Jom beli silver...harganya masih undervalued!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Petang tadi, saya ke maybank untuk bank in bayaran bulan ke 2, Easy Payment Purchase (EPP) saya. Akhir Disember 2012, saya nekad buat belian 6 kg silver secara EPP. EPP ini membolehkan saya membeli emas atau perak dan membayarnya dalam masa 4 bulan dengan admin charge sebanyak 0.5% daripada jumlah keseluruhan. Kaedah EPP ini bagus jika kita tidak mempunyai cash untuk membayar keseluruhan amaun sekaligus tetapi kita mampu membayar satu jumlah tertentu untuk tiap-tiap bulan. Maksud saya jika kita mampu menyimpan RM200 setiap bulan, maka elok lockkah harga 1 dinar sekarang sementara harganya masih rendah iaitu sekitar RM720. Kita akan dikehendaki membayar 1/4 atau 25% daripada RM720 setiap bulan selama 4 bulan. Pada bulan ke 4 iaitu bulan terakhir, kita boleh collect gold kita. Pada bulan ke 4 tersebut entah-entah 1 dinar sudah mencecah RM750 harganya.

Setiap bulan saya akan membayar 25% daripada jumlah RM22,512 iaitu RM5628. Sila rujuk gambar ini. Perhatikan bayaran yang perlu saya bayar pada bulan ke 2, 3 dan 4. Pada bulan pertama, saya perlu membayar extra 0.5% sebagai admin fee iaitu sebanyak RM113.

Dulu saya beli 1 kg silver dengan harga RM4040. Harga sekarang harganya RM3875...Maka saya beli lebih ketika harganya hanya RM3692 untuk mempraktikkan kaedah pemurataan / averaging.

Lepas bayar EPP, saya sempat update ASB saya dan ASB anak-anak. Sekarang ibubapa dah boleh buka ASB untuk anak-anak seawal usia 6 bulan.

Banker: Rami urang meli emas dr company tok owh..Berpuluh ribu ringgit kamek diat...Untung sik?
              (Ramai orang beli emas dr company ni. Saya nampak berpuluh ribu RM...Untung ke?)
Admin: Alhamdulillah. Nang untung. Kamek suka beli emas compare dengan beli ASB sebab kamek              
treat emas kamek macam saham. Bila rega nait dan kamek dah untung, kamek boleh jualkan terus. Sik perlu tunggu setahun macam ASB. Mun ASB, asal kita ada buat pengeluaran, maka lebih rendahlah untung untuk bulan ya.
(Alhamdulillah. Memang untung. Saya suka membeli emas berbanding ASB sebab saya anggap emas seperti saham. Bila harga naik dan saya dah untung, maka saya boleh terus jualkan. Tak perlu menunggu hujung tahun seperti ASB. Jika ASB, setiap kali kita buat pengeluaran, maka semakin kecillah keuntungan purata untuk bulan tersebut)

Admin: Kitak dah melikah? (Tuan dah beli ke?)

Banker: Belum...Tauk tentang untungnya emas fizikal tapi belum terbukak pintu hati...

Dipendekkan cerita, saya sempat bagi name kad kat pegawai bank tersebut. Dia nampaknya sangat berminat lebih-lebih lagi bila saya kata saya dah jadi Master Dealer dan insya Allah akan buat seminar pertama saya di Branch Kuching pada 23 Februari 2013 nanti. Sempat dia kata nak contact saya nanti...

Bila saya belek buku ASB, barulah saya sedar rupa-rupanya dalam buku ASB, Irdina (my sweet princess) Dina ada tulis, "Adek ada 1 dinar dalam bank" dan dalam buku Ikmal (my genius IT boy) ada catatan menunjukkan belian 100g silver yang Ikmal buat pada bulan oktober 2012. Hmmm...mungkin itulah sebabnya pegawai bank tadi berminat. Alhamdulillah.


100g silver pertama my dear Muhd Ikmal...

1. Untuk view harga emas yang updated, sila layari:
http://www.publicgold.com.my/referral/PG014952/165121

2. Untuk berkongsi ilmu pelaburan emas & Berkongsi ilmu mendidik anak bijak wang, sila layari:
http://www.cikguemas.com/

3. Untuk video youtube kmk, jemput ke:
http://bit.ly/ZdE8lM

Sedia berkongsi ilmu, semoga ianya bermanfaat,
Haryati Mohd Sarkawi
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp)
cgharyati@gmail.com













Peluang keuntungan emas & Perak tahun 2013

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Malam ini harga emas dan perak naik meroket. Perhatikan graf di bawah. Ini berikutan kesan kenyataan dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dalam menyediakan jangka pendek dalam semua arah bagi merangsang ekonomi Amerika Syarikat. Dasar yang menyeluruh ini dilihat positif bagi logam komoditi terutama emas dan perak. Emas didagangkan tinggi +15.9 kini pada USD1679/oz.



Walaupun harga emas dan perak naik tinggi malam ini, sebenarnya jika anda bertindak sekarang, anda berpeluang untuk mendapat pulangan yang tinggi dalam tahun 2013 ini. Perhatikan Purata Kenaikan harga emas dan perak di laman web http://goldprice.org/ ini.

Purata kenaikan harga emas ialah 15.2% setahun. 
Purata kenaikan harga emas untuk tahun 2013 pada tarikh 29/01/2013 ialah -0.9%.
Maksudnya jika harga emas naik 15% tahun ini, kenaikan harga emas anda jika anda beli sekarang ialah 
15 - (-0.9) = 15.9%

Purata kadar kenaikan harga silver ialah 20.7% setahun. 
Purata kenaikan harga silver untuk tahun 2013 pada tarikh 29/01/2013 baru mencecah 3.2%.
Maksudnya jika harga emas naik 20% tahun ini, kenaikan harga emas anda jika anda beli sekarang ialah 
20 - 3.2 = 16.8%

Logam mampu milik. 100g silver sekitar RM400. 100g gold sekitar RM18k.






Siri Ceramah Public Gold Di Seluruh Malaysia Bulan Januari

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Public Gold mempunyai seminar ataupun 'kelas' 2 jam untuk berkongsi ilmu tentang pentingnya membeli dan menyimpan emas kepada individu yang berminat. Di bawah ini saya sertakan jadual seminar untuk bulan Januari di seluruh Malaysia. Speaker-speaker Public Gold akan berkongsi ilmu emas tetapi dengan topik yang berbeza. Maka sangat eloklah jika rakan pembaca sekalian dapat menyertai sebanyak mungkin seminar. Setiap speaker ini ada kelebihan masing-masing. Sama juga macam cikgu di sekolah :)

Jika anda ingin menghadiri kelas ini, boleh email / sms / whatsapp saya di 019-8899467. Jangan lupa berikan nama saya (Haryati Mohd Sarkawi) dan no kod saya (PG014952) sebagai introducer semasa menghadiri seminar nanti. Jika anda sudah menuliskan nama saya sebagai introducer, maka wajib untuk saya memberikan khidmat saya secara personal kepada anda kerana sebaik sahaja anda memberikan nama dan kod saya sebagai introducer, anda secara rasminya telah melantik saya sebagai mentor anda! Alhamdulillah. Insya Allah, saya akan cuba bimbing anda dan jaga anda seperti saya menjaga emas saya sendiri. Percayalah, jarak bukan penghalang :)



1. Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas?
Penceramah: Syukor Bin Hashim


2. Nasihat Pakar Emas Kekayaan & Kejayaan Masa Depan
Penceramah: Haji Mohd Fazli Bin Ismail @ Haji Pokli


3. Strategi Kaya Dan Berjaya DenganEmas
Penceramah: Mohd Faizan Bin Dasuki


4. Mudahnya Menjemput Emas Sebagai Rezeki
Penceramah: Azizah Binti Hassan


5. Kenapa MESTI Emas Public Gold?
Penceramah: Mohd Hasnizam Bin Hj Muda


6. MESTI Bijak Kewangan & Emas Platform SimpananTerunggul
Penceramah: Azman Mohd Nor




Me as Master Dealer...Alhamdulillah :)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa khabar pembaca sekalian. Semoga hujung minggu ini lebih produktif dan dapat luangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Sudah hampir sebulan saya tidak berkesempatan nak update blog. Entah berapalah agaknya pageview cikguemas.com selama saya tak update ni...View this...
Alhamdulillah, masih mencapai angka 200 sehari. Terima kasih kepada para pembaca yang setia.

Sebenarnya Cuti hujung tahun 2012 dulu saya manfaatkan dengan membuat video untuk berkongsi ilmu pelaburan emas yang sekaligus berjaya mempromosikan bisnes Public Gold saya. Dalam masa yang sama, disember lepas saya berusaha keras untuk berkongsi ilmu untuk mencapai mimpi saya menjadi Master Dealer PG.

Untuk menjadi Master Dealer (MD), seorang Priority Dealer (PD), perlu mempunyai 5 orang PD lain di bawahnya. Untuk layak menjadi PD seorang Normal Dealer (ND), perlu mempunyai 5 ND di bawahnya. Untuk menjadi ND pula pelanggan Public Gold (PG) perlu membuat belian sebanyak RM20k dalam 1 resit ataupun accumulate beliannya mencapai RM50k (terkini). Seorang pelanggan boleh shortcut untuk menjadi PD dengan membuat belian sebanyak RM100k dalam satu resit.

Oklah, nak dijadikan cerita. Awal 2012, saya tidak mempunyai impian untuk menjadi MD. Bagi saya sebagai guru sekolah bukannya senang nak pujuk kwn2 beli RM20k...apatah lagi untuk buat belian RM100k. Kenapa sukar bagi saya? Sebab dah saya cikgu, kwn2 saya pun majoritinya cikgu dan cikgi je lah...Saya hanya membeli emas untuk mengelakkan duit gaji saya dimakan inflasi. Dalam erti kata lain, saya ingin mengekalkan nilai wang saya dengan menyimpannya dalam bentuk emas fizikal.

Jun 2012, tanpa diduga seorang hamba Allah dari Brunei menghubungi saya. Mulanya melalui email disusuli dengan phone call dan sms. Setelah berkongsi ilmu, akhirnya En. Hamidoon Jaafar nekad membeli emas PG sebanyak RM100k+. Beliaulah PD pertama saya. Alhamdulillah, saya masih terasa bagai dalam mimpi. Mana tidaknya, saya tidak pernah bersua muka pun dengan PD saya ini. Boleh pula beliau mempercayai saya dan membeli sebanyak itu...Jika anda berada di Brunei dan ingin membeli emas PG, sudi-sudilah menghubungi En Hamidoon di +6738726161. Kalau nak menghubungi saya direct pun takde masalah.

Nov 2012, seorang lagi hamba Allah membeli RM100k. Saya tak boleh nak berkongsi namanya di sini. Ini menjadikan jumlah PD saya 2. Jika saya mampu merekrut 3 lagi PD sebelum 31dec2012, dapatlah saya upgrade menjadi MD.
My 2nd PD...alhamdulillah

Dis 2012, Usaha punya usaha, akhirnya 2 individu yang saya kenal rapat nekad membeli mencecah RM100k+ setiap seorang. Dapatlah 4PD. Short of one more...Subhanallah, Maha Suci Allah yang boleh membolak balikkan hati manusia...Akhirnya, seorang lagi individu yang saya hanya kenal di facebook nekad lock RM100k dan ini menjadikan jumlah PD saya 5 orang. Alhamdulillah, MIMPI saya menjadi KENYATAAN. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

My 3rd PD...syukur alhamdulillah..perhatikan tarikh placed order 28/12/12

My 4th PD...syukur alhamdulillah...perhatikan tarikh placed order 30/12/12 jam 12.35 pagi

My 5th PD...alhamdulillah....perhatikan tarikh placed order 28/12/12 jam 12.49 pagi

Nampak macam senangkan? Sesungguhnya Hanya Allah yang tahu dugaan dan cabaran yang saya hadapi. Dan hanya saya dan suami yang tahu bagaimana kami merancang strategi dan plan untuk mencapai target ini. Yalah, kena ada perancangan, jika pelan 1 tak jadi apa pelan 2. Jika pelan 2 tak jadi, apa pulak plan3. Alhamdulillah. Sekarang dah jadi MD, Insya Allah saya akan terbang tinggi lagi. The moral of the story, saya seru rakan pembaca agar jangan mudah mengalah. Sentiasa amalkan DUIT; 
D - doa
U - usaha
 I -  istiqamah 
T - tawakkal
Saya percaya jika kita bertawakkal dalam apa jua kerja yang kita lakukan, setiap kali ada halangan, akan ada saja jalan keluar yang Allah tunjukkan. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur di atas rezeki yang Allah berikan ini.

Cerita tentang harga emas, harga emas dan perak hari ini berada dekat dengan support line. Maksudnya sangat berbaloi untuk dibeli sebab harga emas dan perak adalah sangat rendah. Kalau beli ketika harga rendah seperti ini, lebih cepatlah untuk kita jual balik untuk mendapatkan keuntungannya.





Jika ingin membeli emas / perak,
walau di mana anda berada,
segera hubungi saya,

HARYATI MOHD SARKAWI
Master Dealer PG014952
019-8899467 (whatsapp pun boleh)
Website: http://www.cikguemas.com/
Video Youtube: http://bit.ly/ZdE8lM




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger