CUEPACS Cadang Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Diselaras
Tahniah kepada CUEPACS kerana terus gigih memperjuangkan hak penjawat awam. Isu gaji kakitangan awam sebenarnya tidak lain...ianya disebabkan faktor harga barang dan perkhidmatan naik. Faktor inflasi! Maka tidak hairanlah gaji kakitangan awam sekarang tidak mampu untuk hidup mewah seperti 30 tahun lepas!
Berita Harian Online melaporkan bahawa
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan :
1) penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam
2) penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.
3) pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini
4) menaikkan elaun tetap keraian.
Timbalan Presiden Cuepacs, Aziz Muda, berkata cadangan berkenaan antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.
"Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah
isu perumahan. Ini kerana dengan
lonjakan harga rumah, dengan
gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka
tidak mampu memiliki rumah.
Beliau berkata semua cadangan itu diharap dapat
dilaksanakan tahun depan.
"Kita juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk
dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada
gred 17 kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Jan 2012," katanya.
Aziz berkata selain 23 syor itu, Cuepacs turut membentangkan 23 isu penjawat awam pada masa ini serta 24 cadangan penambahbaikan untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam.
Katanya Cuepacs komited mengubah persepsi rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam demi kepuasan rakyat.
"Kami komited untuk memberi jaminan kepada kerajaan bahawa Cuepacs menyokong penuh supaya perubahan drastik dibuat untuk memperbaiki sistem penyampaian yang ada sekarang ini," katanya.
Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, Semoga rakan pembaca sekalian ceria dan bahagia berhujung minggu bersama famili tersayang....
-
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, Baru-baru ini saya menghantar satu email kepada pihak ASNB untuk bertanyakan bagaimana dividen &...
-
Assalamualaikumwbt dan Salam Satu Malaysia, Selamatkah Membeli Emas di Public Gold? Soalan ini pernah saya tanyakan kpd suami sebelum...
-
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, 4 hari lepas birthday anak sulung saya, Muhd. Ikmal Hakimi...Alhamdulillah, inilah hadiah yang...
-
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Tahukah anda sekarang kita boleh membuka Akaun Remaja ASB untuk anak-anak seawal usia 6 bulan...
-
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, Pagi ini saya ingin berkongsi tips penting bagaimana menyelesaikan pinjaman bank yang dibuat sem...
-
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, 5th Ramadhan. Semoga semua rakan-rakan berada dalam keadaan yang sihat dan ceria. Untuk yang m...
-
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, Alhamdulillah, it's a new day. Malam tadi semasa mengendalikan Normal Dealer Orientation,...
-
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, Petang ini saya ada appointment dengan sorang customer yang mempunyai emas Geneva. Insya Al...
-
Assalammualaikum, Anda dah menyimpan emas? Jika sudah, alhamdulillah. Tapi mungkin ada satu kerisauan dalam hati mereka yang telah memula...
Doa Solat Sunat Duha
"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.
Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
0 comments:
Post a Comment