Home » » Jom beli silver...harganya masih undervalued!

Jom beli silver...harganya masih undervalued!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Petang tadi, saya ke maybank untuk bank in bayaran bulan ke 2, Easy Payment Purchase (EPP) saya. Akhir Disember 2012, saya nekad buat belian 6 kg silver secara EPP. EPP ini membolehkan saya membeli emas atau perak dan membayarnya dalam masa 4 bulan dengan admin charge sebanyak 0.5% daripada jumlah keseluruhan. Kaedah EPP ini bagus jika kita tidak mempunyai cash untuk membayar keseluruhan amaun sekaligus tetapi kita mampu membayar satu jumlah tertentu untuk tiap-tiap bulan. Maksud saya jika kita mampu menyimpan RM200 setiap bulan, maka elok lockkah harga 1 dinar sekarang sementara harganya masih rendah iaitu sekitar RM720. Kita akan dikehendaki membayar 1/4 atau 25% daripada RM720 setiap bulan selama 4 bulan. Pada bulan ke 4 iaitu bulan terakhir, kita boleh collect gold kita. Pada bulan ke 4 tersebut entah-entah 1 dinar sudah mencecah RM750 harganya.

Setiap bulan saya akan membayar 25% daripada jumlah RM22,512 iaitu RM5628. Sila rujuk gambar ini. Perhatikan bayaran yang perlu saya bayar pada bulan ke 2, 3 dan 4. Pada bulan pertama, saya perlu membayar extra 0.5% sebagai admin fee iaitu sebanyak RM113.

Dulu saya beli 1 kg silver dengan harga RM4040. Harga sekarang harganya RM3875...Maka saya beli lebih ketika harganya hanya RM3692 untuk mempraktikkan kaedah pemurataan / averaging.

Lepas bayar EPP, saya sempat update ASB saya dan ASB anak-anak. Sekarang ibubapa dah boleh buka ASB untuk anak-anak seawal usia 6 bulan.

Banker: Rami urang meli emas dr company tok owh..Berpuluh ribu ringgit kamek diat...Untung sik?
              (Ramai orang beli emas dr company ni. Saya nampak berpuluh ribu RM...Untung ke?)
Admin: Alhamdulillah. Nang untung. Kamek suka beli emas compare dengan beli ASB sebab kamek              
treat emas kamek macam saham. Bila rega nait dan kamek dah untung, kamek boleh jualkan terus. Sik perlu tunggu setahun macam ASB. Mun ASB, asal kita ada buat pengeluaran, maka lebih rendahlah untung untuk bulan ya.
(Alhamdulillah. Memang untung. Saya suka membeli emas berbanding ASB sebab saya anggap emas seperti saham. Bila harga naik dan saya dah untung, maka saya boleh terus jualkan. Tak perlu menunggu hujung tahun seperti ASB. Jika ASB, setiap kali kita buat pengeluaran, maka semakin kecillah keuntungan purata untuk bulan tersebut)

Admin: Kitak dah melikah? (Tuan dah beli ke?)

Banker: Belum...Tauk tentang untungnya emas fizikal tapi belum terbukak pintu hati...

Dipendekkan cerita, saya sempat bagi name kad kat pegawai bank tersebut. Dia nampaknya sangat berminat lebih-lebih lagi bila saya kata saya dah jadi Master Dealer dan insya Allah akan buat seminar pertama saya di Branch Kuching pada 23 Februari 2013 nanti. Sempat dia kata nak contact saya nanti...

Bila saya belek buku ASB, barulah saya sedar rupa-rupanya dalam buku ASB, Irdina (my sweet princess) Dina ada tulis, "Adek ada 1 dinar dalam bank" dan dalam buku Ikmal (my genius IT boy) ada catatan menunjukkan belian 100g silver yang Ikmal buat pada bulan oktober 2012. Hmmm...mungkin itulah sebabnya pegawai bank tadi berminat. Alhamdulillah.


100g silver pertama my dear Muhd Ikmal...

1. Untuk view harga emas yang updated, sila layari:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

2. Untuk berkongsi ilmu pelaburan emas & Berkongsi ilmu mendidik anak bijak wang, sila layari:
http://www.cikguemas.com/

3. Untuk video youtube kmk, jemput ke:
http://bit.ly/ZdE8lM

Sedia berkongsi ilmu, semoga ianya bermanfaat,
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp)
cgharyati@gmail.com













0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger