Home » , , , » Rumah - Pelaburan terbaik di ASEAN

Rumah - Pelaburan terbaik di ASEAN

Assalamualaikum wbt & Salam Ceria,
Hari ini saya nak share berita dalam akhbar Borneo Post 7/7/2012 yang lepas. Berita tentang pelaburan hartanah. Berita ini membawa kepada soalan berikut:
1. Berapakah usia anda pada hari ini? 
2. Sudahkah anda membeli rumah sendiri? 
3. Adakah anda masih tinggal di rumah sewa?  
Pertumbuhan sektor perumahan di Asean adalah antara yang terpantas di dunia...diramalkan kenaikannya ialah sebanyak 6% setiap tahun untuk 3 tahun akan datang...

Memang saya tidak nafikan pelaburan hartanah seperti rumah sewa memang boleh menjana pendapatan pasif untuk golongan makan gaji. Kadar kenaikan harga hartanah memang tinggi dan mencapai 20%. Tetapi, persoalannya: Berapa orangkah di kalangan kita yang mampu membeli rumah untuk disewa? Umum tentu setuju bahawa ramai lagi kawan-kawan kita yang belum mempunyai rumah untuk kediaman keluarga, walaupun usia sudah hampir mencecah 50tahun...apatah lagi nak beli rumah untuk disewakan! Hari ini kalau di Kuching sahaja pun harga rumah teres tengah sudah mencecah RM400 ribu seunit! Harapkan gaji cikgu macam saya memang tidak mampu. Tapi yang peliknya guru-guru senior di sekolah saya mampu pulak membeli rumah semi-D pada 15tahun lepas! Apa rahsianya? Tak lain dan tak bukan, kadar harga barangan naik, tidak selari dengan kadar kenaikan harga gaji. Realitinya walaupun orang kata gaji cikgu muda sekarang besar, 'nilai' gaji mereka mungkin lebih rendah berbanding gaji guru senior semasa baru mengajar 15 tahun lepas!
Apa maksud saja dengan 'nilai' gaji mereka lebih rendah? Maksud saya ialah 'kuasa beli' mereka semakin menyusut. Kenapa boleh jadi begitu? Tak lain dan tak bukan...Faktor INFLASI!
Bagaimanakah cara untuk 'mengelakkan' wang kita dirompak INFLASI? Untuk itulah kita digalakkan segera menukar wang simpanan jangka panjang kita ke bentuk emas fizikal.

Perhatikan illustrasi, En Azrul Perali ini. Tahniah untuknya kerana berjaya menerangkan pengaruh inflasi terhadap wang simpanan kita di bank dengan cara yang sangat sistematik ini :)
Kenapa Simpan Emas? kerna... 
Nilai duit kertas semakin menyusut akibat inflasi. 
Emas sebaliknya kerana emas tidak dipengaruhi inflasi...kita kata emas 'kalis inflasi'
Harga emas dijangka mencecah RM503/gram dalam masa 8 tahun lagi...
Hari ini harga emas ialah RM174/g!

Jika kita sudah sedar, bertindaklah sekarang! Simpanlah emas mulai sekarang. 1 dinar berharga RM708 hari ini. Jika membelinya secara konsisten untuk disimpan sekurang-kurangnya selama 2 tahun, insyaAllah akan nampak hasilnya. Bila harga dah naik nanti, jualkan 'tabungan' emas 1 dinar tersebut sebagai downpayment untuk beli rumah pertama anda. Untuk rakan-rakan yang sedang mencari rumah, mungkin boleh baca iklan rumah untuk dilelong ini. Manalah tahu, ada di antaranya yang di dalam budget anda. Sila klik di sini: jomjualbeli.com

Berminat membeli emas/perak, hubungi saya segera.

Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer (PG014952)
019-8899467
cgharyati@gmail.com

2 comments:

Muttallif said...

Rumah nang property paling menguntungkan di ASEAN. Berlaku di Sarawak Juak. Tapi, Kinek tuk makin susah orang memliki rumah kenak sik ada pendahuluan.

Tapi cadangan cikgu nampak bagus! :)

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Kmk n hubby alhamdulillah sedar awal dan dah ada a few rumah sewa. A smart invester akan labur di portfolio berlainan. To be a smart invester, invest dolok dalam ILMU. Dgn ilmu yang betul, insyaAllah kita tauk apa kelebihan & risiko. Dalam Islam memang menegaskan pelaburan memang akan ada risiko. Apa cara nak harungi risiko? Doa, Usaha, Istiqamah & tawakkal.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger