Home » » Genneva Malaysia Sdn Bhd Akhirnya Diserbu!

Genneva Malaysia Sdn Bhd Akhirnya Diserbu!

Operasi serbu bersama ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd

2012/10/01 - 19:10:37 PM

Keratan akhbar pada 28 September 2012 yang lepas. Credit to: Encik Faizal Yusof :)

KUALA LUMPUR: Satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya hari ini oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, serbuan itu dilakukannya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura turut melakukan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura.

"Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati melabur wang masing-masing bagi mengelak menjadi mangsa aktiviti haram dan melanggar undang-undang," kata BNM.

Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas.

Syarikat itu mempunyai sekutu di Singapura, China, Hong Kong dan Filipina. - BERNAMA

ORIGINAL SOURCE: BERITA HARIAN ONLINE  & BNM

Artikel terdahulu tentang syarikat Geneva : http://www.cikguemas.com/2012/03/genneva-gold-sdn-bhd-newspaper.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger