Home » » Jom Bayar Zakat Emas Perak

Jom Bayar Zakat Emas Perak

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Seminggu dua ini kita dikejutkan berita tentang pelaburan emas. Bunyinya sungguh menakutkan. Pelabur kerugian beratus ribu. Sejujurnya Public Gold juga disenaraikan dalam list pelaburan yang mencurigakan oleh Bank Negara Malaysia pada minggu lepas iaitu pada 27/09/2012.

Perhatikan list no. 62. Klik ini untuk website BNM 

Saya susah hati tak? Perasan yang sukar dimengertikan. Tipulah kalau saya kata saya tak terpengaruh langsung :) Jika ditanya dengan lebih spesifik, jawapannya saya 10% susah hati. Maksudnya perasaan susah hati itu bolehlah diabaikan sebab 90% lagi hati saya selalu senang. Alhamdulillah. Praise be to Allah kerana mengurniakan saya dengan suami yang penyayang & understanding, anak-anak yang sempurna sifatnya, ibubapa yang daripda golongan yang baik-baik, adik-beradik ipar duai dan rakan-rakan yang sentiasa ada di kala saya memerlukan... Alhamdulillah. Sebagai seorang ibu dan guru, saya lebih susah hati dengan keputusan UPSR anak saya dan keputusan SPM pelajar-pelajar saya. Haha!

Kenapa saya tak susah hati? InsyaAllah, nama PG akan dikeluarkan daripada list BNM tersebut dalam masa terdekat. Nantilah saya taipkan artikel ok. Biar confirm dulu. Sekali lagi soalan: Kenapa saya tak susah hati?  Sebenarnya keputusan melabur emas PG ini saya ambil selepas berbincang dengan mendalam bersama suami tersayang. Tak cukup dengan itu, saya juga nekad buat solat istikharoh. Selesai solat, hati saya kuat mengatakan, "Jika Allah redha, rezeki ini akan tetap menjadi milikku sampai bila-bila. Jika sebaliknya yang berlaku, aku tetap redha kerna ku tahu segala yang aku milikki ini sesungguhnya milik Allah swt"
250g? Nisab emas 85g. Maka kalau 250g emas ini dah disimpan selama setahun, maka wajiblah dikeluarkan zakat emas dengan jumlah 2.5% daripada harga semasanya.

So, here i am...3 hari lagi 10.10.12 tepat setahun saya menjadi dealer PG. 3 hari lagi saya pun dah wajib bayar zakat emas sebab dah cukup haul dan nisabnya. Sejujurnya emas yang saya beli setahun lepas, masih belum boleh saya jual kerana harga PG BUY nya masih lebih rendah daripada harga PG SELL semasa saya membeli emas saya dahulu. Sebenarnya saya dah boleh jual berkali-kali emas pertama saya untuk mendapat multiple keuntungan, malah dalam masa sebulan pun dah boleh untung tetapi ilmu pada masa itu tidak mengizinkan. Belum cukup ilmu bah. Now after one year, everyday monitor harga & graf emas, saya lebih confident untuk mula mengatur strategi dan insyaAllah target untuk menjadi Master Dealer dalam masa terdekat. With knowledge, nothing is impossible. Amin.

Bagaimana nak bayar Zakat Emas & Perak ini? Maklumat di bawah saya copy dpd Lembaga Zakat Selangor

Zakat Emas & Perak


Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).

Dalil Wajib Zakat:

“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
Surah At-Taubah: (34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)


Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:


  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
    • Katakan harga semasa ialah RM 141 se gram
      900 gram x RM169.57* (rate di Sarawak pada 10.10.2012) x 2.5% = RM3815.33


  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
    • Katakan harga semasa ialah RM 141 se gram
      90 gram x RM169.57* (rate di Sarawak pada 10.10.2012)  x 2.5% = RM 381.60
  • Perak
    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
    • Timbangan perak x harga semasa x 2.5%
    • 800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

    • Harga semasa? InsyaAllah saya akan update artikel ini dalam masa 3 hari, selepas saya hubungi baitulmal Sarawak untuk membayar zakat emas saya :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger