Home » » Konsep Pelaburan Emas & Perak

Konsep Pelaburan Emas & Perak

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sekiranya rakan pembaca mempunyai duit yang memang tidak ada planning nak dibelanjakan dalam masa 2 tahun, elok sangatlah digunakan untuk membeli emas. 

Konsep melabur emas dan perak sebenarnya sama seperti melabur hartanah:
1. Beli
2. Simpan
3. Jual semula


Bezanya, membeli emas tidak secerewet membeli rumah.
Rumah mesti dibeli SEBUAH. Mestilah modalnya BESAR.
Belum pernah ada orang membeli tiang dulu...then beli dinding, then beli atap kan...

Tapi emas dan perak boleh dibeli dengan modal yang lebih kecil. Kalau budget terhad, rakan pembaca boleh beli 1 dinar, sekarang sekitar RM7++, 100g silver bar sekitar RM4++ atau pun 10dirham sekitar RM1++. Tidak perlu sign dokumen dan bayar lawyer seperti ketika membeli rumah.



Satu lagi perkara, bila kita nak jual rumah, kita mesti jual SEBUAH rumah. Mestilah kena buat iklan dulu dan sekali lagi dokumen berjela. Belum pernah ada orang jual tiang dulu...then jual dinding, then jual atap kan...

Emas pula boleh dijual sedikit demi sedikit bergantung kepada berapa duit yang kita perlukan :)

Emas adalah komoditi yang tidak 'dimakan' inflasi. Harganya turun naik disebabkan faktor kekuatan USD dan juga permintaan dunia.
Katakan 10 thn lepas kita ada rm20k. Kita buat 2 investment:
1. RM10k simpan dlm asb
2. RM10k beli emas

Berapakah keuntungan anda? Jom kita kira!

1. ASB

Katakan dividen n bonus purata 10%
Anggaran duit dlm asb termasuk untung sekarang =
RM10k + (rm10k x 10% x 10) = ~rm20k

2. Emas 
Merujuk kepada resit belian cincin sempena kelahiran anak saya pada tahun 2000 ini, 12 tahun lepas rega 1 gram emas sekitar rm40 segram.

Berapakah gramkan emas yang boleh dibeli menggunakan duit RM10k tadi?

RM10k bahagi rm40 = 250g



Now pada tahun 2012, berapakah harga 250g? 
Rujuk website www.cikguemas.com kat ruang belah kanan, rujuk rega PG Sell utk 250g.


Hari ini harga emas 250g ialah sekitar RM44k! Bolehlah dijual untuk mendapat keuntungannya. Bandingkan sahaja dengan anggaran simpanan anda di ASB tadi. 

Harga emas akan terus meningkat. Harga emas tidak akan menunggu kita. Jika kata harga emas hari ini mahal, 10 tahun lepas pun semasa saya membeli cincin yang berharga RM40/gram pun saya kata mahal. Sekarang semua orang kata ,murahnya!

Maka beruntunglah orang yang memulakan pelaburan emas ini lebih awal. Jika ingin membeli emas/perak, saya sangat sudi dan berbesar hati untuk menyumbangkan khidmat nasihat dan jadi mentor yg setia. Jangan segan untuk menghubungi saya. Saya tidak pernah berkata, jika anda menghubungi saya anda mesti membeli emas!

By the way, jika anda sudah mempunyai emas seberat 100g di tangan, anda adalah orang yang sangat beruntung kerana sudah masuk dalam kategori orang yang LAYAK keluarkan zakat emas. Nisab zakat emas ialah 85g. Don't worry, sesungguhnya sesiapa yang mengeluarkan hartanya ke jalan kebenaran, perumpamaannya ialah seperti menanam sebiji benih yang akan bercambah lalu mengeluarkan 7 cabang. Pada setiap cabang akan ada 100 benih tadi! Masya Allah. Jom sama-sama kita jadikan pelaburan emas untuk dunia kita ini juga sebagai pelaburan untuk saham akhirat kita. :)


Untuk menuntut ilmu emas, jemput ke juga ke Youtube CikguEmas.com.

Haryati Mohd Sarkawi
019-8899467 (boleh whatsapp)
cgharyati@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger