Home » , » "Emas Merdeka"

"Emas Merdeka"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Selamat menyambut Hari Merdeka Yang ke 55. Hari ini warga KL berpeluang mendapat perkhidmatan bas percuma ke destinasi tertentu...klik di sini untuk detail...Semoga Malaysia terus Merdeka selamanya dan dalam erti yang sebenarnya. Semoga kita bukan sahaja merdeka daripada segi fizikal (tanah tumpah darah) tetapi juga merdeka dari segi minda anak bangsa. Sejujurnya sebagai seorang warga pendidik, saya secara peribadi sangat khuatir apabila ramai anak remaja hanya memahami erti kemerdekaan dengan hanya menyanyikan lagu patriotik dan mengibarkan jalur gemilang sahaja. Malam tadi, berapa ramai agaknya anak muda kita yang tidak mempunyai lesen motorsikal memecut laju, sambil membawa bendera Malaysia?

Sebagai guru Fizik, saya tidak mempunyai masalah untuk menarik minat pelajar saya semasa p & p. Pelajar mudah memberi perhatian kepada teknologi canggih seperti gadget smartphone yang menggunakan gelombang dengan frekuensi tertentu...berbeza dengan guru subjek sejarah...Pernah seorang pelajar pandai saya bertanya, "Teacher, why do we need to learn Sejarah? Isn't it outdated information?" Jawapan saya simple, "U must learn Sejarah so that u know where is your starting point. If you don't know where you start...u might think that u are moving forward...but the reality is U ARE ACTUALLY MOVING BACKWARD!" Sebenarnya jawapan ini saya ambil daripada kata-kata mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir Mohamad. For me, Tun is still an amazing smart leader...
Jom kita tanamkan semangat cintakan negara kepada anak bangsa kita!

Awal pagi ini saya mendapat rezeki Hari Merdeka. Alhamdulillah. Encik A adalah pembaca setia blog saya yang on and off bertugas di Labuan. Saya tidak pernah pun berjumpa secara life dengannya. Kami hanya berhubung melalui sms dan panggilan telefon sahaja. Selalunya jika Encik A ingin membuat belian, beliau akan minta saya untuk update harga emas melalui sms kepadanya jika mencapai harga tertentu. Alhamdulillah, pagi ini harga targetnya tercapai. Maka saya pun sms dan beliau meminta saya untuk lock harga. Tahniah kepada Encik A kerana membuat keputusan yang tepat. Beliau membeli goldbar 50g secara EPP (easy payment method). Emas 50g mempunyai susut nilai / spread sebanyak 5.5% sahaja berbanding dengan barang kemas di kedai yang susut nilainya mencecah 20%!



Inilah salah satu kelebihan Public Gold. Kita boleh lock harga pada bila-bila masa jika kita bersetuju dengan harga tersebut. Untuk dealer seperti saya, saya boleh mempunyai pelanggan di seluruh Malaysia. Klik di sini untuk cara urusniaga...Sesungguhnya jarak bukan pemisah. Oleh kerana branch Public Gold ada di semua negeri di seluruh Malaysia maka tiada masalah unutk saya membantu pelanggan monitor harga, lock harga dan melayan kemusykilan / masalah sekiranya ada. Setakat ini perkhidmatan yang disediakan oleh branch memang cemerlang :)

Untuk membeli boleh sms seperti berikut kepada saya di 019-8899467:

"Saya nekad beli emas PG. Nama, ic, email, no tel, item"
contohnya:
"Saya nekad beli emas PG. Haryati Mohd Sarkawi, 73XXXX-13-XXXX , cgharyati@gmail.com, 019-8899467, 10 dinar x 5 keping"

Jika ada persoalan, jangan malu dan segan. Hubungi segera:
Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer (PG014952)
019-8899467 (boleh juga whats apps - tapi cuma akan dijawab pada jam 5pm-6am)
cgharyati@gmail.com

Facebook: Haryati Mohd Sarkawi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger