Home » , , , , » Reset Minda Anak - Belajar Rajin-rajin Untuk Jadi Mukmin Profesional

Reset Minda Anak - Belajar Rajin-rajin Untuk Jadi Mukmin Profesional

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Alhamdulillah...Hari ini 2 Ramadhan 1433Hijrah. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Jom kita sama-sama transformasi diri untuk menjadi muslim yang lebih profesional. Jom sama-sama pasang niat yang betul dan jika ada kelapangan mulakan hari ini dengan solat duha. Saya doakan semoga apa yang rakan-rakan rancang pada hujung minggu ini akan berjalan dengan lancar. Amin.


Adik saya baru saya dapat kerja baru. Beberapa hari lepas, saya dapat tahu, dia dah menghentikan perkhidmatan 'streamyx' internet di rumahnya. Kenapa? Baca dialog antara saya and my genius IT boy...Genius? Ibubapa yang berwawasan perlu memuji anak mereka, kalau bukan kita siapa lagi...hehe...Walau bagaimanapun, puji biar berpada-pada...sebut yang sebaliknya, jangan sekali...Bagi saya puji-pujian ini sebagai doa saya sebagai ibunya :) InsyaAllah, genius...


Ikmal : Mama tauk sik kenak Uncle stopkan 'streamyx' di umahnya?
Mama: Ikmal rasa-rasa kenak...
Ikmal : Sebab...boss barunya beriknya handphone yang ada internet free! Best eh!
Mama: Yalah mama suruh Ikmal belajar rajin-rajin, sak oneday dapat boss macam uncle :)
Then, saya terlintas sesuatu di fikiran...
Mama: Salah Mal...correction...Ikmal dan adek mesti belajar rajin-rajin, sak oneday boleh jadi boss yang boleh berik handphone dengan free internet kat pekerja kitak duak!
Hahaha :)
Mark Zuckerberg - Individu ke 40 terkaya di dunia...
Patutkah dia dijadikan icon anak-anak kita? 
(Zuckerberg, 28, is the world’s 40th wealthiest person, with a net worth of $15.7 billion, according to the Bloomberg Billionaires Index

Saya akui mendidik anak di zaman teknologi ini bukanlah satu kerja yang senang...ianya merupakan tugasan yang maha mencabar. Kalau dahulu, cukup ibubapa bagi kita perahu dan dayung. InsyaAllah kita akan selamat sampai ke destinasi. Zaman sekarang dah tak boleh. Dayung dah tak relevan dah...kita kena berikan mereka bot yang canggih dengan engin dan juga sistem GPRS yang cekap. Kenapa? Ribut taufan dalam perjalanan hidup anak kita lebih kencang berbanding dengan zaman kita dahulu. Sesuai dengan kata-kata cerdik pandai..."didiklah anak kita sesuai dengan zamannya". Disebabkan itu kita perlu pastikan anak-anak kita menjadi muslim profesional yang penuh dengan ilmu bermanfaat.


Kita juga mesti berusaha untuk pastikan foundation kita kukuh. Janganlah terlalu berasa senang hati dengan bergantung kepada duit graduiti dan KWSP sahaja. Kita perlu sedar apa sahaja bentuk simpanan dalam bentuk kertas, akan dimakan INFLASI. Pilihlah Pelaburan emas seperti Public Gold untuk memastikan value wang anda terjaga.
Duit 'monopoli' dan Duit Baru Malaysia...Apa bezanya?

Ada orang kata, mengeluarkan duit baru satu petanda ekonomi tidak memberangsangkan. Petanda kadar inflasi akan semakin parah. Betulkah? Gambar ini saya share daripada Saudara Ahmad Idham Khairil. Terima kasih kerana berkongsi ilmu, semoga beliau terus dimurahkan rezeki kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat :)

Jika kita membuat tindakan yang betul pada hari ini, InsyaAllah suatu hari nanti bila-bila anak kita nak further study atau mungkin nak set up business sendiri, kita ada jalannya. Usah khuatir dengan perpatah ini, "jika ada emas, kena keluar zakat". Berbanggalah jika kita dalam golongan pemberi zakat...InsyaAllah akan subur harta kita :)


Tanpa disedari rupa-rupanya sifat memberi ini juga telah diamalkan dan menjadikan individu ini kaya-raya :)

Hari ini saya nak share sebuah buku yang insyaAllah, akan membuka minda rakan-rakan. Ramai kawan-kawan saya yang agak negatif dengan istilah "kaya". Ramai yang kata ramai orang kaya kedekut, sombong, tidak berperikemanusiaan, eksyen lebih...pendek kata orang kaya sinonim dengan 'neraka'...Mungkin mereka lupa bahawa asal kebangkitan Islam dulu, Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya banyak dibantu oleh sahabat-sahabatnya yang kaya...contohnya Abu Bakar As-siddiq dan juga Abdul Rahman Bin Auf...Come on lah, jom buka minda. Kita perlu orang kaya yang pemurah dan berilmu untuk membantu menaikkan ekonomi umat kita...Jom kita cuba untuk contohi tokoh Islam terkemuka ini...

-Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi
Abdul Rahman ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta!


- Erti Hidup Pada Memberi
Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda, dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.


- Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung -
Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau ialah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana keuntungan 100 dirham.




- Bisnes Diberkati Allah -
Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,
“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.”


Jom kita contohi, Abdul Rahman Bin Auf...Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga, InsyaAllah.

Jika anda ada masih mencari-cari di mana untuk bermula, mungkin Public Gold adalah jawapannya. Dengan membeli apa sahaja produk Public Gold sebanyak RM20,000 dalam 1 resit, anda secara automatik dilantik menjadi Normal Dealer. Jom daftar sekarang untuk menikmati pelbagai promosi.
Kebetulan pulak harga emas sekarang masih rendah...Grab this opportunity!

Kenapa anda perlu melabur dalam emas dan perak? Inilah jawapan ringkasnya. Duit kita sentiasa dirompak inflasi...Selamatkan nilainya untuk kegunaan masa hadapan dengan menukarnya dalam bentuk emas fizikal.


Malaysia merupakan negara di Asia yang paling terkawal kadar inflasinya sekitar 3 – 5% setiap tahun. Itupun ramai yang dah memberontak mengatakan itu ini. 


Gambar ini dicopy daripada Saudara Hafizul Hakim, semoga beliau terus sukses, kaya dan berjaya kerana sentiasa ikhlas berkongsi ilmu nya yang bermanfaat.




Jika ada persoalan, sila berhubung terus :)
Cikgu Haryati Mohd Sarkawi
Authorized Priority Dealer (PG014952)
019-8899467 (
boleh juga whats apps - tapi cuma akan dijawab pada jam 5pm-6am)
cgharyati@gmail.com
Facebook: Haryati Mohd Sarkawi

3 comments:

ct byezura said...

best! mari kita sama2 menjadikan Abdul Rahman bin Auf radiallahu anhu sebagai IDOLA kita,,,;)

Aku adalah khalifah said...

adakah pelaburan ini halal dari hukum syarak..kalau tak tinggalkan saja pelaburan ini

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

Tuan 'Aku adalah khalifah', insya Allah pelaburan emas fizikal PG ini halal dan menepati hukum. Reason:
1. Emas FIZIKAL (bukan buku akaun emas)
2. Stok emas sentiasa ada (jika khuatir, call branch duku sebelum lock, agar lepas lock kita ada masa 3 hari utk collect item - masih menepati hukum)
3. Tiada unsur scam - PG tidak menjanjikan interest atau keuntungan tetap kpd customer. Jika customer beli emas PG, customer akan mendapat fizikal gold sahaja. Untuk untung, bila harga naik, customer perlu menjual emas nya.
Silw hubungi saya utk langkah yg lebih terperinci :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Doa Solat Sunat Duha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikannya kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah. jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika rezekiku di perut bumi, keluarkanlah, jika rezekiku haram, sucikanlah, jika rezekiku sukar, permudahkanlah, jika rezekiku jauh, dekatlah...

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
*Marilah kita sama-sama mengerjakan Solat Duha, sesungguhnya fadhilat solat ini ialah pintu rezeki kita akan terbuka luas, insyaAllah.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CikguEmas.Com - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger