Home » » Alhamdulillah,Triple Bonus in 1 Day!

Alhamdulillah,Triple Bonus in 1 Day!


Jumaat, 9 Nov 2012

Tarikh yang tidak mungkin saya lupakan. Hari ini berlaku 3 perkara penting dalam hidup saya sebagai seorang ibu dan juga sebagai seorang Priority Dealer Public Gold. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana menganugerahkan saya dengan rezeki yang melimpah ruah seperti ini. Saya doakan agar rakan pembaca semua pun bahagia dengan rezeki yang Allah kurniakan. Amin.

My Bonus No. 1 - Ikmal dapat Anugerah Kokurikulum:

Hari ini diadakan Majlis Graduasi Pelajar Tahun 6 SJK Chung Hua No. 4 bertempat di Dewan INTI College, Kuching. Jika keputusan peperiksaan UPSR diumumkan semalam, hari ini pastinya kita tahu siapa dapat 7A, 6A, 5A dan seterusnya. Secara peribadi bagi saya, ada baiknya juga result keluar lewat sikit iaitu pada 19 November 2012. Kenapa baik? Baik supaya Ikmal dan kawan-kawannya dapat  meraikan hari terakhir beruniform putih biru ini dengan happy, tiada diskriminasi daripada segi siapa dapat straight A's atau tidak.  
Mama sungguh bahagia melihat Ikmal boleh bergelak ketawa dengan sahabat karibnya, Naseerul...next year mereka menyambung study di sekolah menengah yang berlainan...

Bersama Ustaz Salam (kiri) dan Ustaz Syafiq (kanan)
SJK Chung Hua No. 4 mempunyai lebih daripada 100 orang pelajar muslim...saya kira sek aliran cina yang paling ramai bilangan pelajar muslimnya di sekitar Kuching...
Surprised! Mama sik tauk pun Ikmal dapat Anugerah Kokurikulum. I'm so proud of you Mal :)
.

Next year insyaAllah anak mama akan masuk Form 1. Uniform dah lain dah next year! Mengenangkan jasa guru-guru yang mengajar dan mendidik Ikmal, saya berusaha untuk belikan hadiah untuk guru-gurunya. Bila dilistkan, rupa-rupanya Ikmal ada 14 guru yang mengajarnya sejak dari Tahun 1.  

 Hadiah flash drive 8 Gb untuk 12 orang guru...Pasti berguna untuk kerja sekolah cikgu :) 

Baju kurung untuk Miss Siew - Guru Kelas 6 Kuning 2012...Best teacher ever!
Miss Siew suka membincangkan isu semasa dalam akhbar dalam kelasnya...Ikmal selalu cerita, tu yang saya tahu :)

Ikmal bersama Miss Siew..."Xie Xie Lao Shi"...translate "Terima kasih cikgu"

Kemeja untuk Mr Andy Lau - Guru pembimbing Ikmal dalam pertandingan Eureka & Saintis Muda sejak 2010-2012. Mr Andy berjaya membawa Ikmal ke Pertandingan Eureka peringkat Kebangsaan bertempat di Sepang, Selangor 2011!

"Ikmal akan rindu cikgu..."...Mr Andy Lau...kawan baik mama jugak :)

Tersentuh hati saya bila Ikmal greet semua cikgu-cikgunya dengan 3 point penting, 

1. “Teacher, thank you so much for teaching & guiding me”
2. "Please forgive me teacher"
3. "Please pray for me, teacher"

Walau pun majority cikgu-cikgu Ikmal adalah berbangsa Cina dan tidak beragama Islam, bagi saya tidak salah Ikmal mohon doa cikgunya. Jasa guru-guru tidak terhingga. Sepanjang 6 tahun di sekolah rendah, ada kalanya Ikmal mengadu cara / ilmu yang gurunya ajar...Inilah jawapan saya setiap kali Ikmal complain...

Ikmal: Mama, cikgu ikmal kata......bla..bla..bla....
Mama: Bang, setiap cikgu ada caranya yang unik untuk ngajar. Mun katakan cikgu TERsalah kata pun, nya tetap cikgu Ikmal. Cikgu yang TETAP ikmal patut respect. Semua cikgu maok nanggar student nya berjaya, cuma mungkin caranya sik sama....Pangkat cikgu  sama level dengan mama & abah Mal...Dengar cakap cikgu...mun sik setuju dengan pendapat cikgu pun, Ikmal perlu argue dengan sopan...Jangan sekali-kali bertinggi sora dengan cikgu!

Semoga anak mama terus cemerlang dan bakal menjadi Enterpreneur Mukmin oneday...Amin.

My Bonus No. 2 - 1st time jadi Speaker Normal Dealer Orientation:
Slide sumber inspirasiku dalam pelaburan Emas

Alhamdulillah, 8.30 - 10.30 malam pula saya berpeluang menjadi speaker untuk Public Gold. Bagi saya ini adalah satu penghormatan yang Public Gold berikan. Walaupun ada rasa gelabah, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. InsyaAllah jika berpeluang lagi, it will be better...

CikguEmas: I have 2 dreams....InsyaAllah, i'm working on it!

My Bonus No. 3 - Berjaya Rekrut Priority Dealer Kedua:
Alhamdulillah berjaya rekrut sorang lagi Priority Dealer. Ini menjadikan bilangan Priority Dealer di bawah rangkaian Cikgu Emas.Com sebanyak 2 orang. Saya akan bimbing dealer di bawah saya dengan sebaik mungkin dari segi ILMU pelaburan emas yang tepat. Semoga kita terus berjaya.

Dengan menyimpan emas menggunakan modal sebanyak ini, saya target dealer saya berjaya mendapat at least 15% profit per year. 15% daripada RM100k ialah RM15k. RM15k ini boleh digunakan untuk membawa family pergi melancong :) Bagaimana caranya? Cepat-cepat hubungi saya sebelum harga naik tinggi mulai minggu depan!

Jika saya mampu merekrut 3 lagi Priority Dealer dalam baki tahun 2012 ini, insyaAllah tahun depan saya boleh upgrade menjadi Master Dealer. Bolehkah? InsyaAllah tiada yang mustahil. Saya percaya jika betul caranya, jujur dengan ILMU Allah ini, insyaAllah akan dipermudahkan. Amin.


Jika rakan pembaca ingin membeli emas / perak Public Gold, hubungi saya pada bila-bila masa, sekarang dah cuti sekolah. Handphone saya tidak dalam mode SILENT lagi pada belah pagi.
Whatapps pun boleh.

Hubungi saya segera,

HARYATI MOHD SARKAWI
019-8899467
cgharyati@gmail.com





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger