama dan seterusnya

3. Dapat angpao

    Normal Dealer dapat angpao voucher RM100
    Priority Dealer dapat angpao voucher RM500

4. Boleh buat Purchase With Purchase Silver 1kg dengan diskaun RM50.


Poster ini saya share daripada future Master Dealer saya, Tuan Ahmad Nuurul 'Izzee...
Boleh like fanpage nya di facebook Cahaya Emas



Jika ingin membeli emas / silver PG, atau ada sebarang persoalan, segera hubungi saya.
Haryati Binti Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp boleh)
cgharyati@gmail.com

1. Untuk view harga emas yang updated, sila layari:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

2. Untuk video youtube saya, jemput ke:
http://bit.ly/ZdE8lM

3. Untuk menonton video youtube tentang cara mendaftar percuma, sila klik:
CARA DAFTAR PELANGGAN PG ONLINE

4. Untuk menonton video youtube tentang cara LOCK HARGA , sila klik:
CARA LOCK HARGA EMAS PERAK PUBLIC GOLD ONLINE


10 Sebab Kenapa Emas Public Gold - Tetap Pilihan Terbaik!

Untuk menjadi Master Dealer seperti saya, seorang Priority Dealer Public Gold perlu mempunyai 5 orang Priority Dealer di bawahnya. Untuk menjadi Priority Dealer, cara shortcutnya ialah apabila seseorang customer membeli produk PG bernilai RM100k dalam satu resit. (Psst...bulan Februari ini ada promosi, beli 500g terus dapat jadi Priority Dealer dan dapat lagi angpao RM500).




Persoalannya, mengapa ramai individu nekad membeli emas PG sehingga mencecah nilai RM100 ribu? 
Saya tahu wujudnya company-comapany emas lain tapi tiada customer yang berani untuk lock RM100k seperti  customer Public Gold :)

Berikut adalah antara kelebihan Public Gold.


1. Establish di Malaysia sehingga mendapat pengiktirafan tertinggi dari Jabatan Perdana Menteri pada Hari Pertabalan Yang di Pertuan Agong Malaysia.


2. Spread margin terendah di Malaysia

3. Guaranteed buy back @ jaminan beli semula walaupun bengkok, calar atau sumbing

4. Pilihan emas dan perak ikut kesesuaian bajet


5. Setiap emas dan perak beserta sijil ketulenan.









6. Harga emas update 72 kali sehari ikut pergerakan harga emas dunia


7. Pelbagai promosi pada setiap bulan.
Inilah Promosi Bulan Februari ini. Promosi terbaek untuk anda yang berminat menjadi dealer :)
Hubungi saya ok. Saya sangat sudi dan heppy membanctu anda.

8. Awarded by malaysian book of records as the 1st locally minted gold and silver bar in malaysia. Sudah pasti melalui proses audit yang sangat detail sebelum diberikan pengiktirafan.

9. Promosi yang rancak di akhbar dan juga di TV Tempatan.



10. Last but not least, Public Gold adalah SATU-SATUNYA Syarikat EMAS yang didapati BERSIH dan digugurkan daripada Alert List Bank Negara Malaysia




Public Gold, Ultimate Wealth Protector
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp)
cgharyati@gmail.com

Promosi Beli Emas Gold Bar & Dinar Dengan Kaedah Easy Payment!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Mahukah kalian ku ajarkan cara praktikal untuk memiliki emas 1 dinar ini yang beratnya 4.25 gram dengan budget serendah RM 180Teruskan membaca :)

Jom rebut peluang membeli emas 1 dinar ini. Spreadnya yang rendah (hanya 6%) membolehkan anda untung* menyimpan emas dalam masa yang lebih singkat dan lebih banyak.

Soalan: Berapa berat 1 dinar?
Jawapan: 4.25g meaning to say Harga 1 gram emas ini ialah RM703/4 = RM165* sahaja
*Harga sehingga jam 6 pagi 18/2/13
Selepas jam 6 pagi esok, harga boleh berubah lagi mengikut harga emas antarabangsa

Klik di sini untuk view harga semasa:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121


Promosi: 
Miliki emas 1 dinar ini dengan:
Bayaran RM180/month
dalam tempoh 4 bulan berturut-turut

Cara mendapatkannya:
SMS / Whatsapp ke 019-8899467
atau
Email ke cgharyati@gmail.com

1. Nama Penuh anda
2. No. K.P.
3. No. Telefon
4. Email
5. Lokasi anda

Contoh sales order :



Easy Payment Purchase ini sebenarnya boleh digunakan utk membeli mana-mana produk Public Gold, baik emas dalam bentuk coin (dinar), emas gold bar ataupun silver,  bukannya hanya terhad untuk emas 1 dinar sahaja. Tempoh EPP ialah selama 4 bulan. Bayaran boleh dibuat sebanyak 4 kali. Admin charge hanya 0.5% sahaja daripada harga beli anda. Contoh bagi 1 dinar hanya RM4 sahaja. Post kat atas saya fokus kepada 1 dinar sebab ianya lebih mampu milik sebab dengan modal kurang daripada RM200 pun kita sudah mampu memiliki aset berharga ini :)

Contoh EPP produk selain daripada 1 dinar:


10 gram Gold bar - Spread 8%


10 dinar - Spread 5% sahaja

Anda juga boleh buat EPP kombinasi, produk emas (dinar & goldbar) dan juga silver. 

Jika jumlah EPP dlm 1 resit anda mencecah RM20k, anda akan automatic diberi komisen 1%...maksudnya anda automatic menjadi Normal Dealer PG.

Jika jumlah EPP dlm 1 resit anda mencecah RM100k, anda akan automatic diberi komisen 1.5%...maksudnya anda automatic menjadi Priority Dealer PG.

Segera hubungi saya. 

Setiap belian produk melalui saya akan mendapat 
PERCUMA 
"EBOOK PANDUAN MEMBELI EMAS & PERAK" 

Insya Allah, saya akan guide anda dgn senang hati. Jika anda ada whatsapp, saya akan masukkan anda dlm "Kelas emas online" saya di mana anda boleh bertanya soalan secara live dan saya & rakan dealer di rangkaian cikguemas.com akan membantu anda. Insya Allah.

Segera hubungi,
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp)
cgharyati@gmail.com

Kenapa Harga Emas Drop Malam tadi?




Harga emas drop lagi malam tadi. Harga terendah sejak Ogos tahun lepas. Kenapa harga drop? Mengikut artikel di bloomberg ini ekoran pelabur optimis yang Krisis Ekonomi di Amerika Syarikat mula pulih. Bloomberg dipetik menyatakan,

"Gold futures slumped below $1,600 an ounce for the first time since August as signals on the U.S. economy spurred optimism, eroding demand for the precious metal as a store of value.
In February, manufacturing in the New York region unexpectedly expanded, and consumer confidence rose to a three- month high, separate reports showed today. Billionaire investors George Soros and Louis Moore Bacon cut their stakes in exchange- traded products backed by gold in the fourth quarter, government filings showed. The Standard & Poor’s 500 index of equities has gained 6.3 percent this year, while gold has dropped 4 percent."

Pendapat peribadi saya mengatakan bahawa ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Selagi US masih berhutang dan krisis kadar pengangguran di negaranya masih belum dapat diselesaikan, selagi itulah harga emas akan terus meningkat. Bagi saya, rebutlah peluang ini. Restock, Restock dan restock. Tidak mustahil, dalam masa sebulan kita sudah boleh breakeven...Tips untuk berjaya jika kita ingin kaut untung emas dalam masa yang singkat ialah MESTI ada ILMU. Hanya dengan ilmu kita dapat mengurangkan risiko dalam apa jua bidang yang diceburi. Jangan lupa, kadar kebergantungan kita kepada Allah juga MESTI TINGGI. Insya Allah. Jika kita berDUIIT (Doa, Usaha, Istiqamah, Ilmu & Tawakkal), tiada yang mustahil :)

Banyak drop tu...Tapi kelebihan untuk customer yang dah letgo emasnya bulan 11 tahun lepas, 
now dah boleh restock :)

Berbalik kepada harga drop tadi, akan ada 3 jenis ekspresi muka pembeli emas pagi ini, ada yang CERIA, ada yang SEDIH dan tidak mustahil ada juga yang MARAH.

Reason Untuk Senyum - Harga emas drop, ada duit extra maka boleh tambah stok
Reason Untuk Sedih  - Harga emas drop, kurang modal, maka tak boleh tambah stok
Reason Untuk Marah - Harga emas drop, Dulu beli emas time harga tinggi, Bila nak untung???

Jom kita join dia yang senyum di celah-celah yang monyok tu :)

Untuk yang sedih, jika modal anda kurang, cuba congak-congak. Kalau dalam sebulan anda mampu untuk menyimpan sebanyak RM180, anda boleh target 'menyimpan' 1 dinar dalam masa 4 bulan lagi dengan lock harga 1 dinar hari ini menggunakan kemudahan EPP iaitu Easy Payment Purchase seperti ini.
EPP, bayar 4 kali dalam masa maksimum 4 bulan. Admin chargenya sangat rendah. 
Hanya 0.5% dikenakan sekali sahaja. Kalau 0.5% bahagi 4 = 0.125% sahaja sebulan.

Saya tidak menyokong arrahnu dan tak pernah menggunakan perkhidmatan ini...maaflah kepada rakan yang menggunakan perkhidmatan ini. Kenapa? Pendapat peribadi saya menyatakan Arrahnu menggalakkan orang berhutang dengan kadar charge yang agak tinggi. Kadar charge yang dikenakan ialah sekitar 0.75% sebulan. Maksudnya 6 bulan dah 0.75% x 6 = 4.5%, kalau 12 bulan (kalaulah) = 9.0%. Jika mereka yang terlibat dengan arrahnu tidak monitor urusniaga mereka dengan sistematik dan mengira betul untung rugi, risiko rugi lebih besar dan lebih banyak adalah tinggi.

Pagi tadi, saya bantu sorang rakan dari Ipoh Perak membuat EPP nya yang kedua. Alhamdulillah. Dah jadi regular customer dah. Beliau pada mulanya nak lock 2 dinar tapi tak pasti nak lock 1 keping 2 dinar or 2 keping 1 dinar. Jika anda berada di Semenanjung saya akan menasihatkan anda pilih 2 keping 1 dinar. Kenapa? Harganya sama. Tiada transport charge. Jika anda di sabah/sarawak, saya cadang pilih 1 keping 2 dinar. Kerana transport charge utk di Malaysia Timur ialah RM10 untuk setiap keping 1 dinar dan RM15 untuk 2 dinar. Dapatlah jimat RM5 kan.  
Niat asalnya nak lock 2dinar sahaja, bila check budget, beliau lock 3 dinar. Alhamdulillah, semoga permulaan yang baik ini akan memberi keuntungan yang berlipatganda kepada beliau. Amiin.

Inilah satu lagi kelebihan Public Gold, kita boleh membantu dan membuat rangkaian kita dari Perlis hingga ke Sabah. Dengan 18 cawangan di seluruh Malaysia, ianya memudahkan customer dan dealer membeli dan menjual stock masing-masing...Sistem online locking Public Gold juga sangat cekap. Anda boleh juga mendaftar sebagai pelanggan dan lock sendiri harga emas sendiri bila ianya mencapai target anda.

Untuk menonton video youtube tentang cara mendaftar percuma, sila klik:
CARA DAFTAR PELANGGAN PG ONLINE


Untuk menonton video youtube tentang cara LOCK HARGA , sila klik:
CARA LOCK HARGA EMAS PERAK PUBLIC GOLD ONLINE


Semoga perkongsian kita pada hari ini bermanfaat.

Jika ingin membeli emas / silver PG, atau ada sebarang persoalan, segera hubungi saya.
Haryati Binti Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp boleh)
cgharyati@gmail.com

1. Untuk view harga emas yang updated, sila layari:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

2. Untuk video youtube saya, jemput ke:
http://bit.ly/ZdE8lM




Sambut "Happy Valentine Day"?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

14 Feb setiap tahun, tarikh keramat untuk sesetengah manusia. Kata mereka tarikh ini perlu disambut sempena memperingati Hari Kekasih...Untuk yang muslim, jika masih juga menyambutnya memang dangkal sangatlah ilmu dan iman di dada. Nauzubillah...mintak dijauhkan daripada zuriatku... Jika anda ingin tahu apakah hukumnya orang Islam menyambut Perayaan Hari Valentine, sila ke laman web e-Fatwa ini. Jelas diterangkan dengan terperinci!

Yang pastinya hari ini adalah hari paling mahal bagi harga sejambak bunga. Entah berapalah harga nya ye...Saya bukannya kaki bunga. Tapi tak pe kita tanya Cikgu Google. Pasti ada jawapannya :)

Saya print sreen gambar dari laman web http://www.blooming.com.my
Perhatikan harga bunganya, sama dengan harga 10 dirham - 30 dirham!



10 dirham Public Gold ini berharga sekitar RM125-RM140 sahaja sekarang. 
Jika anak ingin menabung galakkan mereka menabung dalam bentuk "aset mampu milik" seperti ini.
Peribadi, anak-anak saya akan menukarkan wang mereka ke bentuk emas dan perak setiap kali duit simpanan mereka mencecah nilai tertentu. Contohnya, jika duit poket yang tidak dibelanja mencecah nilai RM125, boleh belikan 10 dirham untuk aset mereka :)



Mutakhir, berita di my Metro awal pagi ini. Budak 13 tahun ditangkap khalwat. Astaghfirullah...Saya mohon  wahai ibubapa muslim, take action. Jangan pandang ringan pendidikan agama anak. Jangan serahkan semua nya kepada ustaz/ustazah/guru di sekolah. Tanamkan rasa beriman di hati anak sejak lahir lagi! Di sekolah saya pun, bukannya sedikit pelajar remaja kita yang tidak boleh membaca Al-Fatihah.  Sedih bila melihat anak remaja kita tanpa basic iman ini... Siapa salah? Saya KUAT mengatakan salah ibubapanya.

Ibubapa mesti ada ilmu keibubapaan. Ilmu hari ini bukan sahaja boleh didapati daripada buku. Bahkan tanpa disedari kita boleh bawak ustaz masuk ke dalam rumah kita dengan hanya memasang channel tv yang betul...Maka tiada alasan lagi untuk berkata "kita tiada sumber ilmu"! Kalau takde TV, radio IKIM sentiasa ke udara dengan santapan iman yang sentiasa segar. Anak sulung saya, tahun ini mencecah usia 13 tahun. Saya struggling untuk menjadikan anak remaja saya ini my bff...my best friend forever. Antara tips dr Pakar Remaja, Sentiasa Puji anak remaja kita bila mereka melakukan kebaikan dan  tegurlah mereka dgn kasih sayang jika mereka bersalah. Terangkan apa kesalahan mereka, jangan terus dimarahi. Insya Allah, anak-anak kita bakal menjadi mukmin profesional yang merupakan aset kita di akhirat nanti. Amiin.

Satu lagi tips...Pastikan kita tahu dengan siapa anak-anak kita berkawan. Anak-anak zaman sekarang perlu diterangkan dengan terperinci apa yang boleh, apa yang tidak boleh. Sentiasa meletakkan hukum Allah sebagai garis panduan. Secara peribadi, saya selalu mendoakan jodoh yang terbaik untuk anak-anak walaupun anak saya masih kecil lagi. Sesungguhnya, jodoh yang baik adalah untuk anak yang baik. Semoga berkat doa itu, anak-anak kita menjadi anak yang terbaik. Amiin.

Sesungguhnya Islam tidak menghalang konsep berkasih sayang. Berikut saya petik daripada blog Ustazah Marziana:

1. Bercintalah kerana Allah Taala 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak, "mana orang yang saling mencintai kerana keagungan Ku? Hari ini Ku naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan Ku"

2. Kasih sayang itu menarik rezeki & memanjangkan umur
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan silaturrahim"

3. Kasih sayang sebagai salah satu amalan utama
Riwayat al-Bukhari, Sabda Rasulullah SAW:
"Sembahlah Allah dan jangan mempersekutukanNya, tegakkanlah solat, keluarkanlah zakat dan hubungkanlah kasih sayang"

4. Allah menyayangi orang yang berkasih sayang
Riwayat al-Bukhari, Sabda Rasulullah SAW: 
"Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambanya yang berkasih sayang"
Sabda Rasulullah lagi:
"barangsiapa yang tidak mahu menyayangi, tidak akan disayangi"
"orang mukmin itu menyayangi dan disayangi. tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak menyayangi dan disayangi"


Semoga perkongsian kita pada hari ini bermanfaat.

Jika ingin membeli emas / silver PG, atau ada sebarang persoalan, segera hubungi saya.

1. Untuk view harga emas yang updated, sila layari:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

2. Untuk video youtube saya, jemput ke:
http://bit.ly/ZdE8lM

Haryati Binti Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp boleh)
cgharyati@gmail.com

Banking Scam - Penipuan Di Internet Banking

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Pernah tak anda menerima email seperti ini? Jika anda mempunyai internet banking tetapi jarang menggunakannya pasti anda terkejut besar dengan email seumpama ini. Tidak mustahil anda akan terus respons dan menekan "UPDATE NOW". Inilah yang berlaku kepada individu yang saya kenal rapat sebentar tadi. Katanya semalam, dia terima email seperti ini dan tanpa berfikir panjang dan tanpa curiga dia terus klik Update Now...Kesian...saya tak tahu nak kata apa. Tengahari tadi bila disemak memang sah, Scammer itu telah mengeluarkan RM1500 daripada akaun RHB nya. Kesian. Itulah duit gaji extra bulan ini...untuk belanja peribadi. Alhamdulillah, rumah dan kereta dia dah selesai dibayar.


Apakah nasihat yang patut saya berikan padanya?

"Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang telah berlaku" ?
"Cuba kaji sumber pendapat awak...maybe ada sebab kenapa gaji bulan ini tak berkat" ?
"Awak bayar tak zakat? Mungkin sebab rezeki tak bersih, maka Allah tarik balik sebahagian daripadanya"?

Astaghfirullahalazim...none of the above. Teman baik saya ini sangat BERSIH orangnya. Jangankan berbuat jahat, apatah lagi menipu, menganiaya dan hasad dengki kat orang. Seumur hidup mengenalinya, dialah antara orang terawal yang akan menghulurkan bantuan jika ada rakan2 atau staff2 nya memerlukan. Zakat? Masya Allah...Bukan saja zakat, wakaf dan ibadah qurban pun memang amalannya...

At last saya teringat kata-kata Prof Muhaya di radio IKIM. Katanya, "jika ada orang berhutang dengan kita dan jika dia masih belum membayar hutangnya, selagi kita tidak memakinya, selagi itulah jumlah hutang tadi adalah seumpama kita bersedekah setiap hari." Mungkin itu nasihat yang terbaik. Tidak mustahil Allah ingin menaikkan darjatnya dengan memberinya dugaan seperti ini. Doa saya setulus hati, semoga dia sabar, tabah dan dapat menangani stressnya dengan dugaan hidup ini. Semoga Allah memberikannya rezeki halal yang berkat dan melimpah ruah selepas ini. Amiin.

Now, mari kita kaji bagaimana penipuan di internet boleh berlaku...Kita belajar daripada kelemahan dan kesilapan rakan-rakan.

Robbers don't just use KNIVES, they use the INTERNET too. 
Inilah iklan peringatan yang terpambang di website Maybank. 

Terdapat 3 cara internet banking scammers bertindak iaitu melalui email, panggillan telefon ataupun sms. Berikut adalah cara mereka beroperasi. Untuk penerangan yang lebih detail, sila ke Persatuan Bank Malaysia (The Associations Of Banks In Malaysia)










Perhatikan statement daripada pihak RHB ini...
"Please be informed that the bank will never ask the customer to reveal....."

Semoga artikel ini boleh membendung, dan memberi panduan kepada pengguna internet banking.

Jika ingin membeli emas / silver PG, atau ada sebarang persoalan, segera hubungi saya.

1. Untuk view harga emas yang updated, sila layari:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

2. Untuk video youtube saya, jemput ke:
http://bit.ly/ZdE8lM

Haryati Binti Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp boleh)
cgharyati@gmail.com





Selamat Tahun Baru Cina 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari kedua perayaan sambutan tahun baru cina. Selamat Tahun Baru untuk rakan2 yang merayakannya.  Semoga tahun ular ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan untuk kita semua.

Tai Fook Series ini sangat cantik dan sesuai dijadikan cenderahati bagi sambutan Tahun Baru Cina ini. Bahkan, sangat sesuai dihadiahkan kepada bakal pengantin atau untuk menyambut kelahiran anak.


Saya masih bercuti di kampung halaman di Sibu, Sarawak. Pagi tadi, saya menemankan emak ke pasar. Mak saya memang teliti orangnya...round habis satu pasar, baru mula membeli. Saya ikut saja dari belakang. Sekurang-kurangnya emak exersice jalan kaki di pasar. Hehe...Begitulah sejak saya kecil lagi. Bezanya dulu, saya bawak mak ke pasar naik motorsikal, now dah naik kereta. Dah kami ke pasar awal pagi, kebanyakan ikan yg dijual di gerai masih beku berais. Saya nasihatkan rakan2, kalau boleh beli ikan yang dah cair aisnya. Kalau tak, kita rugi sebab ais pada ikan itu akan menambahkan beratnya.

Pasar besar Sibu, Sarawak ini lengang. Berbeza dgn kebiasaan. Almaklum masih dln mood Raya Cina.


Jalan raya pun lengang. Kalau drive di Sibu ini carefull sikit. Pemandunya...malas saya nak cerita.
Hanya orang Sibu je tahu...Orang Kuching tauk ndakkah...Hihi

Baiklah, jom kita tengok harga emas hari kedua tahun baru cina ini. Siang tadi tiada perubahan. Maybe market China masih close. Tapi malam ini harga mula drop. Best sebab dapat peluang lock semula harga. 
Semalam jumpa prospek PG. Alhamdulillah,  selepas mendapat penerangan, hari ini customer tersebut dah mula lock emas PG. Pagi ini juga saya happy sebab sorang kawan baik, sudah mula ada respons kepada pelaburan emas PG ini. Semoga lebih kawan terbuka hati untuk menyimpan emas bagi menjamin pendidikan anak di masa hadapan.

Seminar Percuma Bulan Februari Oleh Cikgu Emas


Assalamualaikuw wbt & Salam Sejahtera

"There is no substitute for knowledge."

Ilmu pemilikan ASET tidak diajar secara formal di peringkat sekolah. Secara peribadi saya kesal kerana agak lewat membaca buku2 tentang pengurusan kewangan iaitu ketika berumur 27 tahun. 
Buku terawal tentang kewangan yang saya baca ialah "Rich Dad, Poor Dad" oleh Robert Kiyosaki & "Jutawan Dr Planet Jupiter" oleh Azizi Ali. Berbekal ilmu yang ada, saya dan suami mula mengatur budget dan terus bertindak membeli aset. Sesungguhnya, langkah pertama untuk berjaya ialah MESTI ADA ILMU. Langkah no.2 : MESTI BERTINDAK

Alhamdulillah, sekarang 18 thn lagi nak pencen, kami sudah memiliki beberapa buah rumah sewa yang sudah memberi positif cash flow dalam belanjawan kami. Saya dan suami sama-sama makan gaji. Kawan baik saya pernah bertanya, bagaimana kami boleh memiliki rumah sewa yang bukannya 1 dan bukannya 2... sedangkan dia dan suami belum membeli apa-apa aset (walaupun pendapatan keluarga kami hampir sama)!

Jika anda belum memiliki aset dunia, cuba lah memilikki nya sementara kita masih mempunyai rezeki usia yang muda, masih diberi rezeki masa dan rezeki kesihatan. Hmmm....Harga rumah mahal sangat? Jika belum mampu, mulakan dengan membeli emas dan perak kerana sesungguhnya emas dan perak adalah aset yang mampu milik. Dengan modal RM150 pun anda boleh bermula! Hatta, pelajar sekolah pun sudah boleh mengumpul asetnya dengan menyimpan emas & perak :)

Jika anda masih belum memiliki aset akhirat, mulalah berwakaf hari ini juga. Sesungguhnya wakaf adalah satu-satu caranya untuk kita menukarkan harta dunia agar menjadi hak milik kekal kita di akhirat nanti. Untuk warga Kuching, anda boleh salurkan wakaf anda untuk pembinaan Masjid Matang Jaya ataupun untuk pembinaan Masjid Taman Hussein. Jika anda malas nak keluar dari rumah, anda boleh juga menggunakan kemudahan internet banking untuk menyalurkan wakaf ke Saham Wakaf Johor

Jom hadir ke seminar percuma kami. Kami sedia berkongsi ilmu dan pengalaman. 
Semoga ianya bermanfaat.

Untuk tempahan tempat duduk, segera hubungi:
Haryati Mohd Sarkawi
0198899467 (whatsapp boleh juga)
www.CikguEmas.com

JUMPA ANDA DI SANA, INSYA ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger