Home » , , » Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia - Persediaan Hari Tua??

Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia - Persediaan Hari Tua??

Carum sukarela jamin hari tua


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggesa golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap bulanan supaya menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

Sejak Januari 2010, skim persaraan itu sudah menarik penyertaan 54,000 individu membabitkan caruman sebanyak RM144.6 juta. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Ibrahim Taib, berkata skim itu yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang belum mencapai usia 55 tahun, adalah inisiatif kerajaan untuk golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap.

Persediaan Hari Tua
“KWSP menggesa golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap yang belum berbuat demikian supaya menyertai skim ini sebagai sebahagian daripada persediaan kewangan menghadapi hari tua mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Simpanan menerusi skim itu bukan saja menerima dividen tahunan KWSP malah akan turut menikmati caruman tambahan daripada Kerajaan sebanyak 5 peratus, tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun sehingga 2014.

Caruman sukarela
“Menerusi skim ini, pencarum mempunyai fleksibiliti untuk mencarum secara sukarela berdasarkan kemampuan mereka dan tidak disyaratkan menyimpan secara bulanan seperti pekerja Skim Simpanan Wajib KWSP,” katanya.

Pencarum Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia boleh mencarum serendah RM50 sebulan.

Caruman boleh dibayar secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 16G (1M) di cawangan KWSP terdekat atau memuat turun borang menerusi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my. – BERNAMA

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

KESIMPULAN:

INFO: Caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia 

-Untuk yang bekerja sendiri 

-Tiada sumber pendapatan tetap 

-Caruman minimum bulanan = RM50

PANDANGAN PERIBADI ADMIN:

Jika nak dibandingkan dengan pelaburan emas dan perak Public Gold dengan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, saya masih memberi markah yang lebih kepada pelaburan emas & perak Public Gold. Kenapa?
Ciri Pelaburan Public Gold:
1. Terbuka kepada semua tidak kira apa latar belakang, pekerja swasta/kerajaan mahupun peniaga
2. Tiada komitmen bulanan. Cukup sahaja duit yang dikumpul sudah boleh membeli emas / perak pertama anda. Jika anda mengumpul RM60 sebulan, dalam masa 2 bulan anda boleh membeli 1 keping 10 dirham (harga semasa artikel ini ditulis ialah RM120)...dalam masa 1 tahun, anda boleh membeli1 keping 1 dinar (harga semasa artikel ini ditulis ialah RM729)


3. Peratus keuntungan emas setahun biasanya melebihi 15%...bandingkan sahaja dengan keuntungan sekitar 8% ASB (yang lebih 'senior' berbanding SSP1M)

Jika anda memiliki sejumlah wang yang memang dirancang untuk digunakan untuk tabung persaraan, ayuh mula membeli emas pertama anda sekarang...Emas akan memastikan nilai wang anda tetap sama. Orang yang bijak akan terus mengatur strategi apabila melihat pattern ekonomi sekarang. Pengumuman untuk melanjutkan tempoh persaraan...Penukaran bentuk wang kertas dan syiling...adalah 2 petanda yang mesti kita renung-renungkan! 


Untuk membeli emas atau ingin bertanya, sila hubungi saya di 019-8899467 atau emai ke cgharyati@gmail.com

7 comments:

Muttallif said...

Insya-allah mungkin saya akan berkerja sendiri, saya akan mengambil peluang untuk membuat caruman demi masa depan. Tapi bagi CikguEmas, adakah dengan menyimpan di KWSP atau melabur dalam ASNB, yang mana lebih baik?

ct byezura @ fb said...

Antara menyimpan di KWSP dan ASNB..sy pilih simpan emas!=) 20% kenaikan setahun. mesti pilih emas!sikit-sikit lama-lama jd bukit..;)

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Muttalif, tidak dinafikan ASB lebih untung berbanding KWSP. Dividen terbaik KWSP hanyalah 6% (tahun ini-1st time). ASB sekitar 7-8% setahun. Jika nak banding ASB dengan EMAS? Saya pilih EMAS! Sejarah membuktikan purata kenaikan harga emas melbihi 15% dan jika tahu caranya boleh cecah 40% per year....Just ask me if u need help ok :)019-8899467

Muttallif said...

IC...lebih mengancam daripada pelaburan ASB :). Tapi dengan cara boleh dapat sehingga 40% setahun..mcm besar tu...huhuhu...

Pn. Haryati. Kalau berkaitan dengan menulis di ruangan blog saya. Saya lebih tekankan kepada 3 Perkara (motivasi, Kepimpinan dan Media Sosial).

Mungkin puan boleh buat satu entri yang berkaitan di atas (menjaga kewangan masa depan juga berkaitan kepimpinan dan motivasi). Bolehlah Puan mengolah dan mengaitkannya kepada blog Puan :). Jika puan hanya menumpukan kepada Produk mingkin sudah menjadi advertorial nanti. :) Harap puan faham :)

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Muttallif, insyaAllah. Ada masa kelak kmk post ok :)

Muttallif said...

Mun rasa maok hantar ke blog kmk, blog hantar ke muttallif@gamil.com. Kmk akan berik jawapan dalam seminggu. :)

Muttallif said...

opsss...muttallif@gmail.com.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger