Home » » Jom sertai ibadah Qurban

Jom sertai ibadah Qurban

Assalamulaikum w.b.t.

26 Oct 2012, 5 hari lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidiladha. Untuk rakan-rakan yang ingin menjalankan ibadah Qurban, Muslim Aid Asia boleh menjadi pilihan anda. Alhamdulillah, saya dan suami sudah mengikuti program ini beberapa tahun. Kenapa Muslim Aid Asia menjadi pilihan kami?
Pihak Muslim Aid tahun ini 1432/2012 menawarkan harga RM380 untuk satu bahagian qurban penuh. Ini termasuk bagi harga seekor kambing biri-biri, penyembelihan, proses masakan, pengetinan, penghantaran dan pengagihan. Pada tahun lepas, hasil Qurban telah memberi manfaat kepada ramai golongan yang memerlukan seperti mangsa gempa bumi Pakistan, golongan kebuluran di Sudan dan Somalia, mangsa banjir Yaman dan mangsa perang di Gaza serta anak-anak yatim dan golongan miskin dan susah di Malaysia telah mendapat bantuan tin daging qurban ini.
Untuk menempah perkhidmatan sila klik di sini: MUSLIM AID ASIA

Petikan daripada Website Muslim Aid Aia,

"Dalam melaksanakan program Qurban For Life ini, anda mendapat jaminan bahawa syarat-syarat sah qurban dipenuhi mengikut hukum syara'
  • Kami melaksanakan penyembelihan pada hari yang ditetapkan semasa EidilAdha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
  • Penyembelihan dilakukan dipusat-pusat yang bertauliah dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Binatang peliharaan juga adalah yang terpilih khas untuk qurban
Penyembelihan ini dilakukan di rumah-rumah penyembelihan terpilih di Australia yang diiktiraf oleh JAKIM dan diawasi ketat oleh Muslim Aid Australia, sebuah organisasi kebajikan yang diiktiraf oleh Persekutuan Majlis Agama Islam Australia. Muslim Aid Australia juga adalah merupakan penandatangan kepada peraturan dalam Kod Tatacara Majlis Pembangunan Antarabangsa Australia (ACFID). Pematuhan secara sukarelawan ini menunjukkan komitmen Muslim Aid terhadap amalan beretika dan tanggungjawab kepada masyarakat."


Bercakap tentang Hari Raya Aidil Adha ataupun senang kita panggil Hari Raya Haji, menunaikan haji di Mekah ialah Rukun Islam Ke 5. Ibadah ini hanya diwajibkan untuk umat Islam yang mampu sahaja. Jika kita tahu kelebihan ibadah ini pastinya kita akan berusaha untuk berada dalam golongan orang yang mampu! Alangkah bahagianya jika kita mampu ke Tanah Suci Kota Mekah dan Madinah lebih awal, ketika mana kita masih muda. Ketika mana kesihatan kita masih di tahap 'tiptop'?

Bagaimanakah untuk merealisasi impian anda?

Satu caranya ialah dengan menyimpan wang  dalam bentuk emas dan perak.
Sesungguhnya dinar dan dirham adalah satu2nya matawang yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis. Bukannya RM atau USD atau apa jua matawang yang lain.

Jadilah muslim profesional yang "perasan" kelebihan emas dan perak ini. Tabungan kita dalam bank menggunakan RM & USD sentiasa menjadi mangsa INFLASI. Sedangkan emas dan perak tidak dipengaruhi inflasi. Emas & Perak 'kalis' inflasi.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. 1 dinar boleh digunakan untuk membeli 1 ekor kambing.
Sekarang harga 1 ekor kambing sekitar RM750. Harga seekor kambing sekarang juga sekitar RM750. Maksudnya, harga seekor kambing masih lagi 1 dinar!
Kalaukah USD atau RM wujud pada zaman Rasulullah dulu entah berapalah harganya! 1 sen ke? Haha...

Inilah bukti menunjukkan dinar dan dirham kalis inflasi!



Jom hubungi saya 019-8899467 (boleh whatsapps) / email cgharyati@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger