Home » , » PUBLIC GOLD KE PASARAN ANTARABANGSA!

PUBLIC GOLD KE PASARAN ANTARABANGSA!

Masuk Brunei, Singapura
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
bisnes@hmetro.com.my

BANGGA...Ng sasar 40,000 pengedar, pelanggan.

PUBLIC GOLD Marketing Sdn Bhd (Public Gold) menyasarkan membuka dua lagi cawangan terbaru di Singapura dan Brunei menjelang akhir tahun ini dalam usaha melebarkan sayap perniagaannya ke luar negara.

Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Public Gold, Datuk Louis Ng Chun Hau berkata, ketika ini Public Gold mempunyai 14 cawangan di seluruh negara dan tiga lagi cawangan akan dibuka di Kota Kinabalu, Kajang serta Klang selain mengintai pasaran baru di Thailand dan Indonesia tidak lama lagi.

Beliau berkata, sejak Public Gold memulakan operasi pada 2009, jumlah pengedar serta pelanggannya setakat ini mencecah 30,000 orang dan menjelang akhir 2013, pihaknya meletakkan sasaran 40,000 orang.

“Paling membanggakan apabila Public Gold buat pertama kalinya mencipta reka bentuk unik syiling emas dan perak untuk Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. “Wang syiling berkonsepkan 3D dalam dominasi lima dan 10 dirham serta lima dinar dan 10 dinar itu sudah diserahkan dan digunakan sebagai hadiah atau cenderahati untuk tetamu Diraja,” katanya ketika ditemui di Pulau Pinang.

 

Ng berkata, pihaknya turut menawarkan tempahan set istimewa dengan reka bentuk dan corak tersendiri yang dipilih pelanggan mengikut terma dan syarat syarikat iaitu 5,000 unit ke atas.

Menurutnya, Public Gold juga akan memperluaskan pasaran dan menjadi satu daripada lima syarikat popular di Malaysia, malah paling penting menjadi pusat sehenti emas fizikal dunia.

“Kami juga menyediakan perkhidmatan peti simpanan dengan 5,000 peti keselamatan dilengkapi ciri Chubb Safes dan ia antara yang terbesar di negara ini serta dilindungi insurans yang dijamin selamat,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01

ORIGINAL SOURCE : HARIAN METRO(klik)


KOMEN ADMIN: 


Syarikat yang boleh melebarkan sayapnya ke luar negara membuktikan foundation syarikat sudah kukuh. Untuk anda yang mempunyai rakan-rakan di negara yang dimaksudkan, jom pandang ke hadapan. Ini mungkin peluang untuk anda mengecapi kebebasan kewangan suatu hari nanti. Amin. Berminat, hubungi saya dengan segera. Dealer akan dibimbing secara percuma :)


Haryati Mohd Sarkawi
019-8899467
cgharyati@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger