Home » » Positive Thinking & Target Towards Financial Freedom

Positive Thinking & Target Towards Financial Freedom

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hari ini bertempat di Bangunan Mahkamah Lama Kuching, pelajar saya sedang bertarung dalam Pertandingan The Formula One Technology Challenge Peringkat Negeri 2012. All the best to F1 Team of SMKBL. Saya pernah membimbing pelajar dalam pertandingan ini bermula pada tahun 2007 hingga 2010. Setiap tahun team kami berjaya mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan. Team Light Speed (2007), Team Excel Vision (2008), Team Chronos Breaker (2009) & Team Excel Vision (2010). Semuanya mencorakkan dan mewarnai hidup saya dengan pengalaman suka duka sebagai seorang guru. Walaupun cintakan F1 Inschools, saya terpaksa mengundur diri disebabkan isu yang dot.dot.dot....Biarlah rahsia...Apapun all the BEST to my school team :)

Semalam pula, dalam Pertandingan Ikon Saintis sempena Karnival Sains Dan Inovasi anjuran Jabatan Meteorologi Sarawak, bertempat di Waterfront Kuching pelajar yang saya bimbing, Adik Abel Gerard Law berjaya merangkul tempat pertama...Sesungguhnya Abel sangat berbakat. Tidak sukar untuk membimbingnya...Tahniah kepada ibubapanya yang telah berjaya melatih anaknya berfikiran positif sejak dari kecil lagi. Mungkin juga kerana namanya Abel...bunyinya macam "able"...maka setiap kali kita memanggilnya kita mendoakan dia "BOLEH" dalam jua bidang...that make sense, right? Maka, saya seru ibubapa muda, panggilkan anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik...insyaAllah ia akan mempengaruhi personaliti dan pencapaian anak-anak kita :)

Mr Abel Gerard Law a.k.a. Sir Isaac Newton with my kids, Muhd Ikmal Hakimi & Irdina Hani... 
Semoga anak-anak mama pun sentiasa berfikiran positif, humble, bijak dan sedia menerima cabaran seperti Abg Abel :)

Bercakap tentang berfikiran positif, saya sentiasa berfikiran positif dalam pelaburan emas dan perak tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang guru. Bukan nak masuk bakul...I have my own target in my investment and in my core business and of course in raising my own kids. Sejujurnya saya sangat SUKA mengajar, bahagia melihat perubahan positif pada tingkah laku pelajar-pelajar selari dengan peningkatan ilmu akademik yang mereka miliki. Tetapi...sebagai seorang manusia biasa adakalanya saya kurang setuju dengan perubahan pendidikan yang seringkali membebankan guru...juga dengan sifat pelajar yang mungkin terlalu dimanjakan ibubapa sehingga menjadi begitu angkuh walaupun pandai...Apalah gunanya jika pandai tetapi angkuh, betul tak? Maka, saya berusaha untuk mencapai financial freedom dalam masa 5 tahun, insyaAllah. Jika berjaya, impian saya ialah untuk terus melakukan kerja amal...masih lagi mengajar anak-anak tetapi dengan cara saya yang tersendiri. Amin. Jika kebetulan ada rakan-rakan yang mengenali mana-mana penerbit buku membaca artikel ini, saya mohon bantuan. Saya sedang menulis buku Sains & Mathematics yang saya kaitkan dengan Islam. Buku ini difokuskan kepada anak-anak kecil...toddler....Apa yang menariknya ialah semua illustrasi dalam buku-buku ini ialah hasil lukisan anak-anak saya sendiri. Klik di sini untuk membaca e-book kami: www.AforAllah.com

Tidak salah kira menanam cita-cita tinggi...
Sesungguhnya bak kata Muhammad Ali, "To be the greatest, U must believe that U are the BEST"

CONCLUSION:
We can manipulate GOLD & SILVER investment to achieve FINANCIAL FREEDOM. 
My dear friends, we must react now. Come and join me :)


Jika ada persoalan, sila berhubung terus :)
Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer (PG014952)
019-8899467 (boleh juga whats apps)
cgharyati@gmail.com
Facebook: Haryati Mohd Sarkawi

2 comments:

ckynnogha78 said...

Ktk boleh selagi ada usaha, ikhtiar bah. Moga mencapai apa yg ditarget dlm hidup. Jd Cikgu kinek tok nang mencabar. Mala jak tukar kaedahnya. Tp Kmk believe... Cikgu2 smua dpt ikut aliran semasa menteri pelajaran. Sabar jak. Tp minat ada... Xda masalah. Like myhabibysuperb.blogspot juak cikgu. Thanks!

Rasli Rais said...

Amin...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger