Home » , , , , » Skim Persaraan Swasta?

Skim Persaraan Swasta?

NAJIB meletakkan tapak tangan pada skrin khas sebagai gimik pelancaran skim persaraan swasta sambil diperhatikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Ranjit Anjit Singh di Kuala Lumpur semalam.


PM lancar kemudahan skim persaraan swasta
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan penubuhan skim-skim persaraan swasta, satu langkah yang amat signifikan dalam menyediakan kemudahan tabungan kepada golongan pekerja swasta dan mereka yang bekerja sendiri selepas bersara kelak.
Set pertama skim-skim itu terdiri daripada 24 dana oleh beberapa penyedia skim persaraan swasta yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan tersedia untuk ditawarkan kepada orang ramai mulai September ini dan bulan-bulan seterusnya.
Skim persaraan swasta (PRS) ialah skim simpanan atau tabungan persaraan sukarela yang distrukturkan oleh para penyedia dana sektor swasta yang berlesen.
"PRS menawarkan peluang untuk rakyat. Dalam kes individu, PRS boleh menyediakan persekitaran untuk individu mengukuhkan dana persaraan bagi pergerakan kerjaya.
"Sementara untuk majikan, PRS boleh digunakan sebagai alat untuk mengekalkan dan menarik bakat," kata Najib yang merupakan Menteri Kewangan ketika berucap melancarkan skim itu di sini.
ORIGINAL SOURCE: KOSMO ONLINE
KOMEN ADMIN:
Satu lagi usaha murni kerajaan untuk memastikan rakyatnya hidup senang selepas bersara. Rakyat yang bijak akan membuat analisis dahulu sebelum mula melabur wangnya. Pernahkah ada apa-apa skim yang ditawarkan oleh  mana-mana sistem perbankan yang kenaikan grafnya sama seperti ini? 


1 dinar boleh dimiliki dalam masa setahun jika konsisten menyimpan RM2 sehari.
Jika anda boleh menyimpan RM200 sebulan, dalam masa 1 tahun, anda boleh miliki 3 keping 1 dinar setahun.

Diriwayatkan, harga seekor kambing pada zaman Rasulullah s.a.w. ialah 1 dinar.
1 dinar sekarang berharga sekitar Rm700. Harga seekor kambing sekarang juga sekitar RM700-RM800. Jika pada Zaman Rasulullah s.a.w. , Ringgit Malaysia (RM) wujud...agak-agaknya berapa RM lah harga kambing pada masa itu ye...Haa...inilah yang membuktikan, emas kalis (tidak dipengaruhi) inflasi!
Ilmu dah ada, tindakan anda yang seterusnya paling penting.
Rugi tak tahu tentang simpanan emas ini dari dulu lagi. Tapi lebih rugi jika dah tahu dan tiada tindakan! Nak beli emas atau perak, sila hubungi:

Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer (PG014952)
019-8899467 (
boleh juga whats apps - tapi cuma akan dijawab pada jam 5pm-6am)
cgharyati@gmail.com
Facebook: Haryati Mohd Sarkawi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger