Home » » Selamat Berjuang Untuk UPSR 2012!

Selamat Berjuang Untuk UPSR 2012!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Admin cikguemas.com ingin mengucapkan selamat berjuang kepada anak-anak pelajar kita yang menduduki peperiksaan UPSR bermula hari ini iaitu 11 Sept 2012 sehingga 13 Sept 2012. Semoga anak-anak kita mampu menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan penuh keyakinan. Semoga usaha selama ini akan membuahkan hasil yang cemerlang. Amin



Anak sulung saya juga menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Uniknya Ikmal bersekolah di sekolah jenis kebangsaan. Kalau target straight A bermaksud 7A lah...Mampukah dia? Jika dikenangkan kembali tujuan saya menghantar anak ke sekolah cina, saya tidak sepatutnya meletakkan harapan terlalu tinggi untuk 7A tersebut. Kenapa? Tujuan asal saya hanyalah ingin melihat anak saya fasih berbahasa Mandarin. Bukannya mahir menulis dan membaca dalam bahasa Cina. 12 tahun lepas, saya dan suami nekad dengan perjanjian ini: "Katakan bila Ikmal masuk darjah 4 dan sikda sigik pun perkataan mandarin keluar dari mulutnya, kita pindahkanlah nya ke sekolah biasa". Alhamdulillah sasaran kita sudah tercapai. Kedua-dua anak kami boleh berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin dengan fasih. Alhamdulillah...

Sejujurnya saya tidak mahu anak-anak stress pada usia yang masih terlalu muda. Saya mahu anak-anak menikmati zaman kanak-kanak yang manis untuk dikenang. Sama seperti zaman kanak-kanak kita 30 tahun lepas :) Balik sekolah, lepas makan tngahari, buat homework then bebas bermain di halaman rumah...main roundes, main cengkek, main kaki tiga, main asen... bermainlah sepuasnya pada waktu petang. Saya percaya rakan-rakan yang sebaya dengan saya tidak pernah pergi tuisyen semasa di sekolah rendah. Maka, pada awal tahun ini saya beri 5 pilihan kepada my dearest Ikmal. Apa pilihannya?

A: Target Straight A UPSR dengan tuisyen
B: Target Straight A UPSR tanpa tuisyen
C: Target Bukan Straight A UPSR dengan tuisyen
D: Target Bukan Straight A UPSR tanpa tuisyen

Agak-agak apa pilihan Ikmal? Alhamdulillah, indeed he is smart. He chose "B"... Target Straight A UPSR tanpa tuisyen! Frankly speaking, saya susah hati juga takut takut Ikmal buat pilihan "D"...hehe...
Dalam Pra UPSR pertama dulu Ikmal mendapat 4A, 1 B (BM) dan 2C (BCina)! Dalam Pra Upsr kedua pula, BM dah naik jadi A. Bahasa cina masih C untuk kedua-dua papernya. Apa-apapun, saya kena balik ke niat asal saya menghantar anak ke sekolah cina :) By the way, sila klik di sini untuk My Son's UPSR Challenge: RM10 Vs 1 Dinar...
1 dinar hadiah khas untuk 7A UPSR 2012...Semoga dimakbulkan. Amin..

Untuk ibu bapa yang nak download soalan percubaan 2012 UPSR negeri- negari lain sila klik di link berikut: Koleksi Soalan Percubaan UPSR Negeri-Negeri 2012

Anda mungkin juga berminat untuk :
 Koleksi Soalan Percubaan PMR Negeri-Negeri 2012
 Koleksi Soalan Percubaan SPM Negeri-Negeri 2012 (akan dikemaskini sebelum 31 Oktober 2012)

Untuk ibubapa yang ingin membeli 1 dinar atau 10 dirham untuk motivasi anak, masih belum terlambat, hubungi saya segera...019-8899467 @ cgharyati@gmail.com

10 dirham, kini berharga sekitar RM140 adalah produk mampu milik, mempunyai corak menarik dan sangat sesuai dijadikan souvenior atau cenderahati untuk orang tersayang :)


Jika ada persoalan, sila berhubung terus :)
Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer (PG014952)
019-8899467 (boleh juga whats apps)
cgharyati@gmail.com
Facebook: Haryati Mohd Sarkawi

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger