Home » » Harga emas dah naik! Patutkah saya menjual stok emas saya?

Harga emas dah naik! Patutkah saya menjual stok emas saya?

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semalam pelabur emas mula tersenyum lebar. Alhamdulillah harga emas sudah naik dan para pelabur yang bijak sudah mula boleh menuai hasil. Menyedari hal ini, awal pagi lagi saya dah canangkan kepada rakan-rakan dan pelanggan saya, "Untung dah cecah 8% - 10%, dah boleh jual dah..." Tapi rata-rata feedback yang saya terima ialah
1. "Saya mahu tunggu lagilah. Tunggu harga naik lebih tinggi, baru saya mahu jual".
2. "Ala saya ada satu ketul saya 20g...sayang mahu jual"
3. "Rugilah nak jual...nanti mana nak dapat harga yang sama"

Yang bestnya ada jugak customer saya kata, "Sayanglah mahu jual, emas saya sikit sahaja. Bila harga nak turun lagi? Saya nak tambah stok, lepas itu barulah saya mahu praktik cara u (Beli, Jual bila harga tinggi, Harga drop beli lagi dan seterusnya" Macam-macam kerenah rakan-rakan saya....Sebab itulah hari ini saya nak tulis special artikel on "Bila saya patut jual emas saya?" Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menjual emas anda.

#1. Kira PERATUS UNTUNG dulu

Sebelum decide nak jual atau tidak, kita kena kira dulu keuntungan. Bila mengira keuntungan kita mesti kira, berapa PERATUS kita untung, bukan berapa RM harga naik. Perhatikan data berikut:

Katakan pada 15/05/2012, Encik John Lim membeli gold bar Public Gold dengan berat 50g.
Berapa keuntungan emas 50g Encik John Lim sekarang?
15/05/2012, Harga Kita Beli (Rujuk kepada PG SELL) = RM8358
14/09/2012, Harga Kita Jual (Rujuk kepada PG SELL) = RM8845
Peratus keuntungan = (487/8358) x 100% = 5.8%

Patutkah Encik John menjual emas 50g nya?

Mungkin Encik John akan kata, ala sikit sangat untungnya. Baik saya tunggu lagi...Teruskan bacaan anda..

#2. Tetapkan SASARAN peratus keuntungan yang ingin anda capai

Sasaran ini perlu ada benchmark nya. Contohnya:
a) Jika sebelum ini anda menyimpan wang di ASB, maka sasaran realistik anda ialah keuntungan melebihi 8% setahun.
b) Jika sebelum ini anda menyimpan wang di Fixed Deposit, maka sasaran realistik anda ialah keuntungan melebihi 3% setahun.

Untuk kes Encik John Lim yang sebelum ini menyimpan wang dalam FD account, maka keputusan yang boleh diambilnya ialah JUAL saja :) Beliau sudah mendapat keuntungan 2 kali ganda berbanding sebelumnya.

Untuk anda yang menyimpan wang tersebut di ASB sebelum ini, anda juga ada 2 pilihan, tunggu lagi untuk harga lebih tinggi ataupun JUALkan saja. JUAL? Biar benar Cikgu Emas! Bukankah 5.8% itu lebih rendah daripada ASB...hehe...teruskan bacaan anda...

#3. Sasarkan untuk BELIAN JUALAN BERGANDA dalam masa 1 tahun

Berganda? Multiple profit? Wah...menarik! Bagaimana caranya?
Kaedah ini sudah diamalkan dengan jayanya oleh dealer Public Gold yang daring dan positive thinking.

Oleh kerana emas ialah komoditi yang harganya dipengaruhi permintaan dan nilai USD, maka harganya sering berubah-ubah. Harga emas akan naik jika:
1. permintaan tinggi iaitu bila ramai pelabur NAK beli emas 
2. matawang USD lemah (Jika QE3 diadakan, harga emas akan BOOOM!)

Walau bagaimanapun, jika pelabur-pelabur tadi mula hendak mengaut untung setelah harga mencapai harga tertentu maka harga akan mula turun. Perlu diambil perhatian, penurunan harga ini jarang melebihi harga emas pada 2 tahun lepas. Perhatikan graf ini (credit to: Faizan Pelabur Jutawan):

Maka, jika anda sudah menjual emas dalam langkah #2 di atas, anda boleh monitor lagi untuk membeli semula ketika harganya rendah dan menjualnya semula ketika harga naik lagi.

#4. Tambah stok simpanan emas dari masa ke semasa
Jika kita mempunyai stok/simpanan emas yang lebih, maka lebih mudah untuk kita mempraktikkan konsep "Beli ketika harga emas rendah dan Jual ketika harga emas tinggi". Ketika harga emas naik, kita jualkan stok kita sedikit demi sedikit. Contohnya:
a) Katakan harga naik 5%, jualkan 20% stok anda
b) Jika lepas itu harga naik lagi 5% , jualkan 40% lagi stok anda...dan seterusnya

Bagaimana nak tambah stok sedangkan wang di tangan tidak mencukupi...Sila Klik di sini untuk tips:

Tips Strategi Pelaburan Emas Dari Modal Pinjaman Peribadi

Kelebihan Jadi Dealer PG & Beli Emas Yang Rendah Spreadnya



Jika ada persoalan, sila berhubung terus :)
Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer (PG014952)
019-8899467 (boleh juga whats apps)
cgharyati@gmail.com
Facebook: Haryati Mohd Sarkawi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger