Home » , » Kenapa Masih SESUAI Membeli Emas Walaupun Harga Sedang Naik Tinggi?

Kenapa Masih SESUAI Membeli Emas Walaupun Harga Sedang Naik Tinggi?

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, bermula awal September 2012 sehingga hari ini harga emas mula menaik. Kalau ikut rekod 2011 pun memang pada bulan September 2011, harga emas mencecah nilai maksimum setakat ini. Untuk saya dan rakan-rakan yang sudah membeli emas pada awal tahun ini, memang kami sudah pun "untung" kerana harga emas sudah pun meningkat sehingga mencecah 10%.

Sempena Hari Guru 2012 yang lalu, saya membeli 3 keping 10g goldbar dengan harga RM1680. Sekarang harganya mencecah RM1904

Berapa kenaikan harga 10g goldbar saya dalam masa 5 bulan (Jun-Okt)? 

[(1904-1680)/1680 ] x 100% = 13%

13% dalam masa 5 bulan. Not bad kan? Alhamdulillah.

Kenaikan yang tinggi ini disokong oleh kebetulan pembelian tersebut dilakukan pada masa harga emas rendah. Maksudnya harga dekat dengan garisan support.

Sekarang pula harga emas sedang menokok. Latest news, hari ini harganya sudah melepasi paras Resistance USD1795/oz menyamai harga pada 1 Nov 2011. 

Harga resistance telah berjaya dilepasi! Kini harga emas bebas mendaki tanpa sebarang rintangan.

Maka persoalannya sekarang, 

1. SESUAI tak kita BELI EMAS sekarang?
Memang sangat sesuai sebab harga emas tengah "Uptrend".

2. Tapi kan HARGA tengah NAIK sekarang ni?
Ye betul...memanglah kalau tengah Uptrend harga akan naik dan terus naik.. melainkan kalau tengah downtrend baru harga akan turun dan terus turun, jadi selama mana trend nya masih kekal berterusan, anda akan sering melihat pergerakan harga yang akan sentiasa naik berbanding pergerakan harga menurun.

3. Jadi boleh la beli sekarang?
Bukan setakat beli dari sekarang je yang memang boleh, tapi sejak 10 tahun lepas memang dah boleh beli.

4. Walaupun harga tengah naik?
Ye..! Kan memang kita nak lepas beli harga terus naik? Jadi tunggu apa lagi?

Haha...jom saya pun nak mula beli sebelum harga terus naik tinggi :)

Ilmu emas ini saya kongsi daripada Saudara Faizan Dasuki (www.pelaburjutawan.com) semoga beliau terus berjaya berkat ilmu ikhlasnya. Amin.
Saya sudah membeli dan menjadi penyimpan dan pelabur emas. Anda?
Jika ada sebarang persoalan, saya sedia dihubungi pada bila-bila masa.

HARYATI MOHD SARKAWI
Authorised Priority Dealer Public Gold
019-8899467 (boleh whats apps)
cgharyati@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger