Home » , , , » Budget Lari Lepas Raya?

Budget Lari Lepas Raya?

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...setelah hampir 3 minggu baru ada kesempatan untuk menulis artikel. Streamyx di kawasan saya mengalami gangguan disebabkan kabelnya dipanah petir pada bulan Ramadhan yang lalu...Saya dan suami complain kat TM net sampai 5 kali...Lepas ini saya plan nak mintak prorate kan bil pulak...yalah, selama 3 minggu tersebut usahkan internet, telefon pun tak dapat guna...apapun sebagai pengguna bijak, kita perlu berusaha untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik dan membayar apa yang sepatutnya kita bayar. Betul tak :)

Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk pembaca setia website CikguEmas.Com. Semoga kita terus istiqamah dengan amalan kita semasa di bulan Ramadhan yang lalu. Semoga kita sama-sama mendapat redha Allah dalam apa jua amalan baik yang kita lakukan...amin...
Cerita pasal raya, bagaimana sambutan hari raya pada tahun ini? Jika anda pekerja sektor awam, cukupkah wang bonus setengah bulan gaji yang kerajaan agihkan tempohari? Adakah budget anda lari lepas raya?

1. Jika budget anda lari dan Jika anda mempunyai emas, anda selamat :) Kenapa? 
Jawapan : Emas boleh dijual di mana-mana kedai emas pada bila-bila masa!

2. Jika  budget anda lari  dan Jika anda mempunyai emas Public Gold, anda selamat dan lebih untung :D Kenapa? 
Jawapan1: Emas Public Gold bukan sahaja boleh dijual pada bila-bila masa tetapi boleh dijual mengikut harga semasa. Apa maksud harga semasa? Harga terkini, bukan harga purata bulanan atau mingguan ataupun harga untuk suatu tempoh tertentu. Harga emas di kedai biasanya diupdate agak lewat berbanding harga emas dunia. Harga emas Public Gold pula memang mengikut harga emas dunia. Kebetulan pula harga emas dunia sedang naik bermula minggu lepas. Diramalkan pada minggu hadapan harga emas akan naik lebih tinggi...

Jawapan2: Susut nilai harga emas Public Gold lebih rendah...hanya sekitar 4-8% sahaja jika nak dibandingkan susut nilai di kedai yang boleh mencecah 20%.
Gambar ini saya copy daripada website Saudara Hafizul Hakim. Semoga beliau terus berjaya dan diberkati Allah kerana tidak lokek berkongsi ilmunya. TQ sifu :)


Jika anda dealer Public Gold, susut nilai bersih anda boleh mencecah sehingga 2% sahaja. Bagaimana? Gambar yang saya kongsi daripada saudara Hafizul ini menerangkannya. Jika anda masih musykil jangan segan hubungi saya untuk jawapan segera ok :)

Kata Saudara Hafizul:
"Mungkin anda berkata.. Ceyyy untung RM200 sahaja..
Ooopss anda terlupa kira yang ini:
  • Komisyen 2% semasa saya membuat pembelian iaitu: RM42,339 x 2% = RM846.80
  • Komisyen 0.5% semasa saya menjual balik dengan Public Gold iaitu = RM42,533 x 0.5% = RM212.70
Best bukan dapat RM1,200 dalam tempoh sebulan.. Dapat la settle bayaran bulanan rumah atau kereta =)"

Sekarang dah nak masuk bulan September. Mengikut sejarah kebiasaannya harga emas akan naik pada bulan ogos ke disember setiap tahun. Carta di bawah ialah ramalan harga emas pada minggu depan...majority cerdik pandai emas menjangkakan harga emas akan naik pada minggu hadapan! Untuk maklumat yang lebih terperinci sila ke laman web kitco. Jika anda mempunyai wang yang memang tidak dirancang utnuk digunakan dalam masa 2 tahun, jom beli emas fizikal Public Gold. InsyaAllah, jika anda memerlukan wang segera pada suatu hari nanti, anda boleh memanfaatkan kaedah yang saya nyatakan di atas...Saya amat yakin, jika anda mempunyai ilmu yang betul, anda tidak akan berlengah untuk membelinya...
Kitco Gold Survey

Jika ada persoalan, sila berhubung terus :)
Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer (PG014952)
019-8899467 (boleh juga whats apps)
cgharyati@gmail.com

Facebook: Haryati Mohd Sarkawi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger