Home » » Di Mana Nak Beli Emas Fizikal Di Malaysia?

Di Mana Nak Beli Emas Fizikal Di Malaysia?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semoga pagi Isnin ini, kita semua bersemangat untuk mula menjalankan tugas. Saya pula nak mulakan hari ini dengan berkongsi ilmu daripada seorang rakan dealer Public Gold. Credit to Mr Faizan Dasuki.

Di Mana Nak Beli Emas Fizikal Di Malaysia?

Ada beberapa pilihan, diantaranya dari Bank tempatan, dari kedai emas dan dari penjual Emas Bar & Dinar.

Sebelum ini, bank menjadi pilihan utama untuk membeli seperti Kijang Emas di Maybank atau Maple Leaf Gold Coin dari UOB Bank. Tetapi wujud masalah kekurangan stok disebabkan permintaan yang terlalu tinggi untuk produk Emas Fizikal.




Selain itu, ada juga kekurangan dari sudut lain, iaitu produk Emas mereka tidak boleh dibuka pembalut luarnya, dan pada saya ini merupakan satu kekurangan besar kerana:

PEMBALUT TIDAK BOLEH DIBUKA – Anda tidak berpeluang melakukan pengesahan ketulenan emas tersebut, kerana untuk ujian itu pembalut Emas perlu dibuka, dan jika dibuka Bank tidak akan membeli Emas itu semula.

TIDAK BOLEH DIGADAI – Ini juga menyebabkan emas tersebut tidak boleh digadai, kerana proses gadaian memerlukan Emas tersebut melalui ujian pengesahan ketulenan.

Begitu juga jika anda membeli dari kedai Emas, selain 2 kekurangan diatas, membeli dari kedai Emas juga ada kekurangan tambahan yang lain seperti:

SUSUT NILAI - Spread belian balik yang ditawarkan sangat tinggi, sekitar 25-30%.

HARGA TIDAK SELARAS – Harga mereka tidak selaras dengan harga Emas di pasaran antarabangsa, dan ini akan menyebabkan berlakunya situasi dimana ketika harga Emas antarabangsa turun rendah, tetapi harga mereka tetap kekal tinggi.

Bermakna pembeli akan teraniaya, dan situasi ini memang benar-benar berlaku sejak harga Emas turun pada bulan September 2011 mencecah paras sehingga RM16x segram, tetapi harga mereka tetap berada sekitar RM195 – RM210 segram.

Saya sendiri telah melalui pengalaman membeli emas dari Kedai Emas ketika pertama kali membeli Emas Fizikal sebagai Pelaburan pertama saya, dan kekurangan diatas adalah hasil pengalaman yang saya lalui sendiri.

Setakat ini, saya membeli emas dan perak fizikal daripada Public Gold dan ciri2 serta kemudahan yang disediakan masih lagi yang terbaik dengan kemaskini harga yang selaras dgn harga emas dan perak antarabangsa dan kadar susut nilai produk emas yang terendah di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger