Home » , , » 77 syarikat pelaburan tidak sah - Utusan Malaysia 1/8/2012

77 syarikat pelaburan tidak sah - Utusan Malaysia 1/8/2012

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
ekonomi@utusan.com.my
SYARIKAT-syarikat pelaburan emas dan barangan logam bernilai kini melakukan pelbagai taktik bertujuan menarik pelaburan daripada orang ramai dengan menjanjikan pulangan lumayan. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 31 Julai - Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain.

Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini.

Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen.

ORIGINAL SOURCE: UTUSAN MALAYSIA



KOMEN ADMIN:

Jom kita renungkan petikan perenggan yang saya petik daripada blog denaihati:

"Apa juga pelaburan yang kita masuk mestilah atas kesedaran kita kerana setiap pelaburan ada risikonya dan jangan sesekali menyalahkan kawan-kawan yang mengajak kita apabila berlaku kerugian kerana hak membuat keputusan adalah ditangan kita.Kekadang kerugian dalam pelaburan adalah salah satu cara ALLAH SWT nak membersihkan harta kita kerana terlupa nak berkongsi dengan orang lain melalui zakat, infaq dan sedekah."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger